Monday, 28 March 2011

2.41 PaGi 2.41Kg

Malam nie mama rasa syahdu sikit untuk menulis. Teringatkan kisah proses semasa mama mengandung & melahirkan Adek. Memang tak best nak ceritakan keadaan masa tu. Kena alahan teruk keluar masuk wad, tension itu ini. Termasuk Opah dan Umi yg membanding mama dgn aunty2 adek. Macam tak paham je. Kena masuk 40 botol air baru mcm...'nape teruk sgt ni?' Jangan tak tau, time pregnant la tahap sensitif mencanak naik. Byk mana air mata tumpah mama tak tahu. Tak mengapalah...

Adek lahir masa bukaan baru 7cm. Kelam kabut nurse tu. Maybe sebab mama makan VCO semasa pregnant, Adek mudah dilahirkan atau Adek nak tolong mama jgn sakit lama2. Tiada siapa yg tunggu mama di hospital semasa nak melahirkan Adek. Sebab malam/hospital kerajaan kot. So, Adek tak sebertuah mcm sepupu2 Adek yg lain yg ramai pakat dok tunggu kat hospital. Tak mengapalah..

Bilik bersalin kat Hospital Serdang tu dah macam kilang rupanya. Mama dengar orang bilik sebelah kena marah dgn nurse2. Mama seram sorang2. Masa mama lahirkan Abang dulu, Abah temankan mama. Kali nie Abah takde pulak. Dia pergi tengok world cup. Brazil vs Chile. Sebabnya tunggu lama sgt tp masih buka 2cm jer. Tu yg Abah pergi tengok bola tu. Tak mengapalah..

Foto pertama Adek. Uncle ilmam yg snap. Masa nie kita baru keluar hospital.

Walau pun mama tak dapat rasa nak bersalin kat hospital swasta angkara ovarian cyst sebesar bola tenis kat perut mama tu. Abah tak temankan mama dan pelbagai pengalaman yg tak best terpaksa mama lalui....tak mengapalah.....


segala yg sedih2 di waktu dulu2 telah didelete dgn senyuman Adek. Adek lahir tepat pada pukul 2.41 pg dgn berat 2.41 kg pd 29 Jun 2010. Nurse2 kat labour room tu kecoh. Siap ada nurse India yg ambik nombor tu buat beli nombor ekor. Ada ke patut? Hehe..

Dalam ribuan baby yg lahir, tak ramai yg lahir di mana nombor waktu dan berat adalah sama mcm Adek. Di situ sudah nampak betapa istimewanya Adek dan betapa besarnya kekuasaan Allah. Syukur Alhamdulillah betapa bahagianya mama. 
Mama tak minta banyak. Jadilah anak yg solehah. Tolong mama ke syurga ye Adek??

5 comments:

  1. salam
    comelnya...
    anak2 saya semuanya berat masa dilahirkan..3 kg keatas...
    paling berat 3.7 kg..

    ReplyDelete
  2. w'salam
    mmg kecik qisya nie. Saya nak pegang masa dia baru lahir pun takut sikit. Abg dia 2.78kg. besar sikit dr dia.

    ReplyDelete
  3. ni bkn cerita bahagia ni.. :)

    ReplyDelete
  4. lastnye bahagia...tu yg asek tak mengapalah tu.....ekekeke...

    ReplyDelete
  5. comel Qisya..anak sy lahir pon berat lebih kurang Qisya..hehe

    ReplyDelete