Monday, 14 March 2011

Aku BuDak LandSkap

Aku nie banyak minat. Tapi bermusim2. Warna pun begitu. Lepas satu, satu jenis kaler yg aku ekstrem suke. Time bekenan biru, sumer benda kalau boleh nak warna biru. Time hijau tu, sumer benda nampak cantik kalau warna hijau. Pastuh Pink, pastuh maroon....b'tukar2 la warna kegemaran aku tu. Sekarang nih, tak abes lagi musim warna coklat. Yg nie lama. Sejak 4 tahun dulu kot...hehe..

Ini aku nak citer satu musim feveret aku masa zaman bebudak dulu. Musim tanam pokok2 konon2 nak buat taman. Projek cuti sekolah ler nie. Nak buat taman astakona sendirian berhad. Kekonon yer....hahaha.

Aku sanggup redah semak cari pokok2 yg aku rasa cantik. Heran gak aku kebun2 area kampung aku tu banyak pulak pokok keladi yg cantik2. Macam2 jenis keladi aku angkut balik. Pastuh aku tanam mana2 botol2 minyak yg paling besar/ tin2 susu kosong anak sedara
aku yg dah tak digunakan lagi. Atas tanah pun aku tanam sekali di taman astakona tu. Cewaaahh...rasa mcm cantik la taman aku tu.


Tapi kaaannnn.....tengah best2 bercucuk tanam tu. Mak aku sound aku...."pegi buang balik! habih laman nanti dgn pokok keladi gatei tu. Buat semak je nanti. Bukan senang nak buang kalau dah merebak'.......eeeee......geram betul dgn mak masa tu. Nak berkreatif sikit pun tak boleh. Huhu..

Tapi budak degil nie buat derk jer. Walaupun hari2 mak bising pasal pokok2 aku tu. Cari2 pokok lagi. Tanam lagi. Mintak anak2 pokok kat mak kenkawan lagi. Tanam lagi. Hehehe....bahagia woooo...ala2 terapi minda masa tu kekononnya. Kah kah kah...


Pastuh aku dpt tawaran masuk sekolah berasrama kat Ipoh. Camne pokok2 aku nie? Jauh sekolah aku tu. Sape nak tengok taman astakona aku tu? Huwaaaa.....terpaksalah aku tinggalkan taman aku yg aku konpom mak aku dgn senang hatinya memusnahkan taman aku tu. Pasrah jer la akhirnya masa hari aku nak berangkat ke Ipoh tu. Huhu..


 Jenis keladi merah yg aku jumpa dlm semak.
 


 Pokok nie la yg mak paling tak bekenan tu.



 Yang nie pon. 






Pokok lidah jin nie pon. Huhu...banyaknya mak tak suka






Ini pon...mak kata susah nak buang. Ala maakk...cantek laa pokok nieee..






Mak musnahkan tanaman aku tapi tidak untuk pokok keladi hitam nie. Ini la satu2nya jenis pokok warisan dari taman aku tu yg wujud sampai sekarag. cantik elok jer dalam pasu kat tepi rumah mak. Kambing ayah dah takde. Mcm2 jenis pokok mak tanam.

Akhirnya aku berjaya jugak menempatkan diri di IPTA utk jd budak landskap. Aku dah kenal pokok2 kat atas tu. Takde la aku panggil semuanya pokok keladi. Ada syngonium, caladium, diffenbacchia, scindapsus aureus dll. Tapi sekarang tak jadi arkitek landskap ponn.....hahaha...

*semua gambar credit kat empunya gambar carian google




No comments:

Post a Comment