KaDanG2

Bergembiralah dgn pilihan Allah untuk anda,
sebab anda tidak tahu tentang maslahat (kepentingan) yg tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesusahan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan. Petikan kata2 hikmah 

Kadang2 bila rasa tak best, sgt susah nak pujuk diri. Semua jadi serba tak betul dan tak kena. Maka wujudlah kata2 kalau ...kalau itu...kalau ini.. Jahat betul syaitonirrojim tu kan?

Aku yg hanya manusia biasa nie pun tak lepas drpd b'perasaan begitu. Bagi aku yg bukan dtg dari golongan ade2 atau urban2 gitu mcm blogger2 femes yg aku suka baca tulisan mereka, kadang2 rasa kecik jer diri ini. Alangkah bestnya baca betapa bahagianya hidup mereka. Makan sedap2, melancong ke luar negara, shopping itu ini. Dah la gitu, nmpk serba sempurna segalanya. Telan air liur je la aku yg baca ni. Huhu. Padan muka aku jugak, suke beno layan blog! Hahaha... 

Tak apalah, dah rezeki mereka. Aku kena selalu pandang pulak orang yg jauh lebih susah selepas ini. Supaya lebih bersyukur dgn kehidupan sekarang & menjadi motivasi utk maju di masa hadapan.

Walaupun kadang2 rasa tak best, especially tentang rumah yg aku duduk sekarang....tengoklah apa yg Allah bayar untuk ubat gundahku itu...

 Jalan menuju ke rumahku

 Bukan kat Jepun ye..

Cantek, kan? 

Hari tu, sambil duduk tunggu van sekolahnya sampai, tiba2 Amsyar bertanya.. "Pokok apa nie mama?" sambil merenung bunga2nya yg gugur di atas keretaku. "Tabebuai Pentaphylla." Amsyar senyap. "emmm....nama melayunya mama tak tau."  sambungku lagi. Ekeke....dah tau dia mesti pening dgn jawapan aku tu. Sibuk nak jawab jugak. Nak jadi ibu yg baik le katakan...

Pokok yg dimaksudkan oleh Amsyar. Bersebelahan blok rumahku. Kayu panjang tu entah siapa letak bendera politik. Sabo jer la.

So, kalau tiba2 nanti rasa tak best lagi pasal rumah, ingatlah pokok yg berbunga cantik nie. Sekurang2nya bila musim berbunga, pemandangan jadi indah. Itu pun rezeki, juga kan?


0 Comments