Ronda2 Melaka OktoBeR 2010

Melaka Bandaraya Bersejarah.
Ini cerita Oktober 2010 lepas. Ada family day opis tapi kitorg pegi sendiri. Ada baby susah la nak join sekali naik bas. Paham2 jer...kang melalak dlm bas m'ganggu ketenteraman awam pulak,kan? So aktiviti sendiri lebih santai dan bole la  bajet masa sendiri. 
Lambat buat entry. Blog pun baru dlm pembinaan.
Tapi nak cerita jugak. ...ekeke.



Budak paling hepi dapat pegi jenjalan. Yang sengih2 sampai kembang hidung tu nape Amsyar oii.... Masa nie kat RnR .

 Dah sampai kat kaunter Duck Tour. Tunggu rombongan yg naik bas belum sampai2 sbb bas rosak. Qisya kena pakai bib sbb asik muak jer. Baru 4 bulan dah bawak jalan merata. Yg abahnya...anak dah tertutup muka dgn topi tu tak pasan ke? Adoyaiii...

Dah naik Duck Tour. Masa kat atas jalan raya tak best sbb slow sgt. Time dah jadi bot baru best. Ini kenderaan 2 alam. Katanya berharga rm2 juta. Mahal beb...tu yg tiketnya pon rege cantik gak tu..huhu..

 Pastu naik Menara Taming Sari pulak. Mak aiii....punya la ramai manusia. Qisya pulak asik melalak jer. Rimas gamaknya. Pastuh staff Menara Taming Sari suruh duduk kat tempat staff bahagian depan sekali. Alhamdulillah kat situ ada bangku boleh duduk siap ada kipas lagi. Selesa tunggu giliran kat situ sambil tunggu giliran group kitorang. Staff tu kata, aritu saja ada lebih 60 group yg nak naik Taming Sari tu. 

Lepas makan tengahari kat Dataran Pahlawan, (Mc D jer pon sbb itu yg nampak dulu..dah lapo hentam jer laa...hahaha) terus cari hotel Malacca Straits tmpt kitorg check in.

 Ini la bilik kami. Luas & selesa. Tingkap tu menghadap kolam renang. Happy...

 Amsyar tgh x sabo nak mandi kolam renang. Qisya baru abes menyusu. Mamanya nak rest kejap sambil tunggu kenalan internet yg dah mcm adik sendiri. Jumpa sbb sama2 geng Joongboer Malaysia. 
Tak ambik gambo kat kolam renang sbb terlupa bawak turun kamera masa tu...gambo adik tu pun tak sempat ambik..huhu..

 
Malam tu naik river cruise. Best gak la tengok lampu2 kiri kanan sungai. Spt biasa, Amsyar la paling excited. Lepas tu jenjalan Jonker Walk pulak. Tak beli apa pun...jalan2 sampai letih jer..hehe

Esoknya lepas checkout, pegi Zoo Melaka pulak. Time nie mood budak kecik ni ok .  Senang sikit nak bawak ronda tengok binatang. Tp sbb tak bawak stroller & zoo nie agak luas, kitorg decide naik tram jer la. Kena bayar rm2 sorang.

Amsyar yg tgh x sabo tunggu tram tu siap panjat palang kat tmpt tunggu tu.

Muke pueh ati giler lepas naik mcm2. Mama...minggu depan kite dtg sini lagi ke? Bestnyeee.... Eceh!!!

0 Comments