TiPah TerTiPu

Hari tu, masa jalan2 kat pasar malam Berinchang tu kan...
aku nampak ada sejenis buah yg dijual kat pasar tu yg belum pernah aku tengok. Buahnya besar, berkulit licin dan berwarna hijau yg sgt cantek. Kalah warna epal Granny Smith tu tau.
Tapi, aku tengok gitu2 jer. Ramai gak yg dok beli buah tu. Tak berminat aku nak singgah tanya harga atau belek2 buah tu. Maklum la, tak rasa nak beli pun.

cantek tak buah nie. Licin sungguh kulitnya.

 Tak sangka pulak adik ipar aku beli buah tu. "Cho try la buah nie. Nama dia jambu perisa epal". Ha? buah boleh ada perisa2 buah lain ka? Waahhh...pandainya diorang nie create hybrid buah. Dah mcm orkid pulak buat hybrid macam2.

Siyes kagum aku nie. Sebagai orang paling terel bab2 pokok& buah dlm family aku..(dalam family aku jer tau...jgn ngengade kata aku poyo...hehe) rasa agak tertinggal pulak pasal buah nie. Pastu aku potong la buah tu. "Awat keras buah nie? Macam jambu batu la pulak.."

 "Memang jambu batu ponnn..," jawab Yong. %^&%*%*! dalam hati aku. Caiitt....mati2 ingat buah hybrid bagai. Macam mana la aku tak fikir mcm tu. Buah nie mahal. Rm8 dua bijik. Rupa2nya buah jambu batu yg direndam air gula, pewarna & perisa jer. Nasib baik diorang tak tau apa dalam kepala aku tadi tu. Sungguh mengganggu reputasi aku, tauuu....bikin geram jer. Hahaha..

Tapi tak per, bukan aku yg tertipu. Tipah tu ha.... LOL..

5 Comments

  1. dah lama peniaga2 kat CH dan tempat2 lain...dok tipu org ramai...yg bahaya tu,pewarna yg digunakan utk mencelup buah tu...

    ReplyDelete
  2. ye ke kak? risau pulak. entah byk mana pencelup dia guna sampai hijau mcm tu...huhu. Nasib baik makan sikit jer. Harga dia melampau betul untuk sebijik buah jambu celup, kan? Kena buat aduan kalau cam nie..

    ReplyDelete
  3. ye la Yana..pewarna hijau tu bahaya..try google..ade citer pasal jambu/epal pewarna nie..lagi 1 kat cameron kalau buah tu dorang x kasi rasa jgn la beli...pasal buah yg mcm nie biasanya x sedap langsung..mcm buah cinta..dan buah epal malaysia kengkononya tu..

    ReplyDelete
  4. huhuhuhuhu teringat masa prkatikal kt kelantan..first time nmpk buah ni..:)

    ReplyDelete
  5. skrg ni bukan setakat warna hijau.... dia dah keluarkan warna merah plak

    ReplyDelete