KeteRuJaan ReD VeLveT

Aku tak pernah nak teringin sgt dgn kek. Selalunya teringin gitu2 je. Kalau tak dpt pun tak apa. Tak kisah sgt. Opis pun dekat je dgn Secret Recipe. Boleh on je bila2 masa. Kalau teringin pun Choc Indulgence tak pun kek 'pull me up' tu.


Februari lalu la aku start meroyankan red velvet. Sejak tengok gambo kat blog nanirostam. (penat cari gambo yg mana, tak jumpa la pulak. korang tengok sendiri la kat blog tu.) Pastu kat nuff nang pun ada ads pasal red velvet masa valentine day tu.


Hoho...kalah dah kek 'pull me up tu'. Kek baru nie nmpk lagi menawan. Nama pun sedap. Aku survey2 harga kat kenkawan yg jadi tokey2 kek. Alamak! Mahal la pulak. Dah letak cheese kat toping dia. Dah sahih le mahal,kan? Takkan nak makan sebiji kot. Aku nak rasa je. (tp tak gigih mencari pon...saje je buat bising dgn kenkawan)...hahaha..


Tak lama lepas tu, cousin aku pulak tag gambo red velvet dr blog inahar. Dia kata nak buat kek red velvet jugak. Caiitt....saje nak bikin angin kat aku yg takde oven nie. 

*credit to blog inahar


Dipendekkan cerita, selepas sibuk dok kecoh pasal red velvet seantero kenkawan & kaum kerabat, akhirnya pd hari Jumaat lepas terkesima la aku melihat red velvet yg diidam2kan.

 Sangat cantik, ok. Beria-ia ambek gambo keliling tempat kek nie mcm jakun je. Hahaha....


Apa lagi ...beli, la kan. Dah lama teringin red velvet yg indah menawan nie. :P

yang aku rembat. Sepotong je.


Dah rasa kek nie, takde la nak kecoh sgt dah lepas nie. Rasanya ok la jugak. Nama sedap, rupa pun cantik mmg padan la nak kecoh pun. Ntahapehape, kan? Besar betul kuasa gambo sampai aku teringin kek nie mcm tu sekali. Hehe. Oh ye...kek 'pull me up' tu kek tiramisu. Feveret aku. Tapi yg kat Secret Recipe je. Yg lain tak best. 

Dah dapatkan red velvet korang???

10 Comments

  1. kek secret recipe memang sedap-sedap tapi harga? haha boleh bankrap student kalau makan selalu

    ReplyDelete
  2. SC tetap di hati....coz sedap...nyum3...ne terasa nak pergi beli neh kak...ila xleh tgk kek...gila kek..ehheh

    ReplyDelete
  3. eh silap shotform la...SR...hehe...

    ReplyDelete
  4. lama dah tak jenguk Secret Recipe. Dah ada red velvet ke kat situ ye? Mula2 akak tengok red velvet yg cuppies tak teringin pun. Tak baper suka cuppies yg byk topping. Akak suka yg sebijik besar. Dah potong slice, toping yg m'cair atas kek tu yg buat sgt teruja tu. Katanya cheese mascarpone. Perghhh.....terlioq aihhh.....hehe

    ReplyDelete
  5. nyum nyum.. sedap gilerrr.. arr, dah teringin tahap ape daa ni.. oke, malam ni jugak nak cari.. keh3~~

    ReplyDelete
  6. secret recipe mmg secret betol2..mmg 1 slice jer dah cukup..makan lebih2 mmg x ley sumbat mulut..sbb tu recipe die sgt secret..hehehe..berbelit giler ayat..harap paham..:)

    ReplyDelete
  7. salam,
    menggoda jiwalah kek ni.adoi ai. :p

    ReplyDelete
  8. mmg menggoda pun... tu yg asik teringat selagi x dapat...ekeke

    ReplyDelete
  9. red velvet sedap
    nak sepotong buleh hehehe

    ReplyDelete