Friday, 1 April 2011

MaCam MociK2

Pernah dengar perkataan 'joghen'? Joghen bermaksud petah berkata2 tak pun dlm ayat nak mudah fahamnya...'amboi muluuutt...tak boleh blah la..'. Hahaha...sori...aku takde kamus loghat Perak. Tapi mcm tu la lebih kurang maksudnya. Cakap pot pet2 siap muncung2 mulut bila berkata tentang sesuatu. 

Aku tak tau kata dasarnya diambil drpd perkataan apa. Yg pasti, kemungkinan besar huruf lastnya adalah huruf 'g'. Loghat Perak nie yg kelakarnya, kalau kata dasar huruf lastnya adalah 'g', maka hilanglah sebutan 'g' tu. Jadilah ia sbg contoh, kucen=kucing, kamben=kambing, gunten=gunting dll. Org ganu curi kot...ekeke..

Aku suka loghat Perak. Bukan sbb aku nie org Perak, tp tone loghat nie berlagu2 beridgham bagai. Tu yg aku suke tu. Cuba tengok drama kalau cakap Perak mesti rasa mcm lawak. Tapi bukan citer Pah Bedah tu tau. Tak suke aku kejap ckp Parit, kejap cakap Kuala Kangsar, berlebih2 pulak. Rosak loghat je.

Kadang2 bila aku cakap loghat Perak nie, ada jer la tukang gelak & ejek balik. Especially adik2 ipar aku. Kamben? Koripap? Macam mocik2 gamaknya. Sooo tak nampak mcm Selangorian. Lantak le. Dah memang org Perak. Arasso??? Ottoke.... (uik! ape kes korea pulak nih? ) 

*sila nyanyi mcm lagu kumpulan WOW-kau yg satu

Orak enek kue enyonglah seng rindu
orak enek kue ilanglah monjonyong
kasihnyong tek kue seng siji
cintonyong....errr sambunglah sendiri..

Bahasa jawa pon lawak jugak, ok? hahaha....




No comments:

Post a Comment