tak ikhlas ke?

Ini cerita semalam. Bukak je blog terus rasa hepi semacam. Tengok follower dah cecah 600. Rasa macam tak percaya la pulak. Ate, teman nie idak le cun nak tempek gambo beso2 kat blog, tak la pulak stylo lilit shawl ala2 Hana Tajima . Tak jugak hebakk dgn DSLR & fashionista bagai...huhu. Bila ada insan berhati mulia yg klik follow sampai beratus2  tu agak kembang la bunga setaman di hati teman nie.

Jadi, sambil tersengih2 kerana hepi, nak share la dgn en. suami yg tak baca blog teman nie. "follower dah 600..." ngeh ngeh ngeh. "ala.....ramai yg follow sbb nak mama follow balikkk." dalam hati teman... ye ke? huhu..... T_T. Komen tak memberangsangkan langsung. Macam semua entri tak best dibaca.  T_T lagi sekali.

Takpe. Senyap2 pergi kat manage blog. Terjojol bijik mata kecik saya nie. Jumlah orang yg saya follow lebih byk daripada follower saya. Ok fine. At least takde la kena kutuk sbb tak follow. hahaha.... (statement bajet femes mcm yuyu zulaikha..) the end story semalam.

Saya rasa semua rakan2 blogger dah besar panjang. Dah tau adab sopan. Tak perlu la letak ayat2 yg seumpama/bermaksud "tak suka baca boleh berambus". Dah pasti kalau blog tu tak masuk dgn jiwa seseorg tu, dia akan klik kotak pangkah kat atas skrin dgn senang hati. Tapi mcm mana pulak dgn orang yg baru pertama kali datang & tertarik hati dgn blog tu? Mesti dah rasa mcm tak best, kan?

Pastu, bila blogwalking tu tak perlulah suruh2 orang lain follow. Citarasa manusia nie tak sama. Tak semua blogger suka dgn widget2 canggih yg menyusahkan. Tak semua blogger suka dgn ayat2 yg terlalu banyak guna shortform sampai tak faham. Tambah2 golongan yg dah agak berumur dan macam2 lagilah. Rasanya dah ramai blogger tulis mengenai topik follow u follow me nie. Tak perlu saya bersyarah panjang lagi rasanya. Jadi marilah kita berbloging dgn rasa senang hati dan penuh dengan keikhlasan.  Sekian entri untuk malam ini. Tata...


15 Comments

  1. Saya sgt2 setuju dgn post ney.
    Great post laahh ! :D

    ReplyDelete
  2. hehehehe betullah tu.rara pun rasa tak perlu kot guna ayat berambus tu.mcm tak sopan je.byk ayat lain lagik yg sopan.neways congrats. =)

    ReplyDelete
  3. hi salam kenal...kita perlu berhati2 gak dalam berblog ni kan saya pun suka entry ni....

    ReplyDelete
  4. entah la..rasa bersalah pulak kalau tak follow balik.

    ReplyDelete
  5. wani.... ulang tayang je nie...hehehe...thanx..... :)

    rara... x tau nape akak rasa sgt tak best dgn intro blog mcm tu. nak bajet kerek dgn kenkawan tak pe la. huhu...

    lizz... betul tu.. :)

    amir...itu tak dinafikan. memang rasa bersalah. memandangkan skrg nie yg akak follow dah byk sgt sampai dah x termanage, nak follow balik kena tengok2 dulu la. :)

    ReplyDelete
  6. Saya sangat setuu ngn entry ni...

    Tapi bagi saya..kalau kita x bagi semangat kat newbie2 ni..sape lagi yg nak bg semangat kat mereka..
    '
    kita pun bukan kekal di alam blogging pun..patah tumbuh hilan berganti..

    kalau saya..saya follow balik...cari sampai dapat..tp ade gak yg x dpt follow...xde link..humm'

    setiap org ade pendapat masing2...:)

    ReplyDelete
  7. umi mya...tomei betul masa pregnant... :)

    bibirmerah... nak bagi semangat pun betul jugak tu. cuma penggunaan ayat tu yg kadang2 orang dah melepasi umur remaja x boleh nak terima. ye lah...masing2 pendapat. masing2 ada tujuan berblog, kan? :)

    ReplyDelete
  8. saam , sokong 100 peratus dengan kenyataan dalam entry ni...memang betul...

    ReplyDelete
  9. tahniah akak..saya sokong pe akak cakap..blogger yang ramai follower kadang sedih bila tiada kesetiaan.;)..itu saya tengah bina..arap2 menjadila..baru hepi blogging..apapun..saya akan setia ngan akak..:)..

    ReplyDelete
  10. khairil...thanx... :)

    syuxer...hehe...jom kita nyanyi lagu setiaku di sini ziana zain. (jiwang karat sikit..hehe) thanx syuxer.. kita kawan je sape nak kawan dgn kita, kan? dah letak pon fb badge tu ha. tak follow blog, add le fb. senang je kalau rasa ikhlas nak berkawan. :)

    ReplyDelete
  11. ramai yang follow sebab nak follow balik lepas tu chow cincau tak nampak muka.

    ReplyDelete
  12. ko membebel ke hape neh...ekekek
    yg penting ikhlas kan fren...aku pon tak kisah ada follower ke idak..yg penting org baca tu dah cukup bagus tu..terharu yuuu

    ReplyDelete
  13. risa...membebel sambil merapu akibat mula terasa bibit2 annoying di hati di saat waktu happy terganggu. paham ke idok eden merapu? hahaha.....

    ReplyDelete