Thursday, 16 June 2011

BuAh CeRi

Lama tak petik buah ceri. Buah yg merah menyala dan rasa yg manis. Sedap betul..

 Ops...bukan yg nie. Mahal tak hengat nie. Saya pernah beli kat Plaza Alam Sentral. Harganya 90 sen sebijik. perghhh......

Buah ceri yg saya nak cerita nie buah ceri yg dah lama saya tak petik pastu makan kat bawah pokok. Buah ceri Malaysia le. hehe...Best betul kalau ingat zaman dolu2. Riuh rendah bawah pokok. Padahal kutip buah ceri jer ponnn. Kalau durian tu tak apa la jugak sbb raja buah. Ini buah ceri entah burung mana yg berak, tup2 tumbuh pokok nie. hahaha... Tapi takpe, segala aktiviti dgn kawan2, selalunya best untuk dikenang. hehe..


yg dah masak ranum. geram jer tengok. saya dah makan buah ceri yg dalam gambar nie. ekeke..



Banyak yang dah masak. Tu yg geram sgt nak petik tu...



uik? kat mana pokok ceri nie? Bukan tepi semak ke?



pokok ceri yg cantik nie di depan rumah kakak saya. Tanam tu wehhh....patut la cantik. Sambil lepak2 bawah pokok, sambil petik2 buah ceri. Ada la aktiviti sikit kat depan rumah. Opah Qisya jadi model sat...ekeke...



saja letak gambar kuih kat Kulim nie. 3 bijik rm1.



Donut nie pun 3 biji rm1. Harganya biasa. Kat Shah Alam pun masih ada 3 biji rm1. Yang luar biasanya 1 je. Kuih2 ini bukan diletakkan dalam piring ye u olls.... tapi dalam PINGGAN. Jadi, bayangkan la besar mana kuih2 nie. Puas hati makan. errr.....harga tepung & gula bukan sama ke satu Malaysia??? 





Posted by Picasa

4 comments:

  1. Beshnyerrr rumh besooo bole tanam pokok2kn...petik ajer bole mkn...

    ReplyDelete
  2. ada tanah ciput je kat depan tu. Tapi dapat jugak la tanam macam2 sbb x m'hadap rumah orang. :)

    ReplyDelete
  3. pergh...da lama tak makan buah ceri...dulu2 ada la pokok kat umah...pastu bila akarnya melampaui batas2 kemanusiaan, terpaksa buang....kenangan demi kenangannnnnn...karok ckit...ahahahaa

    ReplyDelete
  4. mahalnya ceri kat malaysia....patut la orng yg kerja kat tempat ceri gaji lumayan.

    ReplyDelete