Thursday, 23 June 2011

Cintamu tak dibalas?

  Wah tajuuukkk....hehe. Agak jiwang2 sikit. Entri nie sebenarnya komen untuk beberapa adik2 blogger yang sedang mengalami situasi cinta yang tak dibalas. Nasib ada blog, boleh luah2, boleh tanya2, boleh dapat sokongan & semangat. Bertuah korang....akak dulu, nak luah,,,takut kawan bosan. nak tanya, segan la pulak. nak dapat sokongan & semangat? kirim salaaammmm... abis2 kenkawan cuma suruh 'udah2 la tu..'. huhu...
sadis, kan? nak buat macam mana, nak tanya ..nak luah...kat kenkawan depan mata je la.


 *cik google

Ok. Entri nie tak sesuai untuk orang yang suka jual mahal perasan bajet bagus & bajet cun. Entri ini ditulis dari pengalaman sendiri yang nak dikongsi dgn adik2 yg sudi nak ambil iktibar sebagai pedoman.

Pertama sekali, tidak ada jual beli dalam soal cinta. Cinta bukan pantun ye adik2.. Takde mahal murah nak jual cinta. Cinta itu anugerah Allah yg dilontarkan di dalam hati. Ada ke kita nak cop siapa2 untuk jatuh cinta? Tak ada, kan? Suka pada yang cantik dan kacak itu fitrah manusia. Suka yang terlampau sampai jadi obses itu pula bukan cinta. Apa kau nak jadi Yvonne macam dalam drama Nora Elena tu? Tak mungkin, kan?

Zaman remaja saya, dah biasa sangat jadi tiang elektrik. Ala2 dayang pengiring puteri pun biasa. Kadang2 jadi watak pembantu sebagai best friend heroin yang biasa kita tengok kat TV pun selalu juga. Ini semua berlaku disebabkan takdir saya berbestfriendkan kawan yang cantik/comel lote. Saya pernah dibaling kertas nak berkenalan kat library. Tapi untuk kawan saya. Pernah jugak kena ikut ke sana ke mari oleh peminat kawan saya sampai saya naik rimas. Rimas jadi tiang elektrik...hehe..

Untung la kan siapa2 yang jadi hot chick tu. Jadi pujaan. Siap kena cop dari zaman sekolah. Tapi macam mana yang biasa2 je? Jangan fikir korang tak layak bercinta. Cuma jangan terlalu complicated. Beri ruang dan peluang kat diri sendiri untuk dicintai dan mencintai. Mana tau boleh membawa ke jinjang pelamin. Istilah cinta monyet tu entah siapa yang cipta, kan?. hahaha...

Menangani cinta yang ditolak pula memang tidak mudah. Menangislah sepuas hati. Tapi cukuplah untuk waktu tertentu. Pelajaran lebih penting. Yakinlah bahawa Allah swt akan menemukan jodoh yang lebih baik. Cuma waktunya belum sampai. Berlapang dada juga dapat menenangkan jiwa.

Percayalah adik2 sekelian, selepas bertahun2....terserempak si dia di mana2/ di fb, si dia bukan lagi seseorang yg pernah menggetarkan jiwa, yg pernah dirindudendamkan seperti dulunya. Silap2 mungkin terpacul ayat sebegini..... 'nasib baik tak kawen dgn dia...' hahaha.... Ingat kata2 kat header atas nun. 'dunia bukan semata milik orang bercinta, hidup pula bukan untuk berlagu kecewa' ...... so chill la ye...takde kawan pi karok ajak akak, okay??


5 comments:

  1. berharap akan dapat jodoh yang baik satu hari nanti .

    ReplyDelete
  2. hehe... betol jugak apa yang akak ckp tu...hmm... fikir2 laa... :)

    ReplyDelete
  3. haa..dengar tu adik2 pesa
    nan dari kak yana..:)

    ReplyDelete
  4. puteri ain....mudah2an...akak doakan... ameeennn....

    ReplyDelete
  5. kisah hati... ye...memang betul...hehe :)

    sue... akak memang byk pesanan.. :D

    ReplyDelete