JaLan2 di PeNanG Part 2

Sambung lagi cerita di Penang. Selepas semua kekenyangan makan nasi kandar Line Clear tu, kami pun bergerak ke Taman Rama2. Tutup la pulak. Pastu ke Taman Rimba pulak. Pun tutup jugak? Apa kes semua tutup time cuti sekolah nie? Pelik diorang ni. Dah la tempat2 kat tgh pulau tu tak dpt pergi sebab jem teruk. Kecewa jugak la sebab kami dah sampai kat depan pintu masuk. Huhu..
Atas cadangan ramai, nak lepak tepi pantai la kononnya. Batu Feringghi takde tempat parking, Tanjung Bungah pun takde tempat parking. Asik patah balik jer konvoi kitorang nak cari tempat lepak. Punya la ramai manusia. Last2 kitorang lepak kat Pantai Teluk Bahang. Pantai tu ada sebuah banglo buruk. Saya nie mesti nak tanya kalau nampak bangunan yg menimbulkan misteri. Budak yg jaga parking tu bagitau, rumah tu milik orang Taiwan yg dijual kpd Datuk Nasimudin. Tak tau la nasimudin mana, yg owner Naza tu ka? Ish, nak tanya lebih2 takut mengalahkan wartawan la pulak. Jadi blogger jer pun dah macam paparazzi. hahaha...

sebahagian kuncu kincit saya.... 

cuaca sgt panas masa nie. budak2 & bapak budak je sanggup berjemur. kami duduk lepak je. hehe


Inilah banglo yg dimaksudkan. Macam mana zaman dulunya ya? Jauh dari penempatan lain. ish ish ish... erk! anak dara saya tak berbaju pulak dah...

On the way nak ke Padang Kota, ternampak la restoran nie. Cantik la. Feeling watak2 dalam novel pulak kalau makan2 kat sini. Nora Elena ke....cea cea...poyo! hahaha...
 uik! anak sapa la nie.....


anak2 saudara saya. sorang ala2 Hana Tajima. Sorang ala2 Aizat. Remaja la katakan. Layan jew lewww.....

Sotong kangkung terbaekkkk.....sedap betul...

Yang nie bikin hangen. Apekehenye ciput bebeno. Tak pernah jumpa ABC ciput cenggini. Tapi takpe. Mood tgh hepi2 jgn diganggu dgn komplen itu ini. Telan je la...

sepupu sepapat kalau berjumpa, mcm nie la. 

sapa pulak nih?

mak2 budak...hehe..

29 jun nie Qisya genap setahun. Jauh beza tak dgn gambar kat header? Eh? Baju yg sama la pulakk...

Konon2 nak naik feri tapi apakan daya. Panjang betul barisan kereta yg menunggu membuat kami ikut jambatan sajalah. Tetibe nampak pelangi. Snap je la. Terasa macam pelangi tu mengiringi perjalanan pulang. Berbunga rasa di hati. (jiwang tak? kah kah kah..)

Sebenarnya tak kisah sangat pun tak dapat ikut plan yg telan dirancang. Tak ada apa yg paling penting selain dapat bersama keluarga tercinta. Cinta2 ini tak boleh diganti. Kalau boleh pun, pasti tidak akan sama, betul tak?

12 Comments

  1. seronoknye bercuti ramai2 ke penang..teringin gak nk jalan2 ke sana..org kata syurga makan2 kat penang nih..=p

    ReplyDelete
  2. best kan penang..
    seronok..siapa yang tak pernah pergi penang baik pergi..
    rugi taw =D

    ReplyDelete
  3. wah, bestnya jln2 bersama famili =)

    dah tu balik pula, pelangi yg cantik mengiringi.. suka2 =)

    ReplyDelete
  4. hello!

    saya nak tanya, pernah pegi Batu Feringghi x?

    Saya pernah pergi, tapi Pantai Teluk Bahang ni tak sampai lagi,

    nak tanya Batu Feringghi ke Teluk Bahang ni lagi best?

    Thanx :)

    ReplyDelete
  5. Jalan2 dengan family best kan?

    ReplyDelete
  6. lily....bab makanan Penang memang terbaek.. :)

    azie...seronok sbb byk tempat boleh dironda... :)

    sha.... jiwang entahapehape...hahaha..

    ReplyDelete
  7. adam...pantai2 kat Penang nie lepak tu boleh la, tapi kalau nak mandi2 tak la kot. lebih kurang sama je.

    kitty comel...memang la best. lagi best drpd dating berdua je dgn boipren. (berdasarkan pengalaman...hahaha..)

    ReplyDelete
  8. Bestnya..dapat g jalan2 hee..

    fatin follw yer..


    http://fatinliyana6789.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. aii...saya org penang..
    cian datang taman rimba...tutup lak..
    ada suspect kencing tikus kat situ..
    suspect baru la..tak dpt result lagi...
    saya nega dalam tu..sbb tu taw...
    hehe...len kali dtg penang time weekdays...baru tak jammed!..

    ReplyDelete
  10. mangkuk tandas betul dorang tutup tempat2 melawat tu time cuti2 skolah nie...ade ke camtu..spoil mood kan..tapi mujur leh cool lagi..n bersama famili tu yg penting..bukan senang nak cari masa gathering mcm tu kan..k.sal dah plan nak bergather ni berapa punya lama..tak juga menjadi...sibuk je memasing..huh!

    ReplyDelete
  11. fatin...thanx... :)

    sangat setia....bahagia itu bila kita berpijak di bumi nyata... :)

    iryana..oh ye? patut tutup..huhu..

    kak sal....nak bergadering dgn family susah tau. cuti hujung minggu dah la tak boleh pasal cuti kedah & selangor x sama. tu yg terpaksa cari time cuti sekolah. tp tu la...bila cuti sekolah tu yg payah nak berjalan kat tempat tumpuan tu..

    ReplyDelete