JaLan2 di PeNanG

Rasa macam lama tak hapdet blog. Rindu la pulak nak taip story mory. kih kih kih. ngengada tetibe. Ok, jom kita mulakan. cea cea... (pasan bajet ada org rindu kat entry ai...hahaha)

Kitorang (saya & adik beradik bersama2 family masing2) saje2 nak jalan kat Penang. Sepanjang kerja kat Intel dulu, walaupun selalu ulang alik Penang, tak pernah teringin la pulak nak jalan2 kat Penang tu. Pergi Penang pun pi area pantai & shopping complex ja, tak peghenah la pulok pi jenjalan feeling pelancong gitu. Kali nie nak mai sana nak ghasa la jugok jadi pelancong. (tukaq slang utagha pulok nooo...hehe)

di atas jambatan Pulau Pinang. first time snap gambo jambatan nie itu pun sbb blog. ekeke..

hoho....dah nampak tempat lepak2 zaman gedik dulu. (gedik kewww?....idok aih. baik ape. tak caye tanya kakak saya. ekeke)

kat Tokong Ular. Tak banyak pun ular kat sini. Ularnya pun kecik2 je.

Punya la hampeh jenjalan time cuti sekolah & public holiday kat Penang. Jem gile. Cuma dapat masuk Tokong Ular je. Tokong lagi satu tu (kakak saya cakap ada kura2 besar kat situ) pun tak dapat masuk sbb takde parking. Singgah Bukit Bendera tapi tak dapat naik. Tengok orang beratur sampai ke jalan besar. Kecewa jugak la. Saya tak pernah naik Bukit bendera tau. Huhu.

Dah penat meredah traffic jammed, kami cari nasi kandaq terbaekk. Nasi Kandar Line Clear. Tapi tak beghapa nak clear sbb kena beghatoq sedia. Tu dia depa beghatoq sampai keluaq jalan besaq. Masa kitorang sampai tak ramai macam nie. Nasib baik jugak la. Hehe (nie snap masa nak balik)


Perghh...otai betul nasi kandar Line Clear nie. Katanya si Aswad AF tu pernah kerja kat sini. Tu sebab tag line dia line clear. Anak saudara saya yg bagitau. Betoi ka?

 
 Bukti2 ramai selebriti Malaysia pernah makan kat sini dipamerkan di dinding.

Dah ngap sikit baru snap. Tak tahan wehhhh....... hahaha. (letak gambar makanan saya je. yg lain2 tu tak tertempek kat sini. jenuh nak upload. lambat bebeno).

Habis sudah part 1. Tata... :)



6 Comments

  1. tak pnh smpai png lg . huhuu :)

    ReplyDelete
  2. Best gak kan jenjalan penang..k.sal pun bwk anak2 gi penang gak..tapi jem jgn cakap ler..bab tu kiteorg lepak kat queensbay je smpai mlm..gi bukit bendera pun x dapat naik..frust giler..x pa la..lain kali ada peluang pegi lagi...selalu pegi shopping je..x penah pi jadi pelancong..hhehe..dah sedia nak jadi pelancong dah hujan n jem lak..cancel lagi...

    ReplyDelete
  3. ell tinggal kat penang. bercuti hari tu kat kl. hehe... kalau nak naik bukit bendera ngan tempat lain time cuti sekolah memang sangat ramai ler. tren bukit bendera pun dah baru. maybe next time korang datang penang time bukan cuti sekolah. ell g kl ngan i-city hari tu penuh dgn manusia

    ReplyDelete
  4. wah beshnyer nak gi jugak laaaa...

    ReplyDelete
  5. penang memang best kan..
    baru dpt pergi sekali je..
    xpernah gak naik bukit bendera n mkn nasi kandar tu..sedap nye.. :)

    ReplyDelete
  6. dududu...nanti cuti2 try la pergi sana tapi jgn time cuti sekolah. :)

    k.sal...ala...k. sal boleh pergi bila2 masa je. dekat je pun..

    ell...i-city tu pergi sekali je. nak posing2 boleh la. kalau setakat nak tengok lampu, dari tepi jalan pun boleh..hehe

    umi mya...try nasi kandaq line clear tu. terbaekkk.. :)

    aida...kena pergi lagi sbb x pernah naik bukit bendera. destinasi wajib kot..hehe

    ReplyDelete