meroyankan Aaron Aziz

Ewah ewaahh....bukan main Aaron Aziz sekarang nie. Laku bebeno bak kata orang perak. Habis satu cerita, satu cerita yang keluar kat TV ke kat wayang ke...muka Aaron Aziz jer yang terpampang. Maka ramai la yang jatuh cintan meluah rasa kat blog dan status fb. Tambah-tambah time cerita Nora Elena hari tu. Paling sadis, bila Miss Geli2 atau Nowa yang menghantar surat bantahan ke TV3 ramai la meroyan kata si Nowa ni emo entahapehape. Hello, itu surat lawak la. TV3 siap bagi hadiah kat Nowa. Yang kata si Nowa nie emo tu yg sebenarnya emo. Sila jangan putuskan wayar saraf kelakar anda sampai nak melenting tak fasal2...hehe...

*carian google

Tapi terus terang cakap la, Aaron nie memang hensem pun. Bila pegang watak2 hero memang la agak menusuk jiwa raga. Tall, tough and handsome memang la menawan hati mana2 wanita. Jadi, kalau laa...ini kalau ye... ada seorang mamat single yang tall, tough and handsome melamar seorang gadis, tapi si gadis tu menolak lamaran angkara takut dikebas perempuan lain, maka agak senget la pemikiran itu. Eksyen sangat bunyinya nak melawan fitrah manusia yang suka pada keindahan.. (pendapat je tauuu...) hehe..

Berbalik pada watak2 yang dipegang Aaron tadi contohnya Seth Tan dan Malik, memang saya suka. Malik yang dah bertaubat dan cool memang menawan hati. Bak kata Peej Burhan, dia sanggup nak bukak gerai buah kat sebelah gerai sayur si Malik. hahaha...

Seth Tan pulak buat kita berada di awang-awangan kejap. Best wooo kalau dapat hubby romantik macam tu ditambah figura menawan macam Aaron Aziz. Awww....maunya tak ramai yg meroyan especially yang dah jadi bini orang. Makanya ramai yang cuba berada di dunia Nora Elena dan Seth Tan itu. Nak jugak la bunga2 bagai. Mana-mana hubby yang sporting tu layan je la, kan? Tapi yang tak koser nak melayan tu, jangan la ingat hubby masing-masing tak sayang. Tak bagi bunga pun sayang jugak. Cuma lelaki melayu ni memang agak kurang nak tunjuk romantik gamaknya. Sama ada kedekut duit nak bagi bunga atau geli geleman nak tunjuk romantik ala ala mat saleh idok le teman tau. Tapi sebagai isteri, sesekali tu nak juga jiwa dibelai2. Nak juga rasa romantik2 tu, kan?

Hubby saya layan juga bunga-bunga nie tau walau pun nampak orangnya macam tak romantik langsung. Bekas budak ROTU memang macam tu kot...hahaha..

antara jambangan bunga yang pernah disurprise2kan......


yang nie pulak masih setia di atas meja tunggu pengganti....( surprise ler lagi...i loikkee).....

Terima kasih encik hubby kerana tak payah tunggu cerita Nora Elena keluar baru nak kasi bunga. Tak bagi sebonet bunga pun tak apa. Chenta ini tak pernah berubah... (nak muntah tadah sendiri, ek?)...hahaha...


11 Comments

  1. rejeki aaron..asyik2 muka dia y kuar tb sekrang..rejeki tengah melimpah luah..comel bunga..dah layu ker belom bunga tu sekrang?

    ReplyDelete
  2. rezeki aaron aziz skrg tgh melimpah ruah :)

    ReplyDelete
  3. cik pha....yg dah kering tu la masih ada kat atas meja akak nie. rasa mcm masih cantik, jadi sayang la nak buang..hehe

    sutera kasih....memang pun. nasib baik suka jugak la kat mamat nie. so, tak kisah la asyik2 muka dia. :D

    ReplyDelete
  4. tu la pasal..bukak mana tv je muka dia..lepas mka dia..muka dia lg..lepas abis cite dia...cite dia lg..cuak dan muak aku..kih kih kih khi

    ReplyDelete
  5. arul...dah rezeki dia. ok la sikit dari rosyam nor. dah lama sangat rosyam nor tu jadi hero....ekeke

    ReplyDelete
  6. err , nie penangan nora elena ka ? hahahah XD

    ReplyDelete
  7. nawal.... gamaknya la kot. kuncu kincit akak ramai bekenan kat Aaron Aziz nie sejak citer tu la...hehe

    ReplyDelete
  8. umi mya.... kengkadang je. kalau selalu, bikin lemas & serabut kot...hahaha

    ReplyDelete
  9. terpengaruh jd seth tannnnn.. hehehe

    ReplyDelete
  10. hamzah ian...ye ke? tahniah. bagus untuk meningkatkan hubungan yg lebih bahagia... (ambik yg baik2 je.) hehehe..

    ReplyDelete