Friday, 24 June 2011

NurSeRi Yong

Bekas budak landskap sorang nie memang suka pokok2. Jadi, kalau blog nie banyak cerita pasal pokok dan elemen2 landskap faham2 je la. Memang jiwa saya. Jiwa je tau. Yang rajinnya kakak2 saya. hehe..Kakak sulung saya yang tersayang nie dipanggil Yong dalam keluarga kami. Yong adalah panggilan untuk anak perempuan sulung di negeri Perak.

Hari tu masa pergi Kulim, kami lepak kat rumah Yong. Yong saya nie sangat rajin orangnya. Kalau saya, memang tak mampu rasanya nak buat itu ini. Di samping mengambil tempahan kuih muih, kakak saya menjual aiskrim Malaysia, labu sayong & hiasan, membela arnab & menjualnya, menjaga kebun dan sekarang buka nurseri. Ok. Jom jalan2 usha nurseri kakak saya nie.


pokok2 bunga yang diletakkan di hadapan kedai..


sebahagian pokok bunga kertas yang sudah siap dibentuk oleh abang ipar saya.


pokok2 hiasan yang memerlukan teduhan hidup subur.


antara orkid2 yang dijual. 3 pasu yg dah siap berbunga hanya rm20. murah tak?


bunga ros memang tak tinggal la sebab tuannya bernama Rose...hehe


walaweiii....dah siap berbuah pun limau manis tu....


pokok penutup bumi yg paling saya suka. Cuphea igneus....comel betul bunganya yg warna purple tu..


lempoyang, hempedu bumi, mahkota dewa, pokok cerita....ha? pokok cerita? pokok bahagia ada tak? hahahaha.... sebahagian pokok2 herba yang sangat tinggi nilai perubatannya turut dijual.


pokok2 yang siap sedia untuk dipilih untuk menghiasi kediaman...


nurseri yang menghadap ke jalan besar dan sawah.


Mak Su & Pak Su sedang memilih pokok2 baru untuk rumah baru mereka....


antara pasu-pasu yang dijual.

Sesiapa yang tinggal di Kulim, bolehlah berkunjung ke nurseri Yong yang terletak di Padang Serai untuk mendapatkan harga pokok2 bunga yang murah. Nak murah lagi, bagitau la yang korang nie kawan saya. errr....boleh ke Yong? Boleh la ek? promosi free nie....hehe..



Posted by Picasa

6 comments:

  1. kalau mak elie, confirm suka ngn pokok2 ni!
    hahaha

    ReplyDelete
  2. waahhh....sama minat tu...hehe

    ReplyDelete
  3. fulamak...terrer siot...noh slalu tanam pokok kemuncup jer...harharharharhar

    ReplyDelete
  4. noh.... kemuncup tu tak payah tanam... hahaha..

    ReplyDelete
  5. Waaa rajinnye. Bagus2. Em bez je tgk pkok limau dh berbuah . N mmg murh yg 3 pasu dh siap berbunga rm20. wah, teruja2. hik3^^

    ReplyDelete
  6. Salam kat mana ekk nurseri kakak awak tu? padang serai area mana.. cuba bagi petunjuk jalan kit...

    ReplyDelete