Sunday, 12 June 2011

SeDuT AnGiN GenTinG HighLandS

Hujung minggu tak tau nak buat apa. Lepas je balik kenduri jiran kat Puchong, tetiba encik hubby ajak pi Genting. Saja2 pi jalan nak sedut angin sejuk Genting. Ok la jugak tu. Ajak orang yg suka berjalan memang silap banyak la. Terus jer bersiap dengan cepatnya. ekeke..

Tapi agak malangnya, petang sabtu semalam jammed teruk sbb ada piala FA kat Bukit Jalil. Jenuh kami pusing2 nak elak jammed. Nyaris2 dah tak jadi pergi. Last2 redah KL nak elak jammed kat Middle Ring. Mana boleh tak jadi, sape suruh ajak kite yg dah sungguh2 nie..hehe..


Dah nak maghrib baru sampai. So, tak dapat ambik banyak gambar. 


Ramai betul yg naik Genting hujung2 minggu. Amsyar tanya kita pergi negara China ke? hahaha..


Edit gambo. Muka sememeh beno. Yang nie je sempat snap sebelum matahari terbenam. Kami tunggu masuk waktu maghrib kat Awana.


Hanya ini kamera digital saya mampu lakukan. 'Uncle, apesal terlupa bawak DSLR tadi? '. Agak kecewa. huhu..


Dah gelap. Qisya & uncle Is. 

Best jugak lepak2 atas Genting nie. Ambik gambo semuanya hampeh malam2 cenggini. Sudahnya kami lepak2 je tengok pemandangan. Sambil dengar orang jerit2 kat theme park tu, kami dengar jugak alunan bacaan al-Quran sayup2 dari masjid Genting tempat kami sembahyang tadi.  Nampak KLCC & Lembah Klang di kejauhan. Amsyar tanya lagi, "nampak rumah Opah tak?" hahaha....Opah kat Perak la sayang. Elok la tu, pergi negara China cari rumah Opah. Kah kah kah....gelak besor kitorang.


Turun je dari Genting, kami ke Satay Station. Sate terbaek, ok? Satay Station ni kat Kg Pandan KL.


Boleh makan kat dalam rumah nie jugak tapi kena bersila. Cantik rumah tradisional Melayu nie.


Zoom dari jauh je. Kang ambik dekat2 nampak poyo la pulak...hahaha..


nampak santai Satay Station nie. Siap pondok2 bagai. Tak berani nak snap kat pondok2 tu. Semua ada orang tgh makan...ekeke..

makanan kami. ada lagi yg belum dihantar tu. Mi rebus tu sedap betul. Harga sate 90 sen secucuk. Berbaloi sebab satenya besar dan rasanya sedap. Singgah2 le ke sini, ye? amboiii....siap promote la pulakkk..hehe.




Posted by Picasa

11 comments:

  1. waa..bestnya satay station...ishh nanti kalau gi keyel leh la cari tempat tu...

    ReplyDelete
  2. akak..nak itottttt..huuuu..hehehe. lana tak sampai pun sana lagi. haishh..bila tah nk jejak.

    ReplyDelete
  3. wah bestnye jalan-jalan hujung minggu macam tu...

    ReplyDelete
  4. jaln lagi..hehe..best laa..

    Tq follw (=

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. wahhhh...sedap tgk satay tuuuu ehehhe

    ReplyDelete
  7. kak sal....sate nie lagi sedap dari sate samuri tu tau... :)

    lana....jommm...nak pergi lagi nie. nak main kat theme park pulak...hehe

    khairil...isi masa lapang je.. :)

    fatin...akak nie bab jalan2 mmg suke. rasa semua best la....hahaha...

    ReplyDelete
  8. jahidih saili....duduk kat sabah ke? bestnya duduk kat tempat sejuk2 nie... :)

    umi mya....satay nie mmg terbaek. apalagi, hujung minggu nie ajak la hubby mung pegi sini pulak...hehe

    ReplyDelete
  9. lamanya x kesana... bila la dpt p pulak :)

    ReplyDelete
  10. sangat beshhh pegi Genitng.sejukk ;))

    ReplyDelete