SeKoLah AmSyaR

Akhirnya hari ini tiba juga. Hari di mana saya pula yang kena hadir ke sekolah atas urusan report card anak. Dah tua betul rasanya. huhu.

Amsyar sangat semangat sempena hari terbuka sekolahnya. Asyik tanya mama pergi tak. Abah pergi tak. Nak pastikan kami benar2 pergi ke sekolahnya untuk gotong royong sambil berbincang dgn guru kelasnya tentang perkembangan pelajarannya.

Percaya atau tak, saya hanya menghantar dia di van pada hari pertama sekolahnya. Tapi dia sungguh tabah dan berani berseorangan. (saya & hubby ikut dia kat belakang van sebenarnya tapi tak beritahu dia). Punya kejam la mamanya nie. Anak baru masuk darjah 1 dibuat mcm tu. Balasannya saya tak berjumpa dia di tempat perhimpunan yang mengumpulkan murid tahun 1 akibat trafik jammed yg buat saya terlepas van sekolah yg dinaiki Amsyar. Berderau darah saya sampai saya yg rasa nak menangis.

Perhimpunan terasa sangat lama dan rasa nak pecah dada sebab tak bertemu Amsyar. Jenuh barisan murid Darjah 1 saya check tapi tak nampak langsung bayang Amsyar. Apabila dah hampir semua murid masuk kelas, barulah saya ternampak Amsyar yang berdiri keseorangan di tengah2 koridor antara dua blok bangunan sekolah dan saya lihat dia dalam keadaan kebingungan. 'mama, Aca tak jumpa kelas..' Ya Allah. Air mata rasa nak menitik dah masa tu. Tabah betul dia. Tapi cepat2 saya tarik dia masuk ke kelas dia. Nama kelas punyalah payah. 1 Argentum. Saya pun susah nak ingat. hehe...

Itu cerita 3 Januari 2011 yg lalu. Hari Sabtu lalu, dia yang tunjukkan kawasan sekolah dia. Hepi sungguh dia sampai pagi tu dia yang kejutkan kami.

Ini la sekolah Amsyar.


masuk je kelas Amsyar dah ada siap sedia pesanan penaja. hehe..


snap curi2 gambar Amsyar & guru kelasnya Cikgu Norazlinda.


huk ala....ada taman permainan betul2 sebelah kelas Amsyar. Ish...boleh fokus ke bebudak nie ye?


bosan juga tunggu giliran nak berjumpa guru kelas Amsyar nie. So, snap2 gambar Qisya.


bukan nak minum pun..


tumpah2kan air..


minah straw. minat sangat dgn straw tak tau la pasal apa.


tempat perhimpunan sekolah. Amsyar tgh buat perangai masa nie. Tak mahu diambil gambar. Ngada2 betul.


Sila pilih besar nanti nak jadi apa ye Amsyar. Auntie2 & Uncle2 ramai yang boleh dijadikan contoh. Pilih je mana2 yg minat. Mama & abah hanya boleh tunjukkan jalan tapi Amsyar yg kena tentukan.

Overall semua subjek ok cuma English agak lemah. Kena pertingkatkan lagi nie. Takpe. Pelan2 kayuh....



Posted by Picasa

6 Comments

  1. takpe..apa2 hal saya boleh bagi tuisyen..hihi..tutor2

    ReplyDelete
  2. anak2 bila masuk darjah 1 memang kene buat camtu...cikgu pun senang je nak handle kalau tiada ibu bapa...tengok dari jauh takpe la..biasa la tu..hati ibu..mesti nak tau mecamana anaknya nak biasakan diri ngan alam persekolahan tu...macam2 ragam kan...

    ReplyDelete
  3. fizan....jgn score A sudah...hehe

    kak sal.... memang pun kak sal. sejak jadi mak2 nie risau semacam je...huhu..

    ReplyDelete
  4. comel je. bukan nk minum pn.. nk memain je :)

    ReplyDelete
  5. saya nak jadi chef mama. hehehe...

    ReplyDelete
  6. niena...dia nak straw je. kalau nanges, bagi jer straw terus senyap. :)

    raja nurul fatin... dulu2 byk sangat cita2. tapi sekarang nie kalau boleh nak jadi surirumah je.huhu...

    ReplyDelete