menunjuk atau menunjuk-nunjuk?

Siapa suka menunjuk? Sila angkat tangan. hahaha...
Semua blogger suka menunjuk la wehhh... Saya pun suka. Kalau tak, buat apa ada blog,kan?  baik tulis feeling2 kat diari je. Baca diari orang boleh kena saman. Baca blog orang dipersilakan. hehe. 
 
 Menunjuk-nunjuk terer kawad la tu...hehe. 
*carian google

Nama blog pun nak cerita. Mesti la nak cerita. Nak jugak la tempek2 gambo untuk memudahkan jalan penceritaan. Betul tak? Ok....ini blog saya yg tak berilmiah. Blog2 berilmiah pulak...pun menunjuk jugak. Kalau tak tunjuk ilmu2 diorang kat blog, mcm mana orang lain nak baca? nak share2 tanpa perlu tunjuk muka? Jadi, menunjuk la jugak tu kan..

Menunjuk dan menunjuk-nunjuk dua perkara yang berbeza. Menunjuk tu yg kita nampak. Menunjuk-nunjuk tu boleh jadi nampak dan tak nampak. Menunjuk-nunjuk ni di dalam hati si penunjuk boleh bertukar menjadi riak. Riak tu sangat bahaya. Jom kongsi...

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab “Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu.” Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya “Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman “Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu.” Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.” Hadis riwayat Imam Muslim

 Kadang-kadang bila tengok cerita2 blog lain yang tunjuk melancong sana-sini, suka-suki beli berbelanja itu ini, suka-suki makan kat tempat mewah hari-hari. Terdetik juga di hati saya yang lemah iman ini, terfikir2kan kekurangan itu ini. Alangkah bagusnya anak2 saya dapat pergi bercuti macam tu, dapat mainan mahal2 macam tu dan macam2 lagilah. Maklumlah, saya manusia biasa yg sensitif pulak tu. Lain la robot yang tak payah fikir itu ini. Ikut je apa yg telah diprogramkan. Ye tak?

Tapi akhirnya bila iman kembali, saya redho setiap manusia rezekinya sudah ditentukan sejak azali. Jika saya ditakdirkan hanya mampu menatap kebahagiaan orang lain, menadah telinga mendengar cerita kebahagiaan orang lain, adakah saya tak berhak untuk berbahagia juga? Tidak. Bahagia perlu dicari dan hingga saat ini Alhamdulillah dengan kesederhanaan ini. At least dapat makan. Bak kata Yanti kawan saya yang saya temui siang tadi. hehe....

Ya. Tunjuk itu ini niatnya untuk berkongsi. Ramai yang kata begitu. Tapi di hati? Berhati-hatilah.....


6 Comments

  1. kadang2 kan kak..niat kita tu y buat kita y asalnya boleh "pahala" tapi disebbkan niat kita nk riak,nk berlagak..nk menunujuk2 akhirnya..hrm..

    ReplyDelete
  2. cik pha...betul tu. tambah2 time dapat puji2. entah ikhlas entah tak orang yang memuji, tak pasal2 pulak timbul riak. ish...bahaya betul.

    ReplyDelete
  3. menunjuk dgn riak mmg tak elok niat da salah..
    tapi kalau menunjuk utk pekongsian tanpa niat tak baik kan elok tu, semoga takde syak was sangka dan iri hati, besyukur adalah keutamaan.:)

    ReplyDelete
  4. menujuk2 riak dosa.
    so, pndai2 la kite.
    jnji menunjuk just nk share, itu dpt phala. mcm sis ckp dlm entry tu.
    nice entry :)

    ReplyDelete
  5. life kami....betul tu. cuma kadang2 tu penerimaan masing2 tak sama.... :)

    ain.... thanx... :)

    ReplyDelete
  6. kadang2 kita juz nak kongsi gembira ngan orang lain, tapi kadang2 org lain fkr kita nie suka menunjuk2

    ReplyDelete