Friday, 29 July 2011

Saya minta maaf..

Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar dah nak masuk Ramadhan. Bulan mulia dan bulan paling sibuk rasanya. Sibuk nak kaut untung lebih pada yang berniaga dan sibuk nak buat ibadat pada yang nak kaut pahala.

Saya pun akan jadi sibuk jugak. Nak bangun awal siapkan sahur (kena serius sikit menunya sebab Amsyar pun dah start puasa), nak balik kerja awal siapkan menu berbuka, nak siapkan itu ini untuk raya dan nak lebih serius mengaji di Ramadhan tahun nie. Tahun lepas dapat khatam sekali + setengah. Tak sempat khatam 2 kali. Kuih? semua main tunjuk je dan order dari kakak saya yang duduk kat Kulim nun. Siapa-siapa orang Kulim nak order biskut-biskut sedap yang dibuat penuh keikhlasan sila hubungi Kak Rose - 012-4328595. Macam-macam biskut moden ada. Harganya sangat berpatutan. (siap promote tu...ekeke)

Sempena menyambut Ramadhan yang mulia ini, saya ingin meminta maaf kepada semua rakan blogger dan silent readers yang pernah singgah kat blog saya yang tak seberapa nie. Manalah tau kot-kot ada salah silap entry ke...komen ke.... yang menyinggung hati sanubari kalian semua. Sesungguhnya saya seorang yang penuh khilaf dan memang tak pandai mengambil hati sesiapa (sila buang nama saya disenarai pembodek & tukang kipas blogger...hahaha...). Serius, memang tak pandai sebab di alam nyata, saya sering menjadi mangsa salah faham. Maksud selalu tak sampai. Begitulah kekdahnya.


 Majlis tahlil & doa selamat menyambut Ramadhan pagi tadi. Menunya nasi beriani daging & ayam.


kuih-muih yang dah siap terhidang. Pembimbing majlis dah tiba dulu dari staff....


Maafkanlah saya, ye? Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Selamat menjalani ibadah puasa.... :)



6 comments:

  1. selamat menyambut ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. ramadan banyakkan buat amalan, kan?

    ReplyDelete
  3. puteri ain....salam ramadhan... :)

    cik ding dong.... kena peruntukkan byk masa untuk buat amalan dan ronda2 bazaar ramadhan...hehe..

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan...
    nak mintak maaf juga..:D

    dah lah lusa exam.xleh ade salah2 ni..:p

    ReplyDelete
  5. selamat menunaikan ibadah puasa,
    semoga ibadah puasa pada kali ini lebih baik dari sebelumnya,
    Kejarlah pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..:)

    ReplyDelete
  6. amy...selamat menjalani ibadah puasa. sama-samalah kita bermaafan. good luck exam tau.... :)

    life kami....insyaAllah... :)

    ReplyDelete