Bila jumpa artis...

Saya memang suka dengan mereka yang berbakat dalam bidang seni. Kagum wehhh..... Ater, pandai beno la mencipta lagu, ,menulis lirik, main muzik, menyanyi, menari, berlakon, melukis dan macam-macam kerja seni lagi la. Dulu-dulu zaman gedik, mamat-mamat yang terer melukis memang hati ini mudah terpaut. Nak-nak terer pulak main gitar. Pergh...cair beb. Tu yang saya admire kat sorang mamat tu. Tapi tak pe la. kisah lama usah dikenang. Orang berbintang Pisces memang suka jiwang-jiwang kot. ekeke...

Tapi saya tak la jakun bila jumpa set-set retis nih. Kumpulan Nowseeheart tu best friend encik hubby sejak zaman sekolah. Noryn Aziz pun selalu jugak saya berjumpa. Saya pun pernah pergi dinner Malam Karyawan. Memang ramai la retis berkeliaran kat majlis tu. Tapi takde la pulak rasa nak bergambar. Sibuk nak makan je. hahaha. Kat tempat kerja saya ni pun selalu retis datang. Auditorium kitorang TV3 buat program Mentor. So, selalu la terserempak kat lif tu ha. Ada yang rajin senyum, ada yang menyombong. Cettt...saya dah pangkah sorang retis nih. Kerek beno dia...huhu.

Hari Ahad lepas, jumpa abang Bob Lokman pulak. Ada majlis makan-makan sempena menyambut Ramadhan.  Event wajib family abang ipar saya. Ish ish....tetiba teringat arwah Abg Loloq (diorang kan suku sakat M.Nasir). Peramah betul arwah nie dengan saya. Bos tempat kerja lama saya arkitek yang design rumah banglo arwah yang kat Batu Gajah tu. Tak tahu la arwah sempat duduk ke tidaknya rumah tu. Arwah siap suruh saya berlakon dalam drama Cinta LRT. Jadi watak tambahan kat firm tu kononnya. Tak koser la. Muka takde commercial value nak interfrem drama orang. Buat malu je. ekeke.. Walaupun sangat kuat hisap rokok sampai saya naik pening duduk dalam opis tu, arwah seorang yang sangat menyenangkan. Al-Fatihah untuk arwah abg Loloq.


encik hubby & abg Bob Lokman


Qisya dah boleh berjalan. Asyik meronda ruang tamu sambil pakai ketayap ala Rusia yang dijual Abg Bob Lokman. hehe.... (tak reti minum air dari cawan lagi. tu yang habis basah baju kena air tumpah)


Cubalah baca buku nie. Kisah menarik yang ditulis sendiri Abg Bob Lokman. Harganya rm16 ye kawan2.

 Artis pun manusia biasa juga. Mana-mana retis yang teruk-teruk tu diharap berubahlah hendaknya ke arah yang lebih baik. Bukan apa, bakat-bakat hebat patutnya seiring dengan peribadi yang hebat juga. Jangan bila dah jadi retis nak besar kepala. Abang biras saya berjiran dengan Hafiz AF yang nyanyi lagu feveret saya Awan Nano tu. Dia kat Hafiz ok, yang sebaliknya adalah si Akim AF tu. Ada Skyline jangan la berlagak Yeop oiii.. Lastly, to Abg Bob Lokman...lagu Isabella adalah antara lagu berhantu yang pernah saya dengar. Best betul. Macam mana dapat idea tu ye? 



6 Comments

  1. dalam buku koleksi kisah-kisah keinsafan yang diterbitkan oleh majalah mastika,INSAF,kalau tak silap bob lokman pun ada.

    isabela mengingatkan aku dengan kisah puteri isabela dari tanah sepanyol yang berusaha mencari kebenaran dari islam.

    ReplyDelete
  2. owh... ramai nye jmp retis ye.. buku abg bob lokman tu de jual kt ne je? kt popular, mph sume tu eh?

    ReplyDelete
  3. yanty....hehe..

    ghostwriter....oh. saya dah pernah baca buku Isabella tu.

    lady jaja...banyak kat kedai buku agama rasanya. kat mph & popular tak tau la pulak..

    ReplyDelete
  4. MUNGKIN HANYA NUR DARI NYA SAJA BOLEH MENYEDARKAN ARTIS2 YG JIWA NYA MASIH KERAS AKAK..KITA MANUSIA MUNGKIN X MAMPU LAGI NK MENJINAKKAN GOLONGAN SPT MRK...

    ReplyDelete
  5. haikal...memang tak mampu tapi buat kita la pulak yg mengutuk diorang...

    ReplyDelete