Iskandar Malaysia

Walaupun saya tak dijemput jalan-jalan ke Iskandar Malaysia macam Hanis Zalikha, saya nak kongsi juga info berkenaan Iskandar Malaysia nie. (eceh! mentang-mentang dapat BE pasal Iskandar Malaysia. ekeke..) Lupakan segala spekulasi mengenainya. Jom kita ambil tahu sedikit progress pembangunan yang sedang berlaku di situ.  Saya suka betul tengok rumah-rumah kat Iskandar Malaysia tu. Cantik ya amat. Tambah-tambah Hanis Zalikha yang posing-posing kat dalam rumah tu. Lagi la nampak santek. Tak gitu?

*google

Okeh. Apakah itu Iskandar Malaysia?
Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.

Apakah latar belakang Iskandar Malaysia?
Koridor ini diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April 2008.

Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
Iskandar Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura. Khazanah Nasional Berhad akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan itu.
Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.

Kalau nak tahu lagi mengenai Iskandar Malaysia ni, klik2 la adsnya kalau terserempak di blog saya nie ya? Boleh juga usha2 kat blog Hanis Zalikha. (saje tak letak link sebab dah femes bebeno. hehe) 
sumber: inibelogsaya & wiki.


9 Comments

  1. wah, dahsyat ek pembangunan WPI ni,,,budget pon same naik lah kan,,,2 1/2 kali ganda dr singapore

    ReplyDelete
  2. memang dasyat....cuma terfikir2. adakah bangsa melayu yang dapat berbisnes di situ?

    ReplyDelete
  3. betol3..
    dimanakah nasib bangsa melayu nanti :(

    ReplyDelete
  4. dulu masa kite dok johor selalu gak dgr pasal iskandar malaysia nih. dan kitorang penah join event rumah terbuka diorang tahun 2009 kat persada johor.. sgt best!

    ReplyDelete
  5. alahai .. apsal Tia baru tau ni ? huhuu ..

    ReplyDelete
  6. syahiroo....mesti la best, sbb projek mega tuu... :)

    tia...nak bagitau le nie.. :)

    ReplyDelete
  7. cantiknya.....


    seenarnya nie baru tau jaa...hikhik

    ReplyDelete
  8. wah, zaki tinggal di sini tau
    yana tahu tak?
    hehhhe

    ReplyDelete