yang seronok tentang nak raya...

Hari raya dah nak dekat. Masing-masing sibuk membuat persediaan menjelangnya hari lebaran yang dinanti-nantikan. (perghh....skemanya ayat. ahaks!) Okeh. Abaikan. Saya nak cerita pasal persiapan raya setiap kali nak beraya. Part mana paling best sebenarnya? 

semasa sibuk shopping beli baju bajankah?


semasa sibuk beli2 kuih tunjukkah?


semasa sibuk nak menyediakan duit rayakah?


Masing-masinglah, ye tak? Bab-bab nak raya memang best sebab jadi sibuk shopping2 bersamaan perabih duit demi menjanjikan hari raya yang lebih seronok. Ikut bajet masing-masing yang betulnya. Kalau ada lebih, apa salahnya. Setahun sekali katanya.

Saya sebenarnya sejak jadi seorang ibu kepada sepasang cahayamata, dah tak rasa excited sangat nak beraya. Kepala asyik fikir keperluan anak-anak je. Diri sendiri dah semakin berala kadar. Tak melaram macam dulu-dulu dah. Tambahan bajet pun semakin kurang. Serba serbi nak berjimat. Mana taknya, semua mahal sekarang nie. Kuih-kuih tunjuk dah melampau2 harganya. Belum lagi bahan basah buat juadah raya. Sebagai contoh untuk keluarga saya di kampung, bajet jamuan hari raya dari raya pertama sampai ke 4, mengalahkan bajet untuk kenduri. Memang terpaksa tong-tong sesama kami adik-beradik. Kalau nak harap sorang je, memang boleh bangkrap. huhu..

Jadi, part yang paling seronok pada saya ialah semasa membuat persiapan perjalanan pulang ke kampung. Rasa macam tak sabar nak sampai ke kampung jumpa mak dan berkumpul adik-beradik. Menyediakan juadah raya dan menghias rumah mak bersama adik-beradik adalah paling seronok bagi saya. Maklumlah kami jarang berjumpa sebab tinggal berjauhan. Tidak seperti sebelah encik hubby di mana kami boleh berkumpul setiap minggu.


Oh! Rasa sangat tak sabar nak balik kampung!


p/s: credit kepada semua pemilik gambar.

10 Comments

  1. shoping kompleks sesak!!!

    ReplyDelete
  2. kalau berduit, shopping la paling best ye dak? hehe..

    ReplyDelete
  3. yg seronok tentang raya... bile bleh kumpul ramai2 1 famili...suke3~

    ReplyDelete
  4. Semua part raya x best bagi aku..huhuhu..

    ReplyDelete
  5. umie....sedihnya. kenapa sampai macam tu?

    ReplyDelete
  6. Duit raya limaplo? Yay akk nk dtg umah buleh?!!!!!!

    ReplyDelete
  7. shopping mmg best hehehe..
    dh abes shopping raya?

    salam perkenalan

    ReplyDelete
  8. Liyana.....limaploh utk org tua je. Liyana dah tua ke? wakaka...

    husna....mana boleh abes bab shopping2 nih. Nanti shopping2 kat pasar basah pulak. hehe...

    salam perkenalan juga. Thanx sudi singgah...

    ReplyDelete