BBQ malam Merdeka 2011

Hari Raya pertama tu, malamnya kami buat BBQ sempena menyambut merdeka katanya. Amboii....tak pernah-pernah nak celebrate merdeka, tahun nie celebrate la pulak. Mentang-mentang merdeka tahun nie kongsi tarikh dengan raya, kami pun ambil kesempatan la. Paling semangat cucu-cucu opah yang siap nyanyi lagu negaraku sambil kibarkan jalur gemilang kat atas land rover abang saya. Huh! Patriotik tak hengat. Anak-anak sapa la nie....ekeke...


Perghhh....Amsyar siap tabik lagi. Hahaha..


Pastu sibuk nak perhatikan Along (cucu sulung mak saya) diorang membakar arang. (Amsyar terus bergaya dengan stylo sekali. kih kih kih)
 

Kat dalam rumah, Yong (kakak sulung saya) sibuk menyediakan minuman lai chi kang. Special,tak?  :)      (tak boleh tempek gambar lain sebab tak tutup aurat...huhu)


sesi bako-bako pun bermula dengan penuh gigih...


kaum abah ayah sibuk membako, anak-anak tukang perati dan menunggu tak sabo.
(pantun versi Perak ye kenkawan...)
 

Yang dah masak boleh diangkat. Ramai pakat tunggu tu.


Siang tadi, mak mak yang posing kat port nie, malam pulak anak-anak yang take over.

Sedap betul ayam yang dimarinate kakak kedua saya merangkap chief menu raya kami. Ayam untuk BBQ nie diperap semalaman. Resepinya adalah rahsia. (ceh! rahsia konon....hahaha. siapa yang nak, saya boleh bagitau... :P)
 

Mia anak saudara saya yang termuda. Awal tahun depan nak dapat adik. Jangan garang2 ye Mia?

p/s: Balik kursus 2 hari kepala nie macam banyak pengisian rasanya. :)



Posted by Picasa

6 Comments

  1. wah! bestnya buat bbq. hehe. tak ajak pun

    ReplyDelete
  2. Wah ini betul-betul semangat kemerdekaan + semangat makan..hehehe
    Abah ditahan Polis

    ReplyDelete
  3. hohoh..seronoknyaaa! lagi2 tang sesi bako-bako! heeee

    ReplyDelete
  4. untong la....best dpt cam ni~~

    ReplyDelete
  5. fiezah....nak ajak jauh nun di Sarawak. kang kata ajak2 ayam pulak...hehe..

    abah khalisha...kami memang semangat segala2nya. bab makan no. 1 semestinya...

    ReplyDelete
  6. digital kelok....bila berkumpul ramai2, macam nie la kitorang... :)

    ayuna ayuni.....alhamdulillah... :)

    ReplyDelete