Tuesday, 6 September 2011

Cerita Sebelum Raya...

 
Adoyaiiii.....cerita raya macam banyak. Gambar pun melambak-lambak sampai pening nak pilih. Tapi tiba-tiba idea nak bercerita hilang. Tengok la entry sebelum nih. Ayat karangan hampeh beno. Entah ke mana menghilang segala ilham nak tulis-tulis.  Nama blog tak padan nak bercerita kononnya. ekeke....
 
Itu laaa.....orang lain berblog, saya pun nak berblog. Selama nie sedap je tumpang gelak, tumpang sedih dan segala macam jenis tumpang lagi bila baca entry blogger lain. Sekarang baru tau, betapa susahnya nak menulis satu entry. (geleng-geleng kepala sambil tarik nafas panjang...) jenuh weeeiiii. Di sinilah writing style itu sangat penting. (huh...tetibe rasa nak nanges sebab takde bakat menulis yang best..huhu.)

Tapi tolak tepi semua itu. Blog nie dah wujud, tulis je la apa yang nak dicerita. Be positif, okeh? Chaiyyokk!! (ceh...tetiba...hehe). Maka dengan itu, kita sambung balik story mory raya di kampung saya di Kuala Kangsar nun.

Kami sampai kampung petang Sabtu, terus pergi Arena Square beli makanan untuk berbuka. Encik hubby la, suke bebeno dia dengan murtabak Mat Pendek kat Kuale tu. Sedap katanya. Memang la sedap, tebal betul murtabak tu. Harganya pun dah naik jadi RM3.50 sekeping. Takpe. Kerna kasih encik hubby turutkan jua...

 
Arena Square Kuala Kangsar. Bazar Ramadhan yang sangat selesa sebab berbumbung. Tak risau basah kena hujan ke, panas ke. Best... kat sini tukang jual asik jerit Ayo! Ayo! Ayo! sebut laju-laju. Yang betul-betul jual air jerit ayo ayo tu opkos la sesuai. Yang jual buah dengan bunga api pun jerit ayo ayo apa kes? hahaha...lantak deme la. Kasi meriah suasana kekdahnya.


kuih purba yang sempat saya rembat. Tiap kali puasa mesti cari kuih jongkong nie. Isinya lembut berkuah air gula macam kanji sumsum tapi lagi sedap.


Yang nie pulak kuih dakap. Kuih yang sangat mesra berkasih sayang asyik peluk-peluk je. Kah kah kah....


Sempat juga beli kuih tunjuk sikit-sikit. Maklumlah, saya tak buat kuih. Tunjuk dan bayo je yang pandai....ngeh ngeh ngeh...


Inilah murtabak Mat Pendek kegemaran encik hubby saya. Sejak saya kecik lagi orang Kuale panggil murtabak nie Mat Pendek sebab pakcik yang jual murtabak nie memang rendah je orangnya pun. Lupa pulak saya nak snap gambo gerainya yang sangat ramai orang beratur nak beli murtabak. Sampai 3 barisan u ols. Encik hubby jer yang semangat nak beratur sekali. Kalau saya idok le. Memang masyuk betul bisnes murtabak Pak Mat nie. Anak-anak dia nampaknya dah take over.

Nasib baik encik hubby kawen dengan orang Kuala Kangsar sorang nie. Dapat la makan menu-menu orang Kuala. Siapa-siapa nak feeling makan menu orang Kuala dan beraya bersuasanakan Kuala Kangsar, tunggu apalagi....cari-carilah jodoh dengan orang Kuala Kangsar. Takde la nengok je. Ahaks!! 

Banyak lagi menu best kat Kuala Kangsar nie tau, tapi lupa nak snap la pulak. Menu raya pun lupa nak snap padahal naik penuh segala meja kat rumah mak dengan macam-macam menu. huhu.....belum tegar lagi la tu bloggernya puunnn....

p/s: tersilap susun entry daaa.....hehe..



Posted by Picasa

9 comments:

  1. 1st time tgk kuih dakap penuh mesra tu...:)

    ReplyDelete
  2. ika...memang penuh kemesraan,kan? hahaha...

    ReplyDelete
  3. cm best je kueh purba tu :) nyum3.nk gak

    ReplyDelete
  4. haha.tak pernah lagi tengok kuih dakap. macam mana rasanya?

    ReplyDelete
  5. hi kak. selamat hari raya di blog. ;p ni bagi 'angpow. wah kuih dakap. exotic betul. exotic ye. bukan erotic. tu lain macam dah tu.

    ReplyDelete
  6. aini.....time romadhon jer jumpa kuih nie. hari2 biasa susah nak jumpa. :)

    fara....adehhhh....nak post x boleh..hehe

    fiezah....ala2 lepat liat sikit. dalamnya inti macam inti ketayap.

    ReplyDelete
  7. eh peej?....waaahhh.....rasa happy nak terguling-guling pagi nie sebab peej sudi berkunjung. hahaha...
    tapi kan peej...kuih nie ada jugak unsur2 eroticnya tu. Nama pun dah dakap-dakap..LOL....

    ReplyDelete
  8. haaa... dulu saye pernah nampak AC.Mizal ngan wife n ank die kat bazar ramadhan kat arena square tue.. hahahaha... tp lame dah la. =)

    ReplyDelete