Monday, 26 September 2011

iPhone 3G S!!!

Hujung minggu dalam bulan Syawal, biasalah. Beraya sini sinun tak habis-habis. Kenduri-kendara pun kat sini sinun. Suka beno diorang nie kawen lepas raya. Termasuklah sepupu-sepupu kitorang nie ha. Takpe. Orang dah jemput, kita pergilah ye dop? (uik, tetibe pulak kena sindrom si kak jejariruncing nun. hehe)

So, Sabtu lepas, berhari rayalah kami lagi di samping meraikan sepupu yang bernikah kat Masjid Negeri. Beraya sini sinun sampai la lewat petang. Malam tu sepatutnya Encik Hubby kena pergi dinner. Sampai dah lewat petang kami masih beraya kat Selayang, rasa macam dah letih nak terkocoh-kocoh balik. Encik hubby bertegas jugak nak pergi sebab taknak income dia kena potong. (eceh! ntahapehape diorang nie siap ugut2 potong komisyen kalau tak datang dinner. Sukahati la kan? Yang korang buat time raya-raya pastu malam minggu tu apasal? Buat la malam weekdays tak boleh?)

Sambil tolong-tolong siapkan encik hubby yang berpakaian tema Italian...saya membebel jugak. 
"buatlah time weekdays, tak boleh? nie buat time hujung2 minggu." saya.
"Dinner memang buat hujung minggu." Encik Hubby.
"Tema pulak macam nie. Entahapehape." saya .

Bla bla bla. Saya memang geram. Tau pasal apa? Dinner company Takaful Encik Hubby nie tak pernah jemput pasangan. Ate...tak kedekut gitu? Tak bikin hangen gitu? Dah tu, kacau daun pulak hujung2 minggu. Masa kualiti keluarga pun nak dicilok. Lain la jemput family, ye dop? Adehhh......sabo, sabo. Maka saya pun melepaskan pemergian Encik hubby walaupun dia pergi agak lewat.

Dalam pukul 2.30 pagi baru dia balik. Itupun lepas tengok bola dengan adiknya. (cett....sempat tengok bola lagi tu...)

Sampai-sampai jer di muka pintu,
"Mama tau tadi apa jadi?" encik hubby.
"Jadi apa?" saya.
"Dapat ini!" encik hubby terus memberikan bungkusan beg plastik.

Saya pun terus membuka beg plastik tu. Encik hubby dah tersengih-sengih dah time tu.

v


v


v


v



v

Waaahh......dapat iPhone 3G s? 

0348. Nombor bertuah encik hubby malam itu. Hilang geram masa Maghrib tadi. Hahaha......

Alhamdulillah.... dapat rezeki yang tidak disangka-sangka lagi selepas menang contest swipe and win Giant tu.  Tahniah ye Abah? Semoga murah lagi rezeki kita selepas nie. InsyaAllah...


4 comments:

  1. alhamdulillah....seronoknyaa rezki tu...:p

    ReplyDelete
  2. ehemmmm kalau agak2 cm mls nk guna...hulur2 la cni erk..hehehee..wah luck akak gueh ni..terbaek..ehhe

    ReplyDelete
  3. wah wah. nak pinjam kak. hehe.. murah rezeki

    ReplyDelete