Monday, 10 October 2011

Percutian ke Genting Highlands Part 1

Tu diaaa. Mengalami masalah mencari tajuk yang sesuai. Ghaplah sorang-sorang memikirkan tajuk. Last-last skema bukan main tajuknya. Macam tajuk karangan budak sekolah rendah pun ye juga. hahaha...

Ini percutian tetiba, ok. Kira macam dalam minggu yang sama merancang, minggu yang sama booking, minggu yang sama mintak cuti. Plan pergi adik beradik je. Semua pakat ambil cuti Jumaat kecuali adik ipar saya yang baru kawen tu sebab kena kerja hari Sabtu. Full day pulak tu. Dan paling tak sangka, last minit Abah buat keputusan nak join. Maka tertinggal la Uncle Ilmam dan Aunty Eirna tak dapat nak join sekali. (takpe, nanti kita plan lain pulak).

Semua diuruskan oleh biras saya yang rajin. Memandangkan semua bilik hotel penuh, last minute punya booking tak membolehkan kami dapat bilik yang bersebelahan. Berlainan tingkat pulak tu. Paling gelabah, saya dapat bilik di tkt 22.  Pitam kejap. Ottoke, sabo jer la. Huhu...Walaupun saya tak berkenan dengan bilik yang saya dapat kat First world hotel tu, syukur jugaklah dapat duduk kat First World daripada hotel-hotel lain. Nanti saya cerita kat entri lain pasal apa saya tak suka bilik tu. tsk....


Canggih hotel nie. Siap ada nombor giliran nak check in. Besar bukan main lobby dia. Ada lebih 6000 bilik hotel. Perghhh....dasaatt... Tak snap pun gambar bilik. Alaa...biasa-biasa je. Sila google. hehe..


Sementara tunggu adik-adik yang tetiba teringin pulak naik cable car, kami yang sampai dulu kat hotel nie, melayan clown-clown yang buat show kat entrance hotel.


Tak lama lepas tu, diorang pun sampai. Tapi Ryann masa nie tengah takde mood. Jenuh clown tu pujuk-pujuk dia. Tapi dia nak nanges jugak. Amsyar pujuk pun bolayan..


Tu dia hensem boy yang tak makan dipujuk. Entah apa la yang sedih sangat. Padahal idola dia (si Amsyar) dok tercogok kat sebelah dia.


Si Qisya yang tak kisah langsung siapa yang dukung dia. Cool je memanjang. Ke, takde perasaan nih? kikiki..


Lepas check in, lepak-lepak kat bilik pulak. Sempat la jugak dengar bajet 2012 yang macaaammm %#&@^$&* kat tv. (ok. saya tak mencarut tau.) Selesai solat asar baru turun cari makanan. Hoho, harga makanan kat sini mencekik darah. Bersiap sedialah pengeluaran duit bak air yang mengalir laju. Lepak-lepak dulu tunggu Maghrib, lepas solat baru la nak berjimba. ngeee....


Ya. Mama tahu Abang sayang kat Adek.


Terlupa bawa stroller Qisya. Terpaksa la tumpang Ireen. Nak main indoor game kena la isi minyak dulu, ye dak?


Memanjang nak duduk depan jer budak dua orang nie. Masa nie Ryann dah ok. Yang tak ok, si Amsyar buat perangai masa kat roller coaster. Tension betul dia. Penat beratur, bila diukur tak cukup tinggi la pulak. Mengamuk kat situ jugak. Dah la ramai orang, segan mama nak oittt... Nanti Abang dah cukup tinggi, kita naik sama-sama ye? Serius segan sebab Mak Arab mana tah dok tegur jugak. Bila Uncle2 dia pujuk pergi main kereta langgar untuk budak-budak tu, baru dia ok sikit. So, kami yang mak-mak + nenek dia baru boleh naik roller coaster dengan aman damai. Melampau, kan? hahaha...


Qisya kerjanya nak melekat dengan Auntie Amni dia jer. Ish ish ish. Nasib baik Auntie tu belum kawen lagi. Kalau tak, tak dapek la memerap macam nie ye Adek?


Walah. Nih couple yang honeymoon ke berapa kali nih? Sian tengok Ireen tu ha. ekeke...


Roller coaster bebudak. Happynya si Amsyar dan Ryann. Gambar hasil kamera tak canggih macam nie la.  :p


Qisya dan neneknya....


Kot ye pun pilih la kereta warna lain. Laki sapa la nih? hahaha..


Naik roda Ferris. Qisya ok jer sepanjang main indoor game. Tak gayat langsung dia. 


Rombongan Prof Hamim & family...


Entah apa nama benda ni. Cantik bukan main kat luarnya. Masuk dalam, tempat duduknya tak padan dengan rupanya yang cantik kat luar tu.


Dah puas main indoor game, sebelum balik bilik singgah ngeteh dulu. (tahu makna ngeteh? sila tanya kenkawan jawa. hehe..)



Posted by Picasa

7 comments:

  1. memang hapening...termasuk duitnyer.... ekekekeee

    ReplyDelete
  2. Sonoknya gi cuti². Dah lama gak tak pi Genting Highlands.

    ReplyDelete
  3. bestnya bercuti. hehe. masyuk la tu sbb tu g bercuti.ehekss

    ReplyDelete
  4. yanty....dah pergi tempat membuang duit. cenggitu la. hahaha..

    syani...anytime je kalau nak pi tu boleh. dah dari rumah pun boleh nampak Genting. :)

    fiezah...masyuk mende. kuar jer ada le...hehe

    ReplyDelete
  5. haha comel je ireen masa mak ayang tengak berhoneymoon kat angsa gantung tu. Cian dia sengsorang.

    hotel first world ni hotel paling murah, so okay lah kan dapat jugak bilik... hihi.

    ReplyDelete
  6. haha comel je ireen masa mak ayang tengak berhoneymoon kat angsa gantung tu. Cian dia sengsorang.

    hotel first world ni hotel paling murah, so okay lah kan dapat jugak bilik... hihi.

    ReplyDelete