Perkara aneh dalam Drama Soffiya

Dulu-dulu, saya tak rajin nak follow drama Melayu bersiri kat tv. Bukan tak tengok langsung, cuma tak follow. Dah tertengok 1 episod tu, takdelah saya nak tunggu episod selepasnya. Layan drama omputih je kekdahnya. (pergghh....berlagak! hehe..) Saya tak pernah miss tengok Desprate Housewives, Betty, Prison Break dan lain-lain kat tv8. Kalau tiba musim layan drama Korea, satu demi satu drama saya layan sampai khatam takde miss punya. Buat marathon sampai pagi. hahaha...

Sekarang nie tengah musim melayan drama Melayu pulak. Start Tahajjud Cinta hari tu. Penamatnya sangat menyakitkan hati. Bukan sikit punya tergantung. Melambak-lambak. Paling tak boleh blah watak Citra. Punyalah nampak tegas dan beria-ia nak tolong si Seri. Last2 di episod akhir pi tolong bawak balik asrama rawat sikit-sikit je. Bukannya nak bawak hospital ke, balai polis ke. Siap cakap "Solah tu lelaki, dia tahu apa yang dia perlu buat". Mana pergi sikap pejuang dia yang dari mula sungguh berkobar-kobar sangat tu? ANEH. Belum lagi kes kakak dia yang kena belasah tu. Tak settle jugak. Haisshhh.....geram sehhh...

Ok. Cukup la dulu pasal Tahajjud Cinta. Banyak lagi perkara aneh dalam drama tu tapi biarlah. dah lepas pun. Ini nak cerita pasal drama Soffiya pulak. Saya macam kena tunggu drama ni sampai habis dengan harapan perkara yang aneh-aneh itu dapat selesai tak seperti Tahajjud Cinta. Lagi pun drama nie episod awal-awalnya macam best. Tu punca saya terlayan juga drama tu hingga episod terbaru.


Nak tahu apa yang aneh? Antaranya pasal Kak Ton tu. Dengan rumahnya yang macam kat kampung. Warungnya pulak yang macam restoran. Katanya takde pembantu, dia sorang yang urus kedai, tapi selamba je tinggalkan kedai tak tutup dengan lenggang kangkung bawak beg mengkuang balik rumah. Aneh lagi, kan? Lepas diorang kawen, sekali je Soffiya jenguk Kak Ton. Pastuh takde dah. Jangan tak muncul dah Kak Ton tu, udah la ye? Nampak macam tak mengenang budi pulak si Soffiya tu. hehe..

Lagi satu watak si Muiz/Ady yang nampak macam psycho tu. Paling kelakar masa dia nak attack si Fiona. Mula-mula dia kejar kat belakang kereta Fiona naik motorsikal, alih-alih dia berdiri kat tengah jalan menahan kereta Fiona sambil pegang pisau ala2 ganas macam Rambo kekdahnya. Si Fiona pun berhentikan kereta, keluar dari kereta dan dia pulak berdiri tengah-tengah jalan berpusing-pusing melilau cari si Muiz/Ady tu. Bila dia tak nampak mamat tu, dia pun masuk balik kereta, sedar-sedar Muiz dah ada dalam kereta. Fuyooooo.......ini dah boleh jadi citer hantu dah nie. Tetiba kat situ, tetiba kat sinun. hahaha...

Fiona nie pulak, memang tahap terer mengendap tak boleh blah punyalah. Dia terperasan Muiz/Ady follow si Soffiya masa nak pergi beli barang basah untuk masak. Masa tu dia kat tepi pagar...bukan kat dalam kereta ye kenkawan? Boleh pulak dia ikut mengendap si Soffiya dan si Muiz sampai ke kedai runcit ala-ala pasar mini mamak yang begitu melambak-lambak kat shop lot2. Boleh pulak si Fiona jumpa diorang. Cukup masa ke nak kunci rumah, start kereta dan pintu pagar (kalau auto pun mesti slow melow jugak time nak bukak tutup) sebab diorang takde orang gaji? Padahal si Soffiya tak bagitau pun dia nak pergi kedai mana satu. Boleh jadi ke pasar atau hypermart. Giler terer la Fiona. hahaha...

Banyak lagi yang aneh-aneh pasal drama Soffiya nie. tapi sebab dah terjebak, layan kan je lah. U olls nampak tak macam yang saya nampak? (saya memang banyak persoalan...hehe)


16 Comments

  1. haha..perasan perasan...aneh gile kot..makin pening tgok..tpi layankan sebb dh folo dr awl..hiii

    ReplyDelete
  2. dela pun layan tahajjut cinta.... ending memang spoil sungguh.... geram sgt... skrg soffiya pulak... x tau la camna nnti.. ha3..

    ReplyDelete
  3. tahu xpe...besalah drama kan...tima sak lah...

    ReplyDelete
  4. tak perasan pulak sebab tak tengok pun

    ReplyDelete
  5. tak minat pon drama melayu nie. kalo layan pon, layan movie je. hehehehe

    ReplyDelete
  6. kejap layan kejap tak....kurang minat dengan citer ni..

    ReplyDelete
  7. sy tak tgk tb akk tp tb tgk sy.. hahahaha..

    ReplyDelete
  8. saya setuju tuuuu! pelik nau drama tu...cam tak logik pun ada...kannn?

    ReplyDelete
  9. saya minat cerita melayu. tak kesah kalau setakat kesilapan sedikit. yang penting ia sesuai dengan budaya kita.

    Cerita omputeh, minat jugak. tapi mengarut terlebih lebih. Tapi tengok juga. omputeh mengarut nampak logik je kan?

    p/s cerita omputeh yang terkenal dan berkualiti sahaja sampai ke malaysia, filem diorang pun byk yang sampah, yang rakyat diorang pun tak suka.

    ReplyDelete
  10. azza....mengarut citer omputih memang dah set kat dalam kepala sbg hiburan. sbb mmg dah tau cerita diorg tu mesti nak tunjuk hebat je.

    citer drama melayu pulak sbb mmg kita nie duduk dalam budaya dan bangsa yg sama. kalau nmpk yg aneh2 tu memang pelik la rasanya lain la kalau citer tu ala2 citer super hero.

    p/s: entri nie pasal drama Soffiya dan sedikit Tahajjud Cinta. Bukan keseluruhan drama/filem Melayu.

    ReplyDelete
  11. Aku sewaktu ngan A retarded kitty nyer ulasan langsung haha

    ReplyDelete
  12. citew melayu memg byk tergantung mcm tue xD

    ReplyDelete
  13. kak sal pun layan jugak soffiya...tapi cuma tgk online je..x sempat nak tgk kol 7 tu..

    komen akak lak..kalau la semua drama/filem nak kena tunjuk detail..kunci pintu,tarik grill,start keta,panaskan enjin,mcm kehidupan harian kita..huh! agak2 mau beratus episod gak la nak kene bikin....dah nama pun drama/filem,,skip la mana patut..jgn sampai lari jalan cerita udah...dan kita pun buat2 paham ajer la...hahahaha...

    ReplyDelete
  14. heheh saya pun nak tambah ttg tak logik drama melayu. Maafla mencelah..selama ni ai SR je kat blog yu.. :

    Drama Soffiya...perasan tak motor yang si adi/muiz bawak tu kan motor curik kan? selamba kodok je dia bawak motor tu ke hulu ke hilir..polis tak carik ke?

    Drama Nora Elena ..kat drama ni Nora Elena ni keja secretary je. Pastu housemate keja kedai stationary. Tapi mampu lak dok rumah teres dua tingkat. Banyak benau ke gaji secretary kat KL?

    ReplyDelete
  15. haha..betuk betul,saya nampak..sgt2 nampak..lagi 1 ralat drama soffiya ni..masa polis dtg umah azhar sulaiman (Kamal kan nama dia) polis bgtau jumpa mayat FIONA BINTI KAMAL, sedangkan fiona tu anak tiri dia kan...hahaha..kantoi..pastu ADY tuh..watak ntah apa2...adakah dia tuh sama mcm MUIN yg matinye x ada explaination, ke saya yg x follow masa dia kena bunuh ngan bapak soffiya yg jahat tuh?ishhhh......x faham betul laaa...

    ReplyDelete