Tuesday, 1 November 2011

Hantu hisap tuala wanita

Ada dua cerita hantu zaman sekolah Taayah yang femes sampai memberi kesan dalam kehidupan saya hingga kini. Saya tak pernah mengalaminya tetapi dua cerita tersebut sangat heboh diperkatakan oleh kakak-kakak senior dan diwariskan kepada junior seterusnya. Sekarang tak tau la masih popular lagi ke taknya cerita tu.

Konon-konon ada budak kat hostel yang kena hisap jari kaki oleh toyol masa tengah tidur. Rakan sebilik dia yang nampak kejadian tu. Sejak mendengar kisah tu, saya mesti tidur pakai selimut. Sekurang-kurangnya tutup kaki. Sampai sekarang tau. Kalau panas pun saya pakai selimut jugak....ekeke.. melampau nih. 

Lagi satu cerita hantu hisap tuala wanita kat toilet. Konon-kononnya ramai budak pi toilet waktu malam, terserempak dengan hantu orang tua yang berdiri kat tong sampah tuala wanita. Sambil khusyuk hisap pad! Pergghhh.......yang nie betul-betul scary wehhh.... kalau nak pi toilet malam-malam mesti berteman. Tak berani derrr...

Jadinya, mula-mula masuk Form 1, kakak-kakak senior dah pesan suruh cuci pad bersih-bersih sebelum buang.  Memang la dalam Islam menyuruh umatnya sukakan kebersihan, tapi cerita itu sangat memberi kesan. Masing-masing risau kot-kot makhluk halus yang suka darah tu, mengikut tuan badannya pulak. Seriau betul.

Disebabkan itu, saya menjadi cerewet tentang pembelian tuala wanita. Mesti nak pilih yang mudah dicuci. Tak suka yang ada gel-gel tu. Sejak zaman sekolah, sangat setia dengan Kotex. Tapi sejak Kotex pun dah ada gel jugak terpaksalah beralih arah ke Libresse. 



Ya. Ramai yang kata kalau pampers anak tu tak kena cuci pon? Wrap kemas-kemas lepas tu buang la. Hello. Kat pampers ada tulis pakai buang. Kat kotak pad? Fikir-fikirkanlah. Tapi seelok-eloknya kita cuci dulu bersih-bersih sebelum buang. Bukankah kebersihan sebahagian daripada iman?

Gunakanlah pad yang mudah dicuci, ok? 


12 comments:

  1. Haha.. mcm2 jnis antu kat dunia ni. :D

    ReplyDelete
  2. hahah..pnh dgr mse kt skolah dlu....ni sume gare2 bdk ppuan kt skolah xreti nk buang dlm tong yg disediakan...huhuhhu....

    ReplyDelete
  3. seb bek duk hostel sekejap aje...tp xde ape yg berlaku..oshin guna 2-2..kotex ade gel ek?!xtao plak..hehe

    ReplyDelete
  4. Tapi akk mmg tol pon yg antu isap pad tu.. Heee.. Takut! Antu kan mkn darah.. Sape yg boleh nmpk tu mmg akn nmpk.. Seriaunyerrr... Sy tak pnh nmpk antu.. Tp dengar bunyi2 adelah.. Pahtu nmpk bola2 api.. Heee~

    ReplyDelete
  5. pergh memnag cerita tu evergreen lah.. nak kata semua sekolah ada cerita ni. Dah macam hantu tu hantar wakil setiap sekolah pulak. Sekolah saya pun ada cerita ni. Memang takut nak g sekolah.

    Sebab kat U xde cerita hantu pun, lagi lagi kat UIA xpernah dgr cerita seram. Selamber je balik dari kuliyah ke hostel pagi pagi buat kul 2 macam tu. Kita ni takut kat cerita orang. Selagi tak dengar, berani je..

    ReplyDelete
  6. tajuk post kak yana ni sesuai wat filem hantu kak hahahahhahhaa

    ReplyDelete
  7. eh? sekolah lain pun ada cerita nie ke? femes jugak cerita nie. ingat kat Taayah je.

    cik pha....hahaha. pengarah tu kena bagi royalti sikit...LOL..

    liyana...dah pernah nampak hantu penanggal (yg nmpk mcm bebola api)? ooo...tidaaakkkk...

    ReplyDelete
  8. Betul Kak Cho,
    Saya pun terbawak² cerita tu sampai sekarang... Sama cam akak, kalau tidur mesti nak selimut walopun kat hujung kaki, pad pun mesti basuh sebelum buang.

    ** Saya pun suka libresse.

    ReplyDelete
  9. syani....masa kes hantu pokok ru dekat rumah biru & putih tu pun takut jugak. Budak kelas akak yang duduk kat RBBB tu kena sampuk sampai histeria.

    ReplyDelete
  10. yanti...kat sekolah asrama mmg byk citer hantu. Siap ada busut besar lagi kat bawah pokok ru kat area asrama sekolah Taayah tu.

    ReplyDelete
  11. kesimpulannya:jaga lah kebersihan..kan3???..:D

    ReplyDelete