Philips Warehouse Clearance

Pagi tadi tengah siap-siap nak pergi kenduri, sepupu encik hubby bagitau ada jualan gudang Philips kat gudang  maple tree seksyen 23 Shah Alam. Terus je encik hubby ajak pergi situ sebelum pergi kenduri. Apalagi, terus bersiap dengan segera. Saya bukan boleh dengar jualan-jualan gudang nie. Mesti excited terlebih. hehe..
 
Sampai kat Maple Tree dalam pukul 12 tgh hari. Panas terik. Nasib baik Qisya tak meragam.


 Ramai yang berkerumun di bahagian peralatan dapur. Siap ada happy hour pulak tu. Mula-mula kat kepala nie ingat nak beli blender je sebab blender dah rosak. Dua-dua pulak yang rosak dalam satu minggu. Jadi dah ada jualan gudang nie apalagi. Ingat nak grab blender je la.


Yeayyy! Berjaya merembat sebiji blender buat teman saya di dapur. 


Usha-usha kat area audio pulak. Teringat headphone dah rosak. Terus rembat sebijik. Adoiii.....jangan singgah kaunter-kaunter lain lagi dah. Mocik sorang nie sungguh berbahaya. ekeke...


Tetiba encik hubby mengajak tengok kaunter tv pulak. Haishhh......biaq betoiii... kang terembat jugak kang.


Kan! Kan? Dah terembat jugak tv sebijik. Tu laaa....soklan baik punya. "mama nak tak tv?" ....ish...bengong la mocik nie kalau tak nak, kan? Terus angguk laju-laju. LOL....

Siapa-siapa nak pergi ke sini, esok masih ada. Pergi la tengok-tengok. Harganya jauh lebih murah dari Courts Mammoth yang tengah promosi rebat harga tu. Saya pergi kat tiga kaunter jualan je. Kat tiga-tiga kaunter tu merembat. Terperasan juga kaunter untuk barangan baby. Ada Avent & Philips. Botol-botol dan strillizer yang saya nampak dari kejauhan. Tak berani singgah, kang ada jugak yang dirembat. Selamat bershopping!


11 Comments

  1. Wah besarnya tv .. tentu best!! puasa hati tengok ..

    ReplyDelete
  2. waaa...bestnyaaa..kak sal pun x leh dengar gak jualan2 gudang nie..alergik jer.....huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Rashid...Alhamdulillah... :)

    kak sal...sejak jadi ibu2 jadi mcm nie la kak sal. Dulu2 masa belum kawen, x kisah langsung. Barang2 emas pun x beli. Kononnya x minat. La nie nak beli kirim salam je la jawabnya. huhu...

    ReplyDelete
  4. waaahh.. bestnya merembat. kalau nxt week kan best. masa tu dh gaji..hehe

    ReplyDelete
  5. wah!jualan gudang. best bestnya!

    ReplyDelete
  6. hehehe...perempuan ...mana2 pun sama kalau bab shopping.....pantang dgr..pantang tgk iklan jualan murah

    ReplyDelete
  7. kat s.16 pun ada warehouse sale tp kualiti rasanya x bberapa bagus. pernah beli 2 barang tp dua2 pun bole tahan kejap je

    ReplyDelete
  8. perrh...
    borong sakan erk......
    ingat sebelum kehabisa...ekekkekekek

    ReplyDelete
  9. Salu lalu kat kilang ni.. Ade kije kosong x kt sni? Hhaahha~

    ReplyDelete
  10. perghh..tv baruu tewwwwww..hehe

    ReplyDelete