Raya Haji 2011

Akibat menambah bloglist kat blog, bertambah-tambahlah blog mesti baca saya. Ada juga yang tak letak pun, tapi kategori mesti baca juga. Jadinya makin sibuk la saya membaca blog orang lain sampai blog sendiri macam malas nak hapdet. Kalau hapdet pun, taip seciput je. ekeke....

Kali ni nak cerita pasal hari raya Aidiladha yang baru lepas. Tahun ni kami adik beradik tak buat korban. Tahun depan insyaAllah. Jiran mak yang duduk kat depan rumah yang buat korban. Seekor lembu dan seekor kerbau. Semasa lembu tu sampai dengan lori, saya ingatkan lori perabot sebab dari jauh nampak macam perabot jer sebab kaler coklat.

" Laaa......raya haji pun ada orang tukar perabot ke?" saya.

"Bukan la Cho.....lembu tu." maksu (adik ipar saya).

Kuang kuang kuang. Dasar rabun! haha. Bengong je time-time nak raya. 

Raya haji tahun ni best la juga. Walaupun Chik (adik pompuan) saya tak dapat balik sebab turn mak mertua dia. Takpe Chik. Besar pahala jadi menantu yang baik. hehe.

Kakak kedua saya bercadang nak masak lontong, Kakak sulung pulak nak masak soto. Dikuatkan lagi sokongan mak dan sokongan saya, maka kata sepakat dibuat -----> soto menjadi menu pilihan. Disebabkan saya yang menjadi menantu orang Jawa, saya ditugaskan memasak sup soto. (saje je diorang nie...huhu)

Tapi soto saya menjadi jugak tau. Hasil kakak kedua saya yang kreatif, begedil digantikan dengan fish cake bantal cap mushroom yang sedap. (dasar malas nak masak begedil...wakaka)



Hidangan soto. Kena campurkan kesemua bahan-bahan. Model tangan oleh abang saya. Ngeee..


Adoiiii....nak tayang jugak nie. Ayam pun malas nak carik-carik. Cincang-cincang dua ekor, masuk terus dalam periuk. Thanks to my abang ipar yang tolong cincangkan. Haishhh.....menantu sape la yang 'rajin' sangat ni ye? ekeke...


Tadaaa....ini la hasilnya. Amacam? Nampak sedap tak? Satu rumah tak makan nasi angkara ulang-ulang makan soto. Haha. 

Mak saya pun rajin juga membakar lemang raya haji kali nie. Kakak-kakak saya yang sangat rajin itu pun masak rendang juga. Sorang masak rendang tok dan kuah kacang, sorang masak rendang pedas cili api. Itu belum lagi dengan segala lauk pauk lain. Siap bubur kacang lagi. Air pun special jugak. Sirap sarbat resepi kakak kedua saya. Jangan memain. Raya haji macam raya puasa wehhh... Tetamu pun ramai tau.

Ada lagi yang belum letak atas meja. Mengulang ke dapur je kitorang. :p


Gelagat Qisya dan sepupunya Mia. Ulang tayang balik pakai baju raya hari tu. Tak ambil banyak gambar pun suasana raya kali nie. Sibuk menyembang dan makan je kitorang. Sempat juga ziarah sepupu saya yang menghidap leukimia. Sudah stage 3. semoga dia cepat sembuh.

Sebelum balik KL, haruslah menyinggah dulu makan laksa dan cendol Kuala. Cendolnya tak diambil gambo. Asyik nak snap gambo si kecik nie aje. Qisya di usia 1 tahun 4 bulan.


Qisya juga lagi. Amsyar mana? Dia tu ikut mood. Kadang-kadang nak bergambar. Kadang-kadang tak nak. Sabo jer la.

Eh? macam panjang pulak entri ni. Ok bye!

edit: eh? hari nie 11/11/11 ye? Hepi besday Mia (anak sedara saya) yang ketiga tahun. Semoga menjadi anak yang solehah.



11 Comments

  1. waaw,soto tu memang nampak sedap. Hehehe

    bestnya beraya macam hari raya puasa,hehe

    ReplyDelete
  2. laparrrrr :| soto satuuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. soto memang best sebab asik ulang2 makan... slurrppp...

    ReplyDelete
  4. wah meriahh nyer raya! kalau tau pagi2 lagi saya tercongak depan pintu rumah akak

    ReplyDelete
  5. uuuu..nampak sedap soto tuuu...k.sal x pernah cuba masak soto..emm...rasa2nya mcm nak cuba la nanti....

    ReplyDelete
  6. cik pha... tu la tak habaq awai2. makanan byk tauu...

    kak sal....cuba la. gerenti ulang makan byk kali. ekeke

    ReplyDelete
  7. Tgok makanan tu terasa lapor plk..
    Cer post kat saya.. Haha~~

    ReplyDelete
  8. dulu2 masa kecik ingatkan raya haji tuk org yg g haji je hehe


    salam aidiladha ;)

    ReplyDelete
  9. Salam Aidiladha..

    hari2 dela masak daging korban yg belum habis2 lagi... :)

    ReplyDelete
  10. peyansanstaro... (apekehenye susah beno nak eja)...cane nak post? raya tahun depan singgah umah ye? :)

    sis92....sama la kita. hik hik

    dela...perghhh...byknya dapat daging korban..

    ReplyDelete