Friday, 25 November 2011

Syurga Kecil Belakang Rumah

Di hari Jumaat yang mulia nie mari ramai-ramai kita bersyukur di atas segala nikmat yang telah Allah SWT kepada kita. Masih diberikan peluang untuk menyedut oksigen. Masih hidup berbahagia bersama keluarga tercinta. Masih diberikan kesihatan yang baik, diberikan rezeki dan segala-galanya. Terima kasih Allah. Alhamdulilllah.

Kenapa entri saya macam nie hari ini? Bukan apa, kadang-kadang apabila kita melihat rezeki orang lain yang lebih daripada kita, naluri iman yang lemah sering berkata, 'bestnya si polan tu dapat itu ini, pergi melancong sana sini, makan kat tempat mewah sana sini, rumah cantik menawan, anak-anak comel macam orang putih....bla bla bla..."

Percayalah. Rezeki melimpah orang lain itu, juga merupakan ujian buat dia. Bersyukurkah dia? Riakkah dia? Hanya sedikit rasa riak di hati dia akan menjerumuskan dirinya ke dalam neraka. Bukankah ujian sebegitu lebih besar dan lebih menduga? Bersyukurlah dengan kesederhanaan yang ada kerana kadangkala yang nampak kecil, yang nampak macam tiada nilainya adalah syurga kecil yang dikurniakan Allah kepada kita.

Hari tu, semasa di rumah mak saya di kampung, semasa menemani mak memberikan makanan kepada binatang peliharaannya rasa syukur melimpah ruah datang menjengah ruang hati saya. Syukur Alhamdulillah...

Amsyar dan sepupu-sepupunya turut menolong opah memberi ayam itik makan. Bukan setakat ayam kampung, ada ayam turki dan arnab kat sini. Dulu-dulu siap ada itik serati dan itik angsa. Tapi kalau ada itik angsa, tobat la nak turun ke bawah nie. Siapa suka main kejar-kejar dengan itik angsa, silalah. hahaha...


Selagi ada ruang boleh bertanam-tanam, maka adalah pokok-pokok sayur di situ.


Pokok durian yang ditanam arwah ayah lebat berbuah.


Amsyar bersama sepupu-sepupunya yang tinggal dekat dengan rumah opah. Boleh la petang-petang datang jenguk opah diorang. (Saya bersyukur abang-abang saya duduk berdekatan dengan mak...)


Pokok durian, pelbagai jenis rambutan, dokong, langsat, cempedak, nangka dan longan mak dan arwah ayah tanam di kawasan bekas tanaman kopi di belakang rumah.


Kebun mak di tepi sungai Perak dan bersetentang dengan masjid Ubudiah yang menawan.  (tapak tanah kebun mak ini adalah tanah bekas tapak istana Perak sebelum berpindah ke Bukit Chandan).


Putik rambutan sedang meriah membesar di pokok. (bulan depan wajib balik....hehe)..


Persekitaran kebun yang dijaga rapi oleh abang dan kakak sulung saya kalau balik kampung.


Kalau musim buah tiba, sila capai sahaja untuk memetik buah langsat, rambutan dan cempedak di kawasan ini.


Di tapak penanaman jagung mak yang ditukar oleh kakak saya untuk ditanam nenas. Banyak cik 'khin' yang selalu memusnahkan tanaman jagung. Jadinya, sekarang ni kami tak dapat nak makan jagung petik kat kebun je lagi dah. Mak pun dah kurang sihat.  Kalau dulu-dulu, siap ada peraih jagung datang ambil jagung.


Tanaman nenas kakak saya. Manis dan rangup buahnya. Tidak berair sangat. Best.


Budak-budak ni nampak beberapa biji buah manggis yang dah masak.


Jadi la dapat beberapa biji yang baru nak masak. Pokok manggis nie kalau berbuah lebat betul. 


Sakan betul budak-budak ni. Haishhhh....

Lepas ronda-ronda kat kebun opah ni, boleh la sambung main kat halaman rumah opah pulak. Amsyar kalau balik kampung, memang happy sangat. Kalau boleh taknak balik. Hehe...

Teringat ta'alim pendek bapa mertua saya ketika memetik rambutan di kebun mak nie. "Seperti gambaran di syurga, memetik buah-buahan di tepinya ada sungai yang mengalir. " Sebak hati saya mengenangkan arwah ayah yang menanam pokok-pokok ini. Al-Fatihah untuk arwah ayah saya yang menjadikan tanah ini seperti syurga kecil kami. Alhamdulillah....



26 comments:

  1. alhamdulillah, bestnye.. sekampung ghupenye kite...

    ReplyDelete
  2. indahnya kg yana..di pinggir sungai perak lagi ha...memang mcm syurga kecil...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, berbudi pada tanah itulah hasilnya...
    macam2 ada...bestnya

    ReplyDelete
  4. salamm.. kat mane ni yer.. geram tgk buah2 tuuu....

    ReplyDelete
  5. anis....org kuala kangsar jugak ke? salam kenal... :)

    ReplyDelete
  6. kak sal...kalau jenjalan kat kuala, roger2 la kot2 yana ada kat kg..

    ReplyDelete
  7. qhaifa nur...alhamdulillah. Sebenarnya ada dusun lain tapi mcm jauh sikit dari rumah. So, ayah pun tanam2 jer kat belakang bagi dekat sikit.

    ReplyDelete
  8. zaidizain....ini kat belakang rumah mak saya je. Bukan tempat eco tourism tau...hehe

    ReplyDelete
  9. terigat kecik2 dulu kutip buah mggis rumah nenek... best sgt ketika itu..

    ReplyDelete
  10. bestnye ada kebun buah macam tu.... dah la banyak pokok,, bersih pula tu...

    ReplyDelete
  11. yana...mmg betul2 syurga di belakang rumah tu...yg tak tahan tu...durian yg lebat tu..dah mula gugur ke?

    ReplyDelete
  12. woah, orang kuala kangsor ye? orang sayong ke?

    ReplyDelete
  13. kak:tengok pokok durian tu tetiba takut pulak,,sebab takut durian tu jatuh ats kepala

    ReplyDelete
  14. yana halim: ye.. teman oghang kota lame kighi... depan rumah kebajikan tu (rmh kanak2 sultan abdul aziz) :))))). salam perkenalan

    ReplyDelete
  15. akak yana :) saya tag akak.

    http://sayabudakbejurus.blogspot.com/2011/11/bila-terbaca.html

    ReplyDelete
  16. dela...kutip manggis nie seronok sebab senang jatuh kalau dijolok dgn galah. Tak payah nak teruk2 macam kait rambutan..

    shahrazali....bersih time tgh rajin le tu. hehe..

    ReplyDelete
  17. kak kamsiah.....baru gugur je. tengah 'buang buruk'....minggu depan baru gugur yg elok2 kot... :)

    ReplyDelete
  18. rara...ye. orang Sayong. Sekampung gak ka?

    hazwan...dah ada tanah, tanam je la. :)

    ReplyDelete
  19. cik pha....insya Allah tak kena timpa. Kalau takut, silalah pakai helmet. hehe...

    sha...manggis memang sedap. ngeeee..

    ReplyDelete
  20. anisahuri...ye ke? waahhh....sekampung la kite.. :)

    cik pha....aiyyaaa....dah kena tag la pulak. Nak buat cane nih? Tak paham...huhu..

    ReplyDelete
  21. benya ad kebun blkg umh..hehe

    ReplyDelete
  22. bestnya....rumah opah saya kat sayong lembah...

    ReplyDelete