Tanjung Lumpur, Kuantan

Hari Ahad lepas sepatutnya nak bershopping sebab segala barangan basah kering dah habis. Hari Sabtu tu biasalah....kemas rumah, basuh baju menghadiri jemputan kenduri, pastuh melepak kat rumah my MIL sambil menonton hoki Malaysia vs Australia tu. Gile emo kitorang adik beradik ipar duai yang melayan game tu. Nasib baik Malaysia menang. hehe..

Tu yang tak sempat nak bershopping hari Sabtu, postpone ke hari Ahad. Tapi pepagi Ahad tu my FIL call ajak ke Kuantan sebab nak melawat saudara yang sedang sakit tenat kat Hospital Kuantan. Apalagi, bergegas siap nak ikut sebab tak nak tinggal melangut kat rumah tanpa encik hubby time cuti hujung minggu. Tambahan lagi dah lama sangat tak pergi Kuantan. Setakat lalu je on the way ke Terengganu.

Selepas melawat, kami menunggu Mak dan Abah yang masih berada di wad bersama saudara-mara. Cari tempat sesuai untuk menunggu sebab budak bawah umur 12 tahun tak boleh masuk wad. Cari -punya cari terjumpalah lobi daftar masuk wad. Kat lobi daftar masuk wad  tu sejuk sikit sebab ada aircond dan lapang (tak ramai orang kat sini). Si Amsyar dan Qisya pun apa lagi...buat macam rumah sendiri la jawabnya.


Sesi mengadu kat abang.


Ewah ewaahhh.....siap meniarap bagai. Sekejap je Amsyar dapat kawan. 


Lobi hospital tempat kami melepak.


Selepas selesai berziarah, kami bergerak ke Tanjung Lumpur. Dapat info dari orang Kuantan, kalau nak makan seafood, kat situ la tempatnya. Memang banyak kedai makanan laut dan ikan bakar kat sini tapi kami pilih kedai ikan bakar yang ini. Lupa pulak snap gambar kedai. Kan dah tak ingat nama kedai nie? Haisshhh....

Harga-harga ikan yang dipaparkan dan hasil laut yang tersedia untuk dipilih.. Ramai betul pekerja dia. 


Abah memilih ikan pari dan ikan aji-aji untuk dibakar.


Sesi memujuk Qisya supaya behave.


Kan? Budak lasak nie mana boleh duduk diam. Siap panjat meja lagi. Adehh...


Memunggah tisu lagi. Jenuh la Ummi dan Tok Bah melayan cucu sorang nie. Ligat bebeno.


Belum pernah minum air kelapa laut macam nie. Semata-mata tambah air dan gula. Tak sedap + kecewa.


Makanan yang diorder dah sampai. Tomyam campur masin gila. Kailan ikan masin pun masin menyengat. Ikan bakar pun so so je rasanya sebab sambalnya memang tak sampai piawaian sedap. Tak tau la lidah orang Kuantan macam mana sebab ramai jugak yang makan kat sini. Harga macam kat KL jugak. Takdelah murah sebab tepi pantai.

 Patut pun terlupa snap gambar kedai dan lupa namanya. Rupa-rupanya nak komplen. Tapi sebab dah kebulur, makan jugak la. Cuma tak dapat nak hirup-hirup tomyam. Bagi la jugak 2 bintang. Ecewah....macam Kak Sal pulak dah nak bagi bintang-bintang kat kedai makan. Wakaka....


Amsyar yang excited kalau naik kereta Tok Bah. Tapi naik je highway tutup terus, nak tengok-tengok atas tak berani wehhh . Time senja-senja kat Karak pulak tu. Kang ternampak pulak apa-apa yang tak sepatutnya nampak. Scary!


15 Comments

  1. wah jalan2 makan2..

    pantang betul org jual air kelapa tapi tak rasa kelapa :(

    ReplyDelete
  2. kak senangin tu ape kak? heee

    ReplyDelete
  3. ikan aji-aji? hehe

    1st time dengaq :)

    ReplyDelete
  4. sis92...memang kecewa abis dgn air kelapa laut tu...huhu

    ReplyDelete
  5. cikpha & rara.....akak pun first time tengok. memang pelik beno le nama ikan2 tu. akak memang fail sikit dgn jenis2 ikan laut tu. Kalau ikan sungai tu terer la jugak.hehe

    ReplyDelete
  6. PELIK TOL NAME IKAN TU YERK...YANTY YG DOK KAT NGAN KAWASAN NELAYAN NIKH PON TAK TAU ADER NAME IKAN CAM GITU HUHUHUHUUUUU

    ReplyDelete
  7. sy pnh p skali je area2 tjung lumpur mkn kt sne.. mmg tak sdp sgt mknn die.. wat cincai je..

    ReplyDelete
  8. Kuantan..lama dah dok plan nak pegi tapi x sampai2..adik ade tinggal kat sana..laki dia navi..risau karang sampai dorang dak tuko tempat lain kami x sampai2 lagi...hehehe..errr..tang bintang tu sebenornya secukup rasa diri sendiri je nak letak kehkehkeh....

    ReplyDelete
  9. hai..
    tumpang iklan ya.

    blouse, cardigan, dress bawah rm50 including postage. happy shopping!!

    TQ.

    ReplyDelete
  10. yanti...nama ikan panggilan orang Kuantan kot. huhu..

    ReplyDelete
  11. liyana....sbb tu kot rasa tak sedap. Yang hairannya ramai jugak makan kat situ.

    ReplyDelete
  12. kak sal....i like bintang2 tu. hehe...

    fantastic pieces....silakan.. :)

    ReplyDelete
  13. huhu xde apa2 yang nak ditakutkan dengan haighway karak tu nye, saya drive sorang2 je pun balik dari uia gombak ke bentong pukul 11 malam. Jalan lama mungkin lah seram tapi highway karak serius xde apa.

    ReplyDelete
  14. azza....sebelum kena baik beringat. Itu je.. :)

    ReplyDelete
  15. Tg lumpur...Kedai Ana Ikan Bakar Petai aje yg sedappp....yg lain x..

    ReplyDelete