Friday, 23 December 2011

Antara watak Fiona (drama Soffiya) dan Melly (drama Tentang Dhia)

Disebabkan saya dok follow drama Soffiya dan Tentang Dhia, saya rasa watak antagonis dalam kedua-dua drama ini paling memberikan kesan. Siapa lagi kalau bukan watak Fiona dalam drama Soffiya dan watak Melly dalam drama Tentang Dhia. Pujian harus diberikan kepada Izara Aisyah dan Izreen Azminda yang melakonkan kedua-dua watak ini.

Izara yang melakonkan watak Fiona dalam drama Soffiya

Mula-mula, kita tengok watak Fiona. Izara betul-betul buat saya benci kat Fiona. Mungkin dengan nada dia bercakap dan raut wajah yang garang, membuatkan saya geram sungguh dengan watak ini. Sampai saya berharap si Fiona nie mati di penghujung cerita. Baru puas hati. Watak Fiona je tau. Bukan si Izara. Kang tak pasal-pasal entri pasal nie masuk Melodi pulak . Ekeke..... 

Tapi dek terkesan sangat dengan lakonan Izara ni, saya tak layan pulak drama baru yang Izara berlakon. (errr......kena banyak ambil watak baik-baik dulu la ye bagi hilang dulu kesan watak Laila dan Fiona...huhu).... by the way....Izara....u very ohsem lah! Semoga terus berjaya dalam bidang lakonan.


Izreen yang melakonkan watak Melly dalam drama Tentang Dhia

Izreen Azminda pun sangat ohsemlah! Terer betul dia berlakon. Walaupun dia melakonkan watak antagonis, saya tak berharap apa-apa jadi (perkara buruk) di pengakhiran watak Melly. Dia sangat kelakar dalam watak yang antagonis. Keinsafan watak Melly buat saya turut bersimpati. Tidak seperti watak Fiona yang dah insaf. Air mukanya masih tidak berapa nak ikhlas. Tapi Melly berjaya buat saya turut bersedih dan saya berharap Melly akan berkahwin dengan Raffi. hehe... 

Sama-sama kita nantikan kesudahan drama Tentang Dhia. Kepada Izreen... semoga terus cemerlang dalam bidang lakonan dan elakkan kontroversi yang mengundang benci peminat. 



7 comments:

  1. hari tu tertengok cerita tentang dhia rasa best pulak..he he..Izara dalam Vanilla Coklat pun ok... bersahaja...tapi memang ye la kan...air muka garang...

    ReplyDelete
  2. setuju... izreen ni mmg menjadi... dlu prh tgok crita yg dia jd penagih dadah tu.. mmg nmpak betul2 jahat..

    ReplyDelete
  3. 2 drama memikat nafsu jiwe untuk di tonton...eheheh

    ReplyDelete
  4. tak dpt tengok TV, rugilah aku kan. banyak cite sedap sekarang...huuu

    ReplyDelete
  5. suka snagat lakonan izreen lagi sebab dia tak macam berlakon.. oandai bwk watak.. hehehe.. kelakar pun ada

    ReplyDelete
  6. watak melly tu serius enjadi jahatnye tu.hu3

    ReplyDelete
  7. saya pun suka tengok dua pelakon ni terutama yg jadi Melly tu. Memang buat kita jadi "geram" dan "menyampah" :)

    ReplyDelete