Tuesday, 27 December 2011

Durian Musang King

Bulan Disember nie dapat dua kali balik kampung. Dua minggu lepas balik dengan kakak saya, cuti Krismas nie pulak balik dengan encik hubby. Encik hubby belum lagi dapat makan durian kat dusun tu. Jadi, kali nie balik nak makan durian dan tanam durian sekali. Ecewaahh....tanam durian la pulak. Hari Ahad lepas, pergi pasar minggu dan cari la anak pokok durian sepokok. Dapat la sepokok jenis durian Musang King.

Pokok durian yang telah berjaya ditanam encik hubby. Semoga panjang umur ye pokok dan silalah berbuah dengan lebatnya. (eh? Siapa yang bagi nama Musang King nie ye?)

Kata si penjual, pokok durian ini akan berbuah setelah lima tahun. Haruslah dengan penjagaan yang rapi beserta dibaja dengan baja yang sesuai. Disebabkan di dusun durian kami itu, ada pulak insan yang telah melepaskan puluhan kambingnya di situ, maka mak saya mencadangkan pokok durian ini ditanam di belakang rumah sahaja. Dekat nak dijaga, terhindar dari kambing-kambing yang tak reti nak pilih daun apa yang nak dimakan. Semua main hentam sahaja. Nak marah kat kambing tak boleh disebabkan tiada akalnya, nak sound kat tuannya pulak, golongan pak lebai juga adanya. Makanya....sabo je laa...


Balik yang dua minggu lepas, tak dapat makan pulut durian. Balik kali nie, mak saya telah masakkan pulut durian yang best. Makan dalam piring cawan je. So, abaikan saiz pulut yang nampak agak pelik di situ. hehe..

Langsat yang dah masak. Siap untuk dipetik.


Rambutan di tepi sungai Perak. Jenis ini paling saya suka. Manis dan lekang isinya.

Sesi mengutip buah-buahan dan menguruskannya amat meletihkan. Tambah-tambah pokok yang dah tinggi. Adehhh....sakit tengkuk dibuatnya nak mendongak-dongak. Nasib la adik saya pun balik kampung. Adik ipar saya yang tinggi lampai memudahkan urusan. TQ ye. (sengih Chik, sengih...hahaha..)




8 comments:

  1. dapat gak merasa rambutan dari dusun k yana..manis dan lekang...:)

    ReplyDelete
  2. hehe..apik takleh tengok buah2 ni...geram jer nak telan

    ReplyDelete
  3. sedapnya, best betul ada dusun sendiri..

    ReplyDelete
  4. tengok langsat yang tak tahan tu...lebatnya..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....hasil berbudi pada tanah... :)

    ReplyDelete
  6. jeles tgk yana ada dusun durian huhuhuuu...nanti nak dtg umah laaaa...tapi bile pokok tu nak membeso ahahahaa

    ReplyDelete
  7. tetiba lak teringin nak makan pulut durian lepas baca entry nie..pastu teringin nak pegi kedai emas selepas tengok gamba tangan pegang buah rambutan ituu...

    ReplyDelete