Entri kena TIRU?

Waahh....ingatkan zaman study dulu je main tiru-tiru nie. Rupa-rupanya kat alam blog lagi bermaharajalela. Siap ada gelaran pulak tu. Copycat ke apa. Tak ingat.  Saya tak maksudkan blog-blog yang memang menyiarkan isu-isu semasa. Saya pun kadang-kadang terselit juga entri pasal isu-isu tersebut. Itu pun sebab tak dapat menahan di hati nak juga berkata-kata. Tapi adatlah....dah tau cedok kat entri orang lain, janganlah tiru sebijik-sebijik ayat dia. Pastu tak letak kredit pulak tu. Sangat tak sopan, ok? (pesanan kat diri sendiri juga).

*google

Itu kalau bab isu semasa. Memang ramai yang nak up traffik buat entri cerita yang sama. Tengah panas-panas, ambil kesempatan la nak up traffik kat blog masing-masing, betul tak? Tak kisah la tu. Yang saya kisah  nie, yang saya nak cerita nie pasal entri yang bukan berkenaan isu-isu semasa. Entri yang dikarang hasil penat lelah otak berfikir dan mengolah ayat. Melilau kat google mencari gambar-gambar yang bersesuaian dengan entri. Tambah-tambah kalau entri tu entri tutorial blog. Memang bikin panas derrrr...

Saya bersimpati sangat dengan blogger-blogger yang entri tutorial blog mereka jadi mangsa copycat. Entri-entri sebegitu memang memerlukan masa yang lebih lama untuk dibuat. Kesian,kan? Saya tak pandai nak buat-buat tutorial ni. Blog simple macam blog saya ni pun dibina dengan jerih payah juga kena bertanya sana-sini terutama blogger-blogger yang sudi membantu. Dalam simple-simple.....entri pun dikategorikan dalam golongan entri tak matang, saya pernah terserempak juga dengan entri saya yang pernah jadi mangsa copycat. Sudahla tajuk pun sama, gambar yang dicari kat google pun dia tempek yang sama jugak. 
Feeling masa tu---------> sentap mak naaakkkk....

p/s: nak jadi blogger tegar, jangan suka sentap-sentap, okeh? :)


5 Comments

  1. biasala kat mana2 pun ada jugak pencopynya..
    biasa yg dok tiru bulat2 tu ketagih perhatian org tu..guna cara kolot..so nak blogging n nk bt entri tu guna la hati bukan guna kepala lutut..hohohooh ^^

    ReplyDelete
  2. Cik Jingga....nak like komen nih 10 000 kali. hehe...

    ReplyDelete
  3. btul 2..ksian la org yg pnt buat ayat bg menarik..bkn sng sbb bkn sume org leh menulis dgn ayat menarik..

    ReplyDelete
  4. Ridhwan...sgt setuju. Tang nak mengarang ayat tu bukan senang spt yg disangka. Tak semua orang berbakat dalam penulisan. Kalau saya, sampai sekarang pun masih bertatih rasanya dalam menulis entri.

    ReplyDelete
  5. dsable highlite je... huhuhu..

    ReplyDelete