Friday, 16 December 2011

Fareeda dan nasi kukus ayam berempah

Assalamualaikum.
Lama sangat rasanya tak hapdet blog sebab bercuti-cuti dengan durian di kampung. Tapi itu next entri la ye. Sekarang nie nak cerita sikit-sikit je. Pasal Fareeda dan nasi kukus ayam berempah. Siapakah Fareeda itu? Hehe...

Fareeda itu bukan chef yang memasak nasi kukus ayam berempah tu tau. Tapi jenama tudung yang tengah meletup-letup di pasaran sekarang nie. Promosi yang sangat baik membuatkan tudung jenama ini sangat laris mengalahkan pisang goreng panas walau pun harganya mengalahkan setandan pisang abu yang digoreng oleh Encik Azmi di Seksyen 19 tu. (sape duduk Shah Alam tau le kan?) Mahal betul la tudung nie. Paling murah pun selendang dia berharga rm85. Perghh.....pitam mak naaakkk..

Yang hairannya, mahal-mahal pun sakan sungguh kaum hawa yang datang memborong. (kena belajo promote macam depa nie...huhu) Tak percaya? Jom tengok.

Butik Fareeda di Seksyen 7. Nak masuk kena tekan2 loceng dan tanggalkan kasut.


Pilih jangan tak pilih. (Kak, lupa tanggal kad staff ke? ekeke...)


Try jangan tak try...


mamatasnim pun termasuk dalam golongan yang try-try tadi tu...hehe....


Tu diaaa....licin almari tu sampai tudung kat mannequin pun hilang. LOL....


Tudung-tudung yang pernah digantung di sini berharga rm100- rm140 sehelai ye kenkawan.. ....perghh. Kalau la saya yang jadi tokeh Fareeda nie....ish ish ish....

Disebabkan dah tak banyak pilihan, yang tinggal pun jenis-jenis selendang je, makanya tidaklah membeli sehelai tudung pun. Terus meronda di butik-butik tudung lain pulak. Singgah Pearl Haya dan Ariani. Buat sesi try-try lagi dan cuci-cuci mata. Tak beli jugak. 

Dah puas ronda-ronda kedai, sesi cari tempat makan pun bermula. Mula-mula ingat nak pergi restoran Temerloh tapi tak jadi. Singgah ke Antan Batura konon-konon nak menikmati pemandangan tasik, tapi tutup la pulak. Last-last singgah di kiosk depan MRCB tu je. 


Makan kat sini je. Nama gerai tak tahu. Boleh? haha..


Orang batuk tak sedar diri minum teh o ais. ngeeee...


Inilah rupanya nasi kukus ayam berempah yang kami makan. Harganya rm4. Rasanya so so je. Taugeh tu feeling tepanyaki sikit kot tapi letak sambal belacan kat atasnya. Boleh la menghilangkan kelaparan yang melanda.

Waahhh....rindu kat blog, rindu kat rakan-rakan bloggers yang rajin beramah mesra, rindu nak blogwalking.. dunno why, tapi yang nyata saya lebih sukakan blog dari fb. Suka tulis-tulis kot. 
Ok baiiii..... :)


9 comments:

  1. Sama la kita kak... Suka blog dari fb..

    ReplyDelete
  2. sy pun lebih suka berblog dr ber muka buka...

    tang makan tu tk boleh tahan...sejuk2 hujan2 petang ni perut tambah lapar..

    ReplyDelete
  3. syani...x bukak fb seminggu x kisah. Tak buka blog sehari, boleh susah hati wooo...haha.

    ReplyDelete
  4. sue...mana ada tembam. Comel la.. :)

    ReplyDelete
  5. nyanyisunyi....time hujan memang mudah lapar.. :)

    ReplyDelete
  6. liyana...meh la duduk shah alam balik. Akak ada, Mr A pun ada. Ahaks!

    ReplyDelete
  7. dahsyat mahal. smpai licin plak tuh. adeh..

    ReplyDelete