kerana MALANG dan MUSIBAH itu TIDAK BERBAU..

Ini cerita dua tahun lepas. Bekas jiran saya yang peramah, yang selalu ceria....tiba-tiba terpaksa menghadapi kehilangan tempat bergantung hidup. Suaminya meninggal dunia setelah dikesan menghidap Hepatitis B dalam masa tak sampai sebulan! Jiran saya itu hanyalah seorang surirumah yang mempunyai seorang anak dan suaminya pula bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Terus terang, berat mata saya yang memandang tapi berat lagi bahunya yang memikul. Tertanya-tanya bagaimana kehidupannya selepas itu. Segala perancangan nak mendapatkan kereta yang telah ditempah terus punah. Ketika memandang anak mereka yang berusia tujuh tahun ketika itu sangat menyedihkan. Macam mana kalau saya yang berada di tempatnya? Macam mana kalau anda? Ya lah.....sekarang ini ada suami, ada pekerjaan, masih sihat.....esok-esok? Tentu saja belum pasti...



Mujurnya, suami jiran saya itu membeli polisi Takaful Etiqa untuk dirinya dan anaknya dua bulan sebelum dia meninggal. Sebelum penyakitnya dapat dikesan. Selain perlindungan untuk dirinya sendiri, Pelan Sarjana yang dipilih untuk anaknya kini dibayar sepenuhnya oleh Takaful Etiqa sehingga dia berumur 21. Alhamdulillah, jiran saya dapat menenangkan diri sedikit sebanyak.

Jadi, saya mengajak semua yang membaca entri ini, supaya membuat persediaan untuk diri sendiri dan keluarga. Menabunglah sedikit untuk perlindungan Takaful. Bangsa lain bermula menjana ekonomi melalui insuran yang ditinggalkan kepada waris sejak berpuluh tahun dahulu. Sedangkan bangsa Melayu masih berharap pada harta pusaka yang terpaksa dibahagi-bahagi sehingga kecil nilainya. Silap haribulan banyak harta yang tersadai akibat masalah pertukaran nama yang melangkaui beberapa generasi. Menabunglah.

Kepada adik-adik yang masih belajar, pujuklah ibubapa mengambil polisi Takaful supaya jika apa-apa terjadi, pengajian anda tidak tersekat. Ada apa sangatlah RM60 jika dibandingkan duit top-up sebulan. Betul, tak? Kepada awek-awek, pastikan boyfriend anda ada polisi Takaful sebelum melangsungkan perkahwinan. Bukan materialistik, tapi menjadi seorang yang realistik. Hidup ini tak selamanya indah. Betul, kan?

Tunggu apa lagi? Dapatkan polisi Takaful Etiqa pada harga mengikut kemampuan anda melalui ejen yang memberikan perkhidmatan terbaik. Jangan segan silu menghubungi perunding kewangan anda Encik Adren di talian 019-2810206 untuk polisi takaful dll.


p/s: siapa-siapa nak mintak saya tolong promote, sila pm, okeh? Tengah mengasah bakat nie. hehe..

17 Comments

  1. citer betul jiran ke promosi Takaful?

    ReplyDelete
  2. yana...th lps abg ipar akak meninggal,terjatuh dari bumbung,dia cuma keje sendiri,yg bongsu masa tu baru 4 bln,yg sulung baru th 1 kat UITM...
    Dia ada beli takaful,alhmadulillah balu dia dapat lbh dari setengah juta..kiranya makan sampai tua pun tak habis...
    bln 5 lps,dapat tmpt ke 2 cabutan SSP..dapat kereta..
    anak pulak dapat 5A upsr

    DIA amik suami,tp mengantikannya dgn kegembiraan lain...subhanallah..maha ADIL kan...

    ReplyDelete
  3. Empayar Utama....cerita betul la. Dah nak 10 tahun buat bisnes takaful ni. Dah nak setahun ada blog, baru terasa nak tempek kat dalam blog nie nak bagitau kat semua yang membaca. Tak kuasa nak mereka-reka cerita. Saya cuma cerita balik apa yang dah berlaku je...

    ReplyDelete
  4. kak kamsiah.....Syukur Alhamdulillah kerana abg ipar akak bertindak bijak. Nak harap duit simpan kat bank, jgn haraplah cecah setengah juta. Ada hal je, mesti nak keluarkan, kan kak? Saya dah tengok byk kes tau kak. Ada yg baru kawen, si isteri baru je pregnant, suaminya meninggal accident. Lepas tu, ada jugak yang ambil polisi tapi tak bayar. Lap tak bayar berapa bulan, suami meninggal. Dah la anak 5 orang masih sekolah, tak dapat nak claim dekat 300k. Kesian tu kesian la. Tapi nak buat mcm mana....

    ReplyDelete
  5. gud luck ur biznez yana...memang ader bakat berbiznez...

    ReplyDelete
  6. yanty..... saya tolong promote je yanty. produk bagus perlu disebar2kan... nak polisi utk Mya boleh calling2 ye?

    ReplyDelete
  7. Setuju dgn entry ni. "Sediakan payung sebelum hujan"

    ReplyDelete
  8. kak ella....akhirnya nampak jugak jejak kak ella kat sini. hehe....

    ReplyDelete
  9. sebelum ni masuk Am insurance amcash 21, tau2 dibekukan bank negara, dah rugi dekat 800..selamat baru masuk, rasa trauma pula dgn insuran2 ni,ingat nak cuba tgk etika pula..

    ReplyDelete
  10. Life kami....Takaful Etiqa adalah takaful terbaik dunia. Berpindahlah dari unsur2 gharar iaitu insurans kepada takaful yg mengikut syariah Islam. Saya pun lebur dekat rm1000 kat insurans AIG. Hubby pulak dekat rm3000 dari Great Eastern. Yang penting apabila mendapat kesedaran dan pengetahuan, segeralah bertukar arah ke takaful.

    ReplyDelete
  11. thx yana krn mengingatkan, mmg betul malang x berbau n kenalah beringat sebelum kena

    ReplyDelete
  12. saya pun dah ambil takaful..dulu habis beribu2 bayar AIG..hampes tull..takleh claim..rugi jer..huhu..sediakan payung sebelum hujan..

    ReplyDelete
  13. ninazahar....memang susah nak menyedarkan bangsa sendiri. Kalau bab hiburan, bayar Astro sampai 100 lebih sebulan mampu pulak. Nak melindungi diri sendiri rm70 sebulan pun berkira. Paling haru orang ajak simpan duit pun nak marah2. Bukannya ajak buat MLM ke, skim cepat kaya ke....setakat seciput komisyen ejen dapat pun nak mendengki kadang-kadang. Adoyaiii.....

    ReplyDelete
  14. Teacher Basariah....saya pun x dpt claim yg AIG tu. Tapi kalau takaful, selepas 3 tahun boleh keluarkan yang bahagian simpanan kita. dah duit sendiri, sepatutnya boleh la kan? hampeh je AIG...

    ReplyDelete
  15. takaful etiqa...bhuhu..
    tak ada sape nak tolong bayarkan untuk saya..hehe

    ReplyDelete
  16. yep..setuju..bukan materialistik, tapi menjadi seorang yang realistik~ =)

    ReplyDelete
  17. Teenager Housemaid...ala, dah ada pendapatan sendiri nanti, beli la. Menabung untuk diri sendiri....

    ReplyDelete