Tuesday, 6 December 2011

Langkah-langkah jika berlaku kemalangan

Entri ini khas jika anda mengalami kemalangan akibat kereta anda dilanggar dari belakang. Anda tidak tercedera dan yang tercedera hanyalah kereta anda. Dalam kes saya, kereta Waja encik hubby adalah tidak sewaja namanya. 

Ceduk kat google. 

Keadaan masa itu adalah agak jem di mana kenderaan adalah agak rapat di antara satu sama lain. Tapi kerana encik hubby menjaga jarak, tidaklah tercium kereta yang berada di hadapan kami. Yang malangnya kereta di belakang kami yang menghentam si waja. Makanya habis pecah la bumper dan lampu beserta bonet yang habis remuk dan tidak boleh dibuka langsung. Yang melanggar tu Waja juga tapi hanya pecah lampu saja. Nice.

Jadi, apa yang patut dilakukan?

1. Bertenang.
Anda tidak tahu dengan siapa anda berhadapan. Tarik nafas dalam-dalam dulu dan tenangkan diri. Cuba berkomunikasi dengan sebaiknya. Di sini, tahap kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan.

2. Ambil gambar keadaan kereta anda dan kereta orang yang melanggar.
Telefon berkamera adalah amat penting. 

3. No mercy!
Walau apa pun keadaan orang yang melanggar kereta anda, awek cun ke....orang tua ke...budak muda ke. Sila bertegas yang anda akan membawa kes ini ke balai polis. Walau pun dia cakap dia boleh bayar kos bengkel, sila jangan layan. Dalam kes kami, mamat India yang masih muda dan sangat bermuka kesian, meminta kami pergi ke bengkel kereta abangnya dan akan selesaikan sendiri. Hello, kami tak kenal dia. Boleh percaya? Very big no! Ingat, kes langgar belakang adalah kesalahan kepada kereta yang melanggar. Anda berada di pihak yang benar, jangan biarkan orang lain manipulasi anda. Kelebihan pandai berkomunikasi adalah amat penting di sini.

4. Buat report Polis.
Hendaklah membuat report di Balai Polis Traffik berhampiran. Sila fahamkan kepada orang yang melanggar tadi, dia juga hendaklah membuat report Polis. Jika tidak, dia akan disaman. Ini sangat penting kerana report polis kedua belah pihak akan membolehkan Polis Traffik mengeluarkan surat keputusan berkenaan kes.

5. Buat salinan dokumen
Sebelum membawa kereta anda ke ke bengkel panel insurans anda, pastikan anda membawa salinan IC, cover note, geran kereta, lesen memandu selain report keputusan Polis Traffik (mesti salinan asal). 

6. Claim insurans untuk pihak ketiga
Semua dokumen tersebut adalah untuk memudahkan urusan bengkel panel insurans untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan. Kalau malas nak berurusan dengan Polis Traffik, runner insurans akan uruskan. Tapi kena la buat bayaran tambahan dalam RM100 dan memakan masa yang lebih lama. Kalau tak nak susah dan baik hati sangat, silalah claim insurans sendiri. Lagi cepat tapi nak ke NCD hilang? hehe...

Kereta waja dah selamat masuk bengkel. Nasib baik ada sebuah lagi kereta. Kalau tak, jenuh kami nak bergerak ke sana sini. Jangan lupa, ambil juga insurans untuk cermin kereta anda. Malang tak berbau sebab selepas selang sehari, kereta biras saya pula cerminnya pecah terkena batu orang mesin rumput. Waja juga! huhu.....

Sebarang pertanyaan berkenaan insurans kereta, silalah berhubung dengan wakil Takaful terbaik pernah saya jumpa. Encik Adren - 0192810206. Mood---> ujian datang kena bersabar...


15 comments:

  1. Terima kasih ..info yg bagus.. Biasala bila tengok jer accident, pompuan mcm kita ni..angkat tepon dial no husband..trukkan??? He.he

    ReplyDelete
  2. Qaseeh Tolia....sendiri kena baru tau...huhu...

    ReplyDelete
  3. sabau je la.. hehehe klu aj sure da gelabah. da penah kena langgar dr blkg tp mujur uncle tu sanggup sama2 g report..

    ReplyDelete
  4. aj....mmg kena usahakan jugak dia buat report. Kalau tak, susah nak claim...

    ReplyDelete
  5. berhati2 pun kalau nak kena tak boleh elak....
    bila accident ni banyak kerja kena buat....
    info yang berguna, tq...

    ReplyDelete
  6. Assalam yana..acik pernah 3 kali menghadapinya.
    2 kali klim insuran ketiga..

    ReplyDelete
  7. Qhaifa nur...memang terpaksa buat banyak kerja. Semalam terpaksa ambil cuti sebab kena pergi byk tempat...

    ReplyDelete
  8. acik...w'salam. Saya ini first time. Mula2 tu mcm gelabah juga sebab encik hubby saya tu mmg mudah kesian kat orang. Nasib ada bini mcm saya. hahaha...

    ReplyDelete
  9. Bui...sama2. Sharing is caring... :)

    ReplyDelete
  10. kak, sy pernah je terlanggar kete orang smbil reverse. Maknanya sy langgar depan kete org dgn blakang kete sy... huhu... itu confirm la salah sy kan... Nasib x rosak apa2.. kira settle tang tu jugak... Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  11. bidadatun....ye. saman rm300 tu kena kpd pihak yang melanggar. Tak kira depan/belakang. Tapi kalau bab langgar dari belakang, mmg dah tentu kereta yg kat belakang tu yg salah..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...sy nak tnya berkenaan report keputusan Polis Traffik ni...report ni kena ambk kt balai polis jalan bdr ke?

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. assalam.. saya kena langgar.. Kereta saya just nice. Kereta yang melangfar remuk teruk. Sebab saya dah pening kepala sakit kena hentakan malas nak buat report. Ada apa-apa kena tak dengan saya nanti? Pihak lagi satu buat report. Saya kereta hadapan yang dilanggar.

    ReplyDelete