Tuesday, 6 December 2011

'Ombak Rindu' dan persekitarannya...

Waahhh.....ramai sungguh blogger dok review filem Melayu terhebat tahun ini. Mau tak hebat, filem Melayu pertama mendapat kutipan sebanyak 2 juta dalam masa 72 jam. Filem Melayu pertama juga yang sampai putus roll filemnya membuatkan mereka yang membeli tiket terpaksa refund balik harga tiket kat panggung. Itu kisah di Penang ye. Kak Sal yang cerita kat fb siang tadi. Fulamaakkk.....gempak betul...hehe

Harus tempek bukti... (poyo!)

Jadinya, saya tidak mahu lagi nak buat review pasal filem ini. Kalau nak tau sinopsis pun, silalah google. Lagi pun review saya tak best. Banyak beno nak komplen. Terus terang, tak dapat nak menahan! Apakehenya seorang yang dipanggil ustazah memakai tudung dan baju yang sungguh jarang. Pelik beno. Kan, kan? Dah mula dah...ekeke..

Ops! Saya tak nak komplen bab filem Ombak Rindu. Saya nak komplen kat si polan yang menonton bersama-sama saya di panggung semalam. Maaf la. Saya tak kenal siapa tapi seorang gadis remaja yang duduk bersebelahan encik hubby. Ada ke patut.. tengah orang semua dok fokus menonton, dia boleh bercerita kat member sebelah dia. Buat perbandingan filem dan dalam novel. Punya la kuat suara dia mengulas. Annoying gile! Ko ingat ko sorang je ke yang baca novel tu ha? Sejak bila pihak panggung lantik ko jadik pengulas filem? (dalam hati je...)

Kesimpulannya, walau macam mana terer sangat pengetahuan anda dengan filem/novel ini... sampai hafal semua scene2 dalam novel tu, tolonglah ulas di luar waktu menonton dalam panggung. Kesian kat orang yang menonton bayar tiket mahal-mahal tapi terpaksa dengar suara ulasan anda yang arif sangat mengalahkan Fauziah Ashaari tu. Sekadar mengingatkan je. Kalau dah habis tonton, silalah ulas di mana-mana anda suka. Tulislah panjang-panjang kat blog anda. Tiada siapa marah. Lagipun review pasal filem nie tengah meletup. Boleh la tumpang sekaki up trafik, ye tak? hehehe...

Belum pernah juga saya pergi menonton di GSC bangunan baru, di tingkat 3 pulak tu....boleh terserempak tikus kat ruang legar depan kaunter jualan tiket GSC. Serius. Hot gile filem nih sampai tikus pun nak tumpang sekaki menonton. hahaha.....  Yang nie encik hubby ada snap gambar tikus tu. Tapi dia belum balik lagi, so tak dapat la nak cilok dari iPhone dia. Adehhh....dalam geram-geram tu, ada lawak jugak. Bila terkenangkan ramai yang menjerit-jerit bila terserempak tikus tu. Kah kah kah!



12 comments:

  1. rara pon benci giler kalau ada pengulas filem dlm pangung.sungguh anooy.

    ReplyDelete
  2. rara....memang semalam akak tahan geram je. haishh...

    ReplyDelete
  3. hahah nasib baik azza tak duduk dengan orang cenggitu, mau meroyan azza nanti... sugguh kurang matang sikap beliau..

    ReplyDelete
  4. azza...akak rasa dia nak tunjuk terer je. hehe...

    ReplyDelete
  5. Hebat betul penangan OR ni..
    Memang banyak orang review pasal Or ni dlm blog..

    ReplyDelete
  6. Mujo ade tikus je.. Kalo ade ular tedung mmg sah lah ombak rindu besss... Hahahah!

    ReplyDelete
  7. Bestnyer yana dpt pi berdue jew...tak nyempat lg nk tonton....hurmmmm

    ReplyDelete
  8. Sha... untung la produksi filem nih. Amik cerita novel, terus meletup...hehe.

    ReplyDelete
  9. liyana....kalo ade ulor tedung, tobat la nak tengok wayang dah. Konfem!

    ReplyDelete
  10. yanty.....boleh je. Post le kejap si mya tu kat mak...hehe...

    ReplyDelete
  11. ohhh dahsyat..sampai tikus pun x menahan..nak jugak tengok cik abg aaron tu ehh....mujur dia x join duduk sebangku ngan penonton...

    ReplyDelete