Thursday, 31 March 2011

TeH TaRik AmSyaR

"Amsyar nak buat air teh tarik!" Waaahh....konfiden bunyinya si Amsyar. Ketung ketang bunyi kat dapur tu aku biarkan aje. 

Dia dah pandai bancuh sendiri air Milo panas. Sedap jugak. Kali nie tengok camne pulak dia bancuh teh tarik. Tak lama lepas tu... "Dah siap! Abah nak rasa?" siap offer kat Abah dulu, padahal diri sendiri belum rasa. Konfiden la tu, sbb sebelum nie kalau bancuh Milo, mesti mama & abah puji sedap. Memang suka bagi dia galakan kalau dia nak buat sendiri. Biar pandai berdikari.

Abahnya pun ambil cawan terus minum. "Erk!! Amsyar bubuh garam ke?" Abahnya dah nak tersedak sambil gelak besar. Jawapannya ya. Memang dia bubuh garam sbb nmpk putih mcm gula. LOL...

Monday, 28 March 2011

2.41 PaGi 2.41Kg

Malam nie mama rasa syahdu sikit untuk menulis. Teringatkan kisah proses semasa mama mengandung & melahirkan Adek. Memang tak best nak ceritakan keadaan masa tu. Kena alahan teruk keluar masuk wad, tension itu ini. Termasuk Opah dan Umi yg membanding mama dgn aunty2 adek. Macam tak paham je. Kena masuk 40 botol air baru mcm...'nape teruk sgt ni?' Jangan tak tau, time pregnant la tahap sensitif mencanak naik. Byk mana air mata tumpah mama tak tahu. Tak mengapalah...

Adek lahir masa bukaan baru 7cm. Kelam kabut nurse tu. Maybe sebab mama makan VCO semasa pregnant, Adek mudah dilahirkan atau Adek nak tolong mama jgn sakit lama2. Tiada siapa yg tunggu mama di hospital semasa nak melahirkan Adek. Sebab malam/hospital kerajaan kot. So, Adek tak sebertuah mcm sepupu2 Adek yg lain yg ramai pakat dok tunggu kat hospital. Tak mengapalah..

Bilik bersalin kat Hospital Serdang tu dah macam kilang rupanya. Mama dengar orang bilik sebelah kena marah dgn nurse2. Mama seram sorang2. Masa mama lahirkan Abang dulu, Abah temankan mama. Kali nie Abah takde pulak. Dia pergi tengok world cup. Brazil vs Chile. Sebabnya tunggu lama sgt tp masih buka 2cm jer. Tu yg Abah pergi tengok bola tu. Tak mengapalah..

Foto pertama Adek. Uncle ilmam yg snap. Masa nie kita baru keluar hospital.

Walau pun mama tak dapat rasa nak bersalin kat hospital swasta angkara ovarian cyst sebesar bola tenis kat perut mama tu. Abah tak temankan mama dan pelbagai pengalaman yg tak best terpaksa mama lalui....tak mengapalah.....


segala yg sedih2 di waktu dulu2 telah didelete dgn senyuman Adek. Adek lahir tepat pada pukul 2.41 pg dgn berat 2.41 kg pd 29 Jun 2010. Nurse2 kat labour room tu kecoh. Siap ada nurse India yg ambik nombor tu buat beli nombor ekor. Ada ke patut? Hehe..

Dalam ribuan baby yg lahir, tak ramai yg lahir di mana nombor waktu dan berat adalah sama mcm Adek. Di situ sudah nampak betapa istimewanya Adek dan betapa besarnya kekuasaan Allah. Syukur Alhamdulillah betapa bahagianya mama. 
Mama tak minta banyak. Jadilah anak yg solehah. Tolong mama ke syurga ye Adek??

Sunday, 27 March 2011

PenTinGnyA KaMerA KePaDa BloGGeR

Bloggerkah aku??? (LOL..) Baru tulis merapu syok sendiri tak berapa hari nak ngaku blogger pulak dah. Hahaha.... (kurang2 kan sikit poyo tu boleh tak? Kang ada pulak yg muntah ijo ...kikiki)

Aku nak citer sikit nie. Semalam, kami sefamily menginap di Al Ezhar Camp kat Morib. Ada mesyuarat agung tahunan Yayasan Pendidikan Raden Malaysia. YPRM nie dianggotai seluruh family sebelah hubby aku. Aku join jer. Siapa2 nak menyumbang ke yayasan ini dipersilakan ye.

So, petang tadi, sebelum balik kami singgah di pantai Morib. Waaahhh...cantek la pulak pantai Morib nie. Tak sangka la pulak dah cantek mcm gitu. Meriah sungguh dgn tiupan angin pantai yg sgt best. Amsyar dan Ryann (sepupu amsyar) sgt hepi bermain tiup2 buih sabun bubble bubbles tu. Tak payah tiup pon sbb angin pantai agak kuat. Punya jauh terbang buih2 tu sampai ramai pakat dok tumpang sekaki main buih tu ha. Huh...kalau la ada kamera...

Huwaaaa......kamera takde la pulak. Iema  adik ipar aku tu pon tak bawak kamera. Sangat sadis, ok. Banyak moment2 best tak dpt dirakam. Tetiba pulak kamera jadi sgt penting. Sejak aku rajin tulis menulis nie. Huhu.

Anyway, kamera aku dah rosak. Banyak tahun dah kamera aku tu berkhidmat, tau. Nak repair balik pon kosnya mcm nak beli kamera baru. So,kena menabung untuk beli kamera baru. Aku takde la nak beli cenggini...

 gambo Ryann yg diambil menggunakan kamera DSLR Canon adik ipar aku. Harganya 2k. Huhu...tumpang2 jer la aku nie.

Atau pon yg nie...
gambo Qisya yg diambik menggunakan kamera DSLR Nikon adik aku yg berharga dekat 6k. Mak aiiii pak su.... lagi la aku tak mampu. Sob sob....(nak nanges dengo ghegenye..) Tapi bila tengok gambo2 cantek kamera DSLR nie boleh meleleh ayo lio...ater...dah cantek bebeno. Ekeke..

Aku nak kamera digital biasa jer. Yg ringan, nipis dan mudah dibawa ke mana2. Senang aku nak snap dgn segeranya. Tapi gambo yg dihasilkan tak mengecewakan. Sape2 ada kamera yg mcm aku nak nie contact2 la aku kalau rasa nak jual. Ada tak?? Ada??


 Gambo terakhir dari kamera aku tu. Dah berbelang2 ingat bateri yg habis, rupa2nya dah nazak. Sedih wooo.....dah la event penting family pulak tu. Tak per la...moga murah rezeki dpt kamera baru. Nak tanya lagi, ada sape2 nak jual kamera tak? Ada??? Murah2 jer tauuu.....


Ate....mcm sengkek beno le tukang tulis blog nie. Hahaha.....buat masa nie memang pon. So, order2 la VCO Catalyst aku tu. Pastuh promote kat kenkawan ye... :)

Saturday, 26 March 2011

TegHuiH = TeRuS

Dah tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah? Best, kan? Sebelum nie aku tak pernah layan movie2 Mamat Khalid tu. Bukan apa, aku susah sikit nak faham lawak dia. Tapi citer hantu Kak Limah nie aku layan la pulak. Bukan sbb yg berlakon jadi hantunya Kak Dalima org kampung aku tu, tapi ceritanya mmg best. Rasanya, ini movie terbaik Mamat Khalid kot.

Mesti semua yg tengok ingat perkataan 'ce citer...ce citer ' dgn 'kite bakor jer' ... ce di situ bermaksud 'cuba'. Perak agak unik sikit loghatnya. Kalau belah2 Perak Tengah mcm daerah 
Parit, Bota  perkataan yg berhuruf 'a' di belakangnya disebut 'e' mcm kita sebut huruf e dlm perkataan epal. 'Nak ke mane tu?' Sila sebut sekarang! Kelakar, kan? Ekeke..

Tapi kalau area Kuala Kangsar, Sungai Siput, Ipoh dll, huruf 'a' kat hujung perkataan disebut mcm orang Selangor jugak. Saye, die, bile... biasa la tu kan. Cuma, loghat Perak nie byk guna huruf ghain jawi tu. Kalau ada huruf 'r' di awal/tgh2 tengah2 perkataan tu, siap la. Jadi la deghaih = deras, 
ghebut=rebut dll. Nanti kalau ada citer best dgn vocab2 Perak nie aku buat entry lagi.

Nie aku nak citer pasal Amsyar. Satu hari tu, aku bebelkan dia pasal apa aku tak ingat dah. Entah macam mana, terkeluar la perkataan teghuih kat dia. 

Terus dia cakap, "Mama, bukan teghuih la, terus!" Aik?? Nyampuk pulak, siap sound2 aku pulak tu. Ini sudah lebey...terus aku jawab. "Mama bukan orang Selangor. Mama orang Perak." Nak tau budak kecik nie menjawab lagi? Dia kata, "Mama bukan orang Selangor, Mama orang Islam!" Punya nak menang sampai lari topik. LOL......

 

Friday, 25 March 2011

KaDanG2

Bergembiralah dgn pilihan Allah untuk anda,
sebab anda tidak tahu tentang maslahat (kepentingan) yg tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesusahan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan. Petikan kata2 hikmah 

Kadang2 bila rasa tak best, sgt susah nak pujuk diri. Semua jadi serba tak betul dan tak kena. Maka wujudlah kata2 kalau ...kalau itu...kalau ini.. Jahat betul syaitonirrojim tu kan?

Aku yg hanya manusia biasa nie pun tak lepas drpd b'perasaan begitu. Bagi aku yg bukan dtg dari golongan ade2 atau urban2 gitu mcm blogger2 femes yg aku suka baca tulisan mereka, kadang2 rasa kecik jer diri ini. Alangkah bestnya baca betapa bahagianya hidup mereka. Makan sedap2, melancong ke luar negara, shopping itu ini. Dah la gitu, nmpk serba sempurna segalanya. Telan air liur je la aku yg baca ni. Huhu. Padan muka aku jugak, suke beno layan blog! Hahaha... 

Tak apalah, dah rezeki mereka. Aku kena selalu pandang pulak orang yg jauh lebih susah selepas ini. Supaya lebih bersyukur dgn kehidupan sekarang & menjadi motivasi utk maju di masa hadapan.

Walaupun kadang2 rasa tak best, especially tentang rumah yg aku duduk sekarang....tengoklah apa yg Allah bayar untuk ubat gundahku itu...

 Jalan menuju ke rumahku

 Bukan kat Jepun ye..

Cantek, kan? 

Hari tu, sambil duduk tunggu van sekolahnya sampai, tiba2 Amsyar bertanya.. "Pokok apa nie mama?" sambil merenung bunga2nya yg gugur di atas keretaku. "Tabebuai Pentaphylla." Amsyar senyap. "emmm....nama melayunya mama tak tau."  sambungku lagi. Ekeke....dah tau dia mesti pening dgn jawapan aku tu. Sibuk nak jawab jugak. Nak jadi ibu yg baik le katakan...

Pokok yg dimaksudkan oleh Amsyar. Bersebelahan blok rumahku. Kayu panjang tu entah siapa letak bendera politik. Sabo jer la.

So, kalau tiba2 nanti rasa tak best lagi pasal rumah, ingatlah pokok yg berbunga cantik nie. Sekurang2nya bila musim berbunga, pemandangan jadi indah. Itu pun rezeki, juga kan?


Thursday, 24 March 2011

AisKriM StraWbeRRy SuKaHaTi

Kalau dalam fridge tu masih ada aiskrim vanilla yg tak berapa laku untuk dimakan begitu jer, apa kata kita upgrade sikit bagi selera untuk dimakan. Ala2 Baskin n Robbins gitu. Nak??

Mula2 bubuh aiskrim dalam mangkuk. Kalau ada aiskrim coklat, letak sekali la dalam mangkuk tu. Kalau ada biskut oreo, hancurkan dan taburkan pada aiskrim tu. Pastu, siram atas aiskrim tu jus strawberry pekat. Ikut sukahati siapa yg nak makan aiskrim tu. Last sekali....susun buah strawberry segar atas aiskrim tu. Sukahati jugak nak letak banyak mana.
Tadaaaa......


Huh? Apesal tak cantik? Takde oreo..takde aiskrim coklat.Hehe.
Tapi tetap sedap bila diletak pes strawberry. Yummy..... 
Siapa takut gemoks sila abaikan cadangan ini...ngeh ngeh ngeh....

Wednesday, 23 March 2011

TiPah TerTiPu

Hari tu, masa jalan2 kat pasar malam Berinchang tu kan...
aku nampak ada sejenis buah yg dijual kat pasar tu yg belum pernah aku tengok. Buahnya besar, berkulit licin dan berwarna hijau yg sgt cantek. Kalah warna epal Granny Smith tu tau.
Tapi, aku tengok gitu2 jer. Ramai gak yg dok beli buah tu. Tak berminat aku nak singgah tanya harga atau belek2 buah tu. Maklum la, tak rasa nak beli pun.

cantek tak buah nie. Licin sungguh kulitnya.

 Tak sangka pulak adik ipar aku beli buah tu. "Cho try la buah nie. Nama dia jambu perisa epal". Ha? buah boleh ada perisa2 buah lain ka? Waahhh...pandainya diorang nie create hybrid buah. Dah mcm orkid pulak buat hybrid macam2.

Siyes kagum aku nie. Sebagai orang paling terel bab2 pokok& buah dlm family aku..(dalam family aku jer tau...jgn ngengade kata aku poyo...hehe) rasa agak tertinggal pulak pasal buah nie. Pastu aku potong la buah tu. "Awat keras buah nie? Macam jambu batu la pulak.."

 "Memang jambu batu ponnn..," jawab Yong. %^&%*%*! dalam hati aku. Caiitt....mati2 ingat buah hybrid bagai. Macam mana la aku tak fikir mcm tu. Buah nie mahal. Rm8 dua bijik. Rupa2nya buah jambu batu yg direndam air gula, pewarna & perisa jer. Nasib baik diorang tak tau apa dalam kepala aku tadi tu. Sungguh mengganggu reputasi aku, tauuu....bikin geram jer. Hahaha..

Tapi tak per, bukan aku yg tertipu. Tipah tu ha.... LOL..

Tuesday, 22 March 2011

CameRoN HighLanD Mac 2011

Qisya yg tgh muncung tahan mengantuk di pasar malam Berinchang

Sambung balik citer percutian kami di Cameron Highland minggu lepas. Sampai2 jer di depan Shasta Apartment Strawberry Park Resort tu, Amsyar terus bagitau abah dia yg dia dah tak pening. Eceh! Dan dan tak pening pulak dah. Tapi bagus pun. Tak payah nak layan rengek sana rengek sini. Buat spoil aku yg tengah hepi jer. Kuikuikui..

Tak berapa lama lepak2 kat apartment tu, adik-beradik aku dgn family masing2 pon sampai. Waaahhh....masing2 bawak beg kontena beso. Macam nak bercuti berminggu2. Hahaha...

Riuh rendah apartment tu dgn suara budak2. Amsyar hepi sgt dpt jumpa sepupu2 dia. Maklum la..susah nak jumpa. Bagi can la kat diorang. Nama pun bercuti, kan? Kami tak keluar makan pon sbb bawa makanan siap2 dari rumah.

kek coklat moist cheese yg sgt sedap hasil tangan adikku Chik. Makin terel masak minah nie..hehe.



Nasi lemak Yong yg terbaekk.....

Makanan banyak sgt sampai penuh meja makan. Tak dapat la nak tunjuk kek pelangi Chik yg cantik & sedap, muffin Yong yg cute & yummy, cekodok pisang Mak yg super delicious dll sbb lambat nak upload gambo satu hal, kang teringat2 nak makan lagi la la tu jugak satu hal pulak. Mana nak cari weiii....ekeke..

Tengah dok sembang2, makan2...tetiba pulak hujan. Adehh...kecewa betul nak pegi jenjalan petang tu. Lepak kat bilik je la jawabnya. Yang jadi driver semua pakat tido. Weiii.....susah payah putar streng naik gunung ganang, nak membuta jer pulak....rugi betul. Hujan pulak jenis renyai2. Memang lambat reda. Tapi dah pukul 5 ptg, hujan pun berhenti. So, apa lagi...siap cepat2 keluar pi Berinchang.

Budak2 seronok berkelah kat balcony apartment.

Qisya bersama aunty2nya sebelum meronda pasar malam.

Malam tu lepak berkumpul ramai2 jer. Esoknya check out pagi2 sebab nak jalan2 dan terus balik. Baru tau yg diorang nak ikut balik Port Klang. Nak lepak rumah kakak aku yg tak dapat ikut sekali ke Cameron Highland. Caiiitt...patut la beg beso2. 

Posing2 sebelum meninggalkan Strawberry Park Resort.

Seronok nampaknya ye Qisya? Kat strawberry farm Healthy. Menikmati aiskrim strawberry. Best.

Strawberry celup coklat. Sedapnyeeee....

Lepas lepak2 kat strawberry farm, pegi shopping kat Kea Farm pulak. Diorang la. Aku taakk...hehehe. Dah abes shopping2 baru masuk ke Boh Tea Plantation. Lokasi mesti lawat. Dah berubah makin cantik pulak kilangnya.

Amboi Mia...bestnya ada 2 abah. Terlompat2 budak korea nie. Arasso aje..ekeke..

Cuti sekolah biasa la. Ramai pelawat.

First time Amsyar masuk kilang. Tekun betul perhati mesin & pekerja tu buat kerja. Suruh posing kejap buat muka boring pulak..

Indahnya.

Indahnya.

Banyak gemoks itu jari2. Wakaka..

Lepas jalan2 & posing2 sampai penat kat ladang teh tu, kami bergerak pulang. Sebelum tu singgah pulak ke Butterfly Farm.

Ambik2 gambo lagi. (Waaahh...mcm dah pro la Pak Su..)


Posing2 lagi. Si mata kecik & si mata beso. Yg mata kecik dipanggil Cho. Yg mata beso dipanggil Chik. Ironi sungguh! (sat! rasa nak gelak guling2)...hahaha..

Amsyar & Remy bersama katak besar. Mia tgh dok perati katak tu.

On the way nak balik tu, kami singgah beli petai kat orang asli. Mahal betul. Aku tengok ciput jer petainya tapi rm11. Beli jer la sbb konvoi kami dah berhenti depan gerai dia.

Anyway, family panggil adik aku Chik sbb dia tu adik/yang kecik. Takde kena mengena dgn mata beso dia. Hahaha...


Sunday, 20 March 2011

PerJaLaNaN ke CaMeRoN HighLanD

Cuti sekolah datang lagi. Yeayy!! Aku yg seronok, ok! Bukan Amsyar & cousin2 dia jer. Melampau betul...ekeke. Aku memang kaki meronda pun. Tengok kat tapak kaki ler beb...punya besor taik lalat tu..ngeeee. 

Anyway...kitorang (my siblings & me) decide cuti sekolah Mac nie pegi Cameron Highland. Hajat nak pegi sabtu ahad jer. Tapi mana boleh...depa kat Kedah nun sekolah hari Ahad. So, we all kena tunggu cuti sekolah ler. Ramai2 dapat bercuti bersama2 lagi best. Walau pun tau cuti sekolah memang jam teruk kat Berinchang tu ha. Takper, kita bagi geng Kedah yg tak kena jam tu merasa pulak. Kita yg dok kat Lembah Klang nie dah lali dah....ekeke..

Posing jgn la buat muka boring Adik yer..

Kami bergerak dari rumah kira awal jugak la dlm kol 8pg gitu. Singgah bekfes kat Mc Donald Highway NKVE. Hujan lebat time tu. Risau gak kot2 naik bukit bukau tu hujan. Nasib baik elok jer masuk exit Tapah dah tak hujan.


Cuaca elok jer sepanjang naik bukit bukau tu. Sempat singgah Lata Iskandar dan ambik2 gambo. Selama nie tiap kali pegi Cameron Highland x pernah singgah pon. Hari tu singgah sbb nak elak budak2 nie pening. Kang uwek2 dlm kete kang, aku jugak yg susah. Masa nie Amsyar kata dia tak pening tiap kali ditanya.Tengok la posing. Lentok sana sini bagai. Ceewaaahhh...ye la tu. Pastuh...


Ha...ini ler muka orang yg kata tak akan pening tadi tu. Hahaha...asik merengek cakap pening jer...so kitorang stop lagi. Kali nie kat Cameron Valley pulak. Yg Bharat Tea tu. Amsyar takde mood dah nak bergambo. So, aku snap la apa yg patut kat situ.


Amik gambo di dalam kehijauan pokok teh & pokok2 yg cantek. I like..hehe.


Tersnap pulak gambo Qisya tgh tarik rambut abangnya. Yg Amsyar pon pasrah jer. Jgn marah yer bangg...adik nak tolong legakan pening abg jer...hahaha...

Air mineral perisa strawberi. Ok gak rasanya.

Dalam kol 1 tgh hari gitu, adik2 aku dah call ckp diorang dah sampai kat Berinchang.(Diorg ikut jalan Simpang Pulai). So, cancel jumpa kat Tanah Rata suh diorg pegi Strawberry Park terus sbb bilik dah siap takyah tunggu check in kol 3 ptg. Waaahhhh......sgt hepiiii....nak jumpa Mak!! Rindu sangat2...

Lobby Strawberry Park. Dulu2, ini adalah banglo milik Jim Thompson yg dikatakan hilang dlm hutan. Boleh baca kat buku2 yg ada kat lobi tu.


Check-in di Strawberry Park.

Qisya amik kesempatan golek2 dulu atas katil. Suke beno dia...ekeke..

Rombongan cik kiah dah sampai di Strawberry Park..hehe

Akhirnya menjadi jugak plan kitorang nak bercuti ramai2 ke Cameron Highland. Lama woo aku dok rancang percutian nie. Tahun lepas tak menjadi sbb yg jadi cik kiahnye peknen dan kena alahan teruk pulak tu. Dah asik kuar masuk wad tak dapek la nak pi jenjalan. Tu yg kali nie dpt join pegi aku sgt hepi kalah kot Amsyar tu rasanya ...hahaha..

Monday, 14 March 2011

Aku BuDak LandSkap

Aku nie banyak minat. Tapi bermusim2. Warna pun begitu. Lepas satu, satu jenis kaler yg aku ekstrem suke. Time bekenan biru, sumer benda kalau boleh nak warna biru. Time hijau tu, sumer benda nampak cantik kalau warna hijau. Pastuh Pink, pastuh maroon....b'tukar2 la warna kegemaran aku tu. Sekarang nih, tak abes lagi musim warna coklat. Yg nie lama. Sejak 4 tahun dulu kot...hehe..

Ini aku nak citer satu musim feveret aku masa zaman bebudak dulu. Musim tanam pokok2 konon2 nak buat taman. Projek cuti sekolah ler nie. Nak buat taman astakona sendirian berhad. Kekonon yer....hahaha.

Aku sanggup redah semak cari pokok2 yg aku rasa cantik. Heran gak aku kebun2 area kampung aku tu banyak pulak pokok keladi yg cantik2. Macam2 jenis keladi aku angkut balik. Pastuh aku tanam mana2 botol2 minyak yg paling besar/ tin2 susu kosong anak sedara
aku yg dah tak digunakan lagi. Atas tanah pun aku tanam sekali di taman astakona tu. Cewaaahh...rasa mcm cantik la taman aku tu.


Tapi kaaannnn.....tengah best2 bercucuk tanam tu. Mak aku sound aku...."pegi buang balik! habih laman nanti dgn pokok keladi gatei tu. Buat semak je nanti. Bukan senang nak buang kalau dah merebak'.......eeeee......geram betul dgn mak masa tu. Nak berkreatif sikit pun tak boleh. Huhu..

Tapi budak degil nie buat derk jer. Walaupun hari2 mak bising pasal pokok2 aku tu. Cari2 pokok lagi. Tanam lagi. Mintak anak2 pokok kat mak kenkawan lagi. Tanam lagi. Hehehe....bahagia woooo...ala2 terapi minda masa tu kekononnya. Kah kah kah...


Pastuh aku dpt tawaran masuk sekolah berasrama kat Ipoh. Camne pokok2 aku nie? Jauh sekolah aku tu. Sape nak tengok taman astakona aku tu? Huwaaaa.....terpaksalah aku tinggalkan taman aku yg aku konpom mak aku dgn senang hatinya memusnahkan taman aku tu. Pasrah jer la akhirnya masa hari aku nak berangkat ke Ipoh tu. Huhu..


 Jenis keladi merah yg aku jumpa dlm semak.
 


 Pokok nie la yg mak paling tak bekenan tu.



 Yang nie pon. 






Pokok lidah jin nie pon. Huhu...banyaknya mak tak suka






Ini pon...mak kata susah nak buang. Ala maakk...cantek laa pokok nieee..






Mak musnahkan tanaman aku tapi tidak untuk pokok keladi hitam nie. Ini la satu2nya jenis pokok warisan dari taman aku tu yg wujud sampai sekarag. cantik elok jer dalam pasu kat tepi rumah mak. Kambing ayah dah takde. Mcm2 jenis pokok mak tanam.

Akhirnya aku berjaya jugak menempatkan diri di IPTA utk jd budak landskap. Aku dah kenal pokok2 kat atas tu. Takde la aku panggil semuanya pokok keladi. Ada syngonium, caladium, diffenbacchia, scindapsus aureus dll. Tapi sekarang tak jadi arkitek landskap ponn.....hahaha...

*semua gambar credit kat empunya gambar carian google




JanGan BeRseDiH

Nak share kata2 hikmah dari buku 'Jadilah Orang Yang Paling Bahagia'

Berimanlah, kerana iman boleh menghilangkan 
keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah penyejuk hati bagi orang2 yg mengEsakan Allah dan hiburan bagi orang2 yg suka beribadah.

Apa yg telah berlalu, biarlah ianya berlalu. Apa yg telah pergi, biarlah binasa. Jangan difikirkan apa yg telah berlalu kerana ia telah pergi dan lenyap.

Redhalah dengan takdir yg telah ditentukan dan rezeki yg telah diberi itu dengan hati yg terbuka. Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkan berkeluh-kesah.

Sunday, 13 March 2011

Ronda2 Melaka OktoBeR 2010

Melaka Bandaraya Bersejarah.
Ini cerita Oktober 2010 lepas. Ada family day opis tapi kitorg pegi sendiri. Ada baby susah la nak join sekali naik bas. Paham2 jer...kang melalak dlm bas m'ganggu ketenteraman awam pulak,kan? So aktiviti sendiri lebih santai dan bole la  bajet masa sendiri. 
Lambat buat entry. Blog pun baru dlm pembinaan.
Tapi nak cerita jugak. ...ekeke.



Budak paling hepi dapat pegi jenjalan. Yang sengih2 sampai kembang hidung tu nape Amsyar oii.... Masa nie kat RnR .

 Dah sampai kat kaunter Duck Tour. Tunggu rombongan yg naik bas belum sampai2 sbb bas rosak. Qisya kena pakai bib sbb asik muak jer. Baru 4 bulan dah bawak jalan merata. Yg abahnya...anak dah tertutup muka dgn topi tu tak pasan ke? Adoyaiii...

Dah naik Duck Tour. Masa kat atas jalan raya tak best sbb slow sgt. Time dah jadi bot baru best. Ini kenderaan 2 alam. Katanya berharga rm2 juta. Mahal beb...tu yg tiketnya pon rege cantik gak tu..huhu..

 Pastu naik Menara Taming Sari pulak. Mak aiii....punya la ramai manusia. Qisya pulak asik melalak jer. Rimas gamaknya. Pastuh staff Menara Taming Sari suruh duduk kat tempat staff bahagian depan sekali. Alhamdulillah kat situ ada bangku boleh duduk siap ada kipas lagi. Selesa tunggu giliran kat situ sambil tunggu giliran group kitorang. Staff tu kata, aritu saja ada lebih 60 group yg nak naik Taming Sari tu. 

Lepas makan tengahari kat Dataran Pahlawan, (Mc D jer pon sbb itu yg nampak dulu..dah lapo hentam jer laa...hahaha) terus cari hotel Malacca Straits tmpt kitorg check in.

 Ini la bilik kami. Luas & selesa. Tingkap tu menghadap kolam renang. Happy...

 Amsyar tgh x sabo nak mandi kolam renang. Qisya baru abes menyusu. Mamanya nak rest kejap sambil tunggu kenalan internet yg dah mcm adik sendiri. Jumpa sbb sama2 geng Joongboer Malaysia. 
Tak ambik gambo kat kolam renang sbb terlupa bawak turun kamera masa tu...gambo adik tu pun tak sempat ambik..huhu..

 
Malam tu naik river cruise. Best gak la tengok lampu2 kiri kanan sungai. Spt biasa, Amsyar la paling excited. Lepas tu jenjalan Jonker Walk pulak. Tak beli apa pun...jalan2 sampai letih jer..hehe

Esoknya lepas checkout, pegi Zoo Melaka pulak. Time nie mood budak kecik ni ok .  Senang sikit nak bawak ronda tengok binatang. Tp sbb tak bawak stroller & zoo nie agak luas, kitorg decide naik tram jer la. Kena bayar rm2 sorang.

Amsyar yg tgh x sabo tunggu tram tu siap panjat palang kat tmpt tunggu tu.

Muke pueh ati giler lepas naik mcm2. Mama...minggu depan kite dtg sini lagi ke? Bestnyeee.... Eceh!!!