Friday, 29 April 2011

BuTiK2 TuDunG

 Hari tu ada budak2 dari Ree's Skin datang opis promote Ree's Skin facial. Ayat punya baik sampai ramai la kenkawan nak pegi buat facial. Harga murah, muka nie pun dah lama tak facial, apa lagi.. aku pun terjebak sama la. Geram dgn bebudak tu. Pandai betul promote sampai aku pun tergoda. Kalau tolong jual VCO aku tu bagus gak nie..copek mocik kayo...kikiki..

So tadi siang sempat la gunakan satu kupon. Pampering Eye. Punya la syok sampai nak tertido2. Urut2 mata & kasi mask sama dia. Macam facial jugak tp utk mata je. Tapi lastnya agak pedih sikit. Entah apa dia sembur kat mata tu tak tau la. Pastu amoi tu asik2 promote suruh ambik package facial. RM700....mak aiiii...tunggu aku jd datin le amoi oii. Hahaha.....tak koser den.

Biasa la hari Jumaat kalau keluar, mesti la nak ronda2. Destinasi ronda hari nie nak buat butik tudung walking. Takkan nak blogwalking je kan? ekeke..

So, destinasi pertama...kitorang ke Butik Alya Sarah. Jeng jeng jeng..
*carian google

*carian google

Takde yg menarik hati kat sini. Belek2 sekejap lepas tu ke Hajra pulak.
Butik Hajra. Carian google.

 Kat sini banyak pilihan & cantik2. Harga pon cantik la juga. Tapi tak rasa tertarik sgt.
 Pastu gerak ke Ariani pulak. Mak aiiiii, punya la ramai orang. Lemas pulak bersesak2 di situ. Ada sorang adik promoter tu cakap, "kak, tudung ni batu schwarovski asli. Tu yg harganya mahal sikit." aku tengok harganya RM275. Terus aku jawab, "ini bukan mahal sikit, ini mahal banyak." sengih je adik tu. Memang cantik, tapi lagi sekali, tunggu aku jadi Datin le ye...kikiki...

 Dah lemas kat Ariani, singgah kat Bellamar pulak. Emmm....biasa2 je. Pastuh nak singgah Fareeda. Tapi Sue ajak ke Pearl Haya dulu baru singgah Fareeda. Haa.....kat sini le. Yg buat hati rasa nak yg tu nak yg nie tu...huhu.

*carian google

 *carian google

  Hoho....sgt gojes ok. Selalu tengok rasa mcm biasa je, tadi dah try2, best pulak. Sangat selesa & sgt sesuai utk aku yg tak pandai lilit shawl nie. Shawl pun minat jugak. Tapi bila pakai, jadi mcm huru hara. Hahaha....
Jadinya, dah tau la apa tudung yg best untuk raya nie...aku nak target Pearl Haya. Target je dulu. Tadi tak beli pun. Yg nie tak perlu tunggu aku jadi Datin. Boleh tabung2 dulu sbb harganya boleh tahan jugak la...huhu. Tunggu ye Pearl Haya....nanti datang lagi...



Thursday, 28 April 2011

TuA CePaT

Amsyar panggil nenek dia Ummi.
Tak nak dipanggil Embah.
Cucu kakak saya panggil kakak saya Ummi.
Tak mahu dipanggil Opah.
Erk! Cucu kakak saya?
Huwaaaaa.......tak moe jugak dipanggil Opah.
Ater, nak panggil apa?
Grandma. Can? Gelimat tak? Kah kah kah..

Qasrina Adliyana. Budak yg buat aku cepat tua. Nama pun dah dekat sama dgn nama Grandma. kikiki.. (sila cari besen, cepatttt!! hahaha...)


Tuesday, 26 April 2011

BLanK

Banyak hari dah mcm nie.
Takde idea nak tulis.
Cerita mcm byk, tapi nak upload gambar menyeksakan.
Punya lambat terhegeh2. Tak larat tunggu la pulak.
Last2 macam ni la.
Jalan2 tengok blog.
Seronok jumpa blogger peramah.
Tak berapa seronok jumpa blog berat mcm2 widget.
Boleh bengong lappy mocik, tauuu...
Tambah2 background hitam.
Mocik nie rabun. Hehe...
Ok. Jom share pengalaman blogwalking bersama2.
Apa yg disukai atau tidak.
Untuk pedoman mcm mocik nie yg baru je nak sibuk berblog.
Komen banyak2 ye... :)

Friday, 22 April 2011

KeDai MaKaN CaNteK

Ini cerita minggu lepas. Cerita hari yg sama jumpa red velvet idaman kalbu. Ada Mesyuarat Agung Puspanita kat SUK sebenarnya. Tu yg ada jualan puspanita tu. Macam2 barang ada dijual kat situ. 

 suasana mesyuarat agung. nampak lawa pulak dewan nie.


sessi makan2. memang suka la. dah habis makan baru posing2 sikit. Tak sempat ambil gambar makanan. Makanan tengahari masakan ala2 kampung.


Pastu, jenjalan kat Plaza Shah Alam. Kat sini, ada satu kedai makan kecik lepak2 minum petang. Sangat cantik kedai nie. Banyak hiasan bunga2 siap sangkar burung bagai. Ala2 mcm drama korea yg selalu kita tengok tu.(pada siapa yg selalu tengok drama korea la..hehe) 


Actually, dah lama jugak berangan nak makan2 kat sini. Tapi tak singgah pun sbb selalunya kalau keluar rehat, mesti la nak makan berat2. Tak main la makan ciput2 tp harga boleh naik semput nak bayar...betul tak? Hahaha...


sila abaikan kami berdua nie. Tengok belakang kitorang. Bunga2 & sangkar burung kat atas nun. Cantik, kan?


Ini makanan yg kami bertiga order. Tiramisu (dlm mug)...cappucino blended, lemon tea, nude caramel (rasa mcm telur setengah masak) & puding roti dlm piring 4 segi tu. Puding roti tu sedap tau...



Siapa2 yg ronda2 kat Plaza Shah Alam nie, singgah2 le kat kedai cantik nie. Tak jauh pun dari pintu masuk utama. Kat sini la kitorang jumpa Linda & Diana Rafar. Comel diorang nie....





Tuesday, 19 April 2011

KeteRuJaan ReD VeLveT

Aku tak pernah nak teringin sgt dgn kek. Selalunya teringin gitu2 je. Kalau tak dpt pun tak apa. Tak kisah sgt. Opis pun dekat je dgn Secret Recipe. Boleh on je bila2 masa. Kalau teringin pun Choc Indulgence tak pun kek 'pull me up' tu.


Februari lalu la aku start meroyankan red velvet. Sejak tengok gambo kat blog nanirostam. (penat cari gambo yg mana, tak jumpa la pulak. korang tengok sendiri la kat blog tu.) Pastu kat nuff nang pun ada ads pasal red velvet masa valentine day tu.


Hoho...kalah dah kek 'pull me up tu'. Kek baru nie nmpk lagi menawan. Nama pun sedap. Aku survey2 harga kat kenkawan yg jadi tokey2 kek. Alamak! Mahal la pulak. Dah letak cheese kat toping dia. Dah sahih le mahal,kan? Takkan nak makan sebiji kot. Aku nak rasa je. (tp tak gigih mencari pon...saje je buat bising dgn kenkawan)...hahaha..


Tak lama lepas tu, cousin aku pulak tag gambo red velvet dr blog inahar. Dia kata nak buat kek red velvet jugak. Caiitt....saje nak bikin angin kat aku yg takde oven nie. 

*credit to blog inahar


Dipendekkan cerita, selepas sibuk dok kecoh pasal red velvet seantero kenkawan & kaum kerabat, akhirnya pd hari Jumaat lepas terkesima la aku melihat red velvet yg diidam2kan.

 Sangat cantik, ok. Beria-ia ambek gambo keliling tempat kek nie mcm jakun je. Hahaha....


Apa lagi ...beli, la kan. Dah lama teringin red velvet yg indah menawan nie. :P

yang aku rembat. Sepotong je.


Dah rasa kek nie, takde la nak kecoh sgt dah lepas nie. Rasanya ok la jugak. Nama sedap, rupa pun cantik mmg padan la nak kecoh pun. Ntahapehape, kan? Besar betul kuasa gambo sampai aku teringin kek nie mcm tu sekali. Hehe. Oh ye...kek 'pull me up' tu kek tiramisu. Feveret aku. Tapi yg kat Secret Recipe je. Yg lain tak best. 

Dah dapatkan red velvet korang???

Thursday, 14 April 2011

SiBuK NaK BeRbloG JuGaK

Semalam, kan.
Saje2 serius sikit b'blogwalking.
Tu yg tak buat entry tu.
Stop jap story mori yg nak diceritakan.
Pi jenjalan merata.
Sambil mulut ternganga.
Terkagum sangat.
Ater....cantek bebeno la blog korang.
Jauh beza dgn blog teman.
Rasa nak nanges pulak. tsk..
Blog mcm x de entry menarik.
Mcm meroyan sorang2.
Tak pe kot.
Baru2 lg cenggini le gamaknya.
Terima kasih pd yg follow.
Korang mmg sporting kat newbie mcm teman.
Terharu tau...

Tuesday, 12 April 2011

SaYa BeLum CeMerLanG

Mana best keje gomen atau keje kilang? Ok. Jawab sendiri le. Pengalaman masing2 manalah nak sama. Ye tak?

Nak citer sikit....dulu2 kan. Arwah ayah cukup kagum sgt dgn anak2 org lain yg jadi cikgu. Tiap kali balik kg, ada je nak citer pasal anak si polan si polan yg jd cikgu. Bangga betul mana2 anak sedara dia yg masuk maktab jd cikgu. Abg aku pon asik tanya, 'kamu tak mintak keje tetap ke?' bukan setakat tension, sedey tau. Aku tau la aku minah kilang. Sob...sob..

 Tapi kilang pon bukan sebarang kilang, ok. Antara the best employer of the world tu. Bukan Malaysia ye. Worldwide. Cuba check korang guna cip/otak komputer brand apa. Itu le kilangnya. Waktu org gomen baru nak bangge2 sikit guna thumb print, tmpt aku keje dulu cuma lalu bawah portal check retina mata je.  Tp tetap nmpk mcm tak best gamaknya. Keje gomen lg best. Huhu...sabo je la.

Tadi siang....ada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kat tempat keje aku. Sambil meraikan kawan2  yg dpt anugerah, dpt makan2 sambil dengar nyanyian penyanyi baru tmpt keje aku. Sedap la pulak suara dia nyanyi lagu Anuar Zain & Hafiz tadi. Siyes best. 

bersama salah seorg si penerima anugerah drpd jabatan aku. Cayalah Nor! Tahniah... (yg lenlain interfrem ye...)

ada sorang tu besday gal hari nie. Harus tempek kat sini. Hehehe...

hidangan di majlis tadi. Ok gak la. Makanan ala2 kg.

Masa keje kilang dulu, pernah gak la terima Worldwide Divisional Award. Bangge betul dpt plak kayu b'tempek tembaga tu. Susah2 je very big bos kat US nun dtg ke Penang. I luv u Craig Barret!!! Ekeke....
Kat gomen nie jgn tanya. Belum cemerlang. Hahaha...

Sunday, 10 April 2011

SaYa SaYanG SaRawaK

Uik! Apesal tetibe pulak sayang sarawak nie? Mcm mane la tak sayang...lately nie byk iklan, byk rancangan tv dok citer pasal sarawak. Lagu2 utk sarawak pon bukan main sedap lagi ha. Kat tv swasta siap ada siaran langsung, kat tv kerajaan apatah lagi.

Abih yg 13 negeri tu tak sayang ke? Tak aci laaaa....aku nak cakap jugak saya cintakan Perak, saya sayang Kedah, I luv Selangor. Camno tu? Ekeke... jgn sape2 buat tak paham, ye? Tak paham jugak ketuk2 sikit kepala tu. Pasal election la apalagi. Skrg nie byk goodies & cekedis utk sarawak. Sayang beno kat Sarawak. Tak pe la. Rezeki rakyatnya.

Jgn berangan aku nak tulih bab politik daring2 kat sini. Tak cukup keberanian lagi mcm blogger yg otai2 tu. Ekeke... (penakut wehhhh) Dulu2 aku minat le politik2 nie. Sekarang nih dah kureng. Aku tak tau negara nie perlukan pembangunan yg mcm mane lg. Pada aku, lagi m'bangun, lagi maju sesebuah negeri tu, makin b'tambahlah golongan miskin bandar.


Contohnya mcm aku nie. Laluan dr Puchong ke Shah Alam, takde yg free. Elak le mcm mane, mesti b'tembung tol. Ye, duit  tol je beratus sebulan. Itu aku sorang. Huhu.....   Ok. Jgn fikirkan ke mana duit tu pergi. Itulah hasil pembangunan dan hasil status negeri maju.


Good luck le org sarawak. Kami sayang sarawak. Moga2 pemimpin yg dipilih dpt buat bangunan ala2 KLCC jugak kat sarawak. Sekarang nie mintak je. Orang tgh sayang katakan.....


Status hubby kat fb yg buat ramai like.

 berakit-rakit ke hulu,
berenang2 ke tepian,
RON 97 naik dulu,
RON 95 naik kemudian.
 
 hambek...sampai berpantun2 cik hubby...ekeke..

 


Saturday, 9 April 2011

SizzLinG Mee MakSu

Amboi2...adik ipar aku yg duduk kat Kulim nun tagged gambo sizzling mee yg dia dok buat kat fb.

Hoho...nampak sedap, ok? Tingin la pulak..huhu. Siap beli hot plate yg tak tahan tu. Sape nak tau, rege dia dlm rm20 sebiji. Rumah baru, dapur baru, alat2 masak sumer baru. Makin rajin depa nie masak-memasak. Takpe...bulan 6 nnti rombongan cik kiah dr Lembah Klang pulak menyerbu rumah baru kat Kulim tu. Hehe..
 
Nak tunggu pi Kulim nun lama sgt, so aku mintak la resepi kat Maksu  yg chomey nie. Ekeke.... (bodek sikit sbb mintak resepi). Sbb Maksu takde blog, aku pon tenyeh kat sini jer la. Boleh kongsi2. (yg benonya, aku takde idea nak buat entry hari nie....wakakaka..)
 
Takpe, sharing is caring, kan? Jom kite tengok resepinya..


Resepi sizzling mee
bahan2( Untuk 2-3 org makan)

2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan (klu xde pun xpe)
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (bergantung pd kepekatan yg kt nak)
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara 
1.Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya. 
2.Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk. 
3.Masukkan 2 cawan air. 
4.Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. 
5.masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min. 6.Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7.Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8.Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.(nk lg sedap tmbah telur)

Note:Klu xde hot plate buat dlm kuali pun bleh tp jgn msk lama sgt tkt mee kembang
-Klu nk msk dlm hot plate,msk kuah asing dulu dlm periuk then baru ltak mee dlm hot plate trus tuang kuah je smp mee msk.
-Selamat mencuba-

Mak aii.....panjangnye maksuu... Ini dah tak simple dah nie. Hahaha....mau tak try dulu cenggini. Tunggu maksu yg masak jer laaa.... (alasan orang vitamin 'M' nye lebih!) Wakaka...tq maksu...luv u...muahs!!

Friday, 8 April 2011

BuAh CeRpU

Nak citer sikit pasal sejenis buah yg dipanggil buah cerpu. Tapi kalau orang Perak, disebut buah ceghopu. Sebut betul2...ce..gho..pu! Kikiki...ghase macam nak bukak keleh loghat Peghak pulok. Mane idoknye, musim ce citer...ce citer tak abeh lagi. Ate...glemer la pulak p'kataan2 dlm skrip citer hantu kak limah tu ha. Kat mane2...abeh ler oghang Selangor ke, oghang Kedah  tetibe pulok nak cakap Peghak. Bio le. Oghang kate 'sharing is caring'....

Ate...teman nie tak abeh la pulok nak menghepek kat sini. Oghang kate syok sendighi. Lantok le. Blog teman, suke ati le ye dak? Laki teman pun tak bace blog teman, yg kome ngenden blog teman nie pase? Takde koje ye? Kah kah kah.....udoh le. Meghepek je nie. Jom teman citer balik pase buoh ceghopu.



Tuko slang balik ye. Hehe. Buah cerpu nie banyak tumbuh kat kebun durian arwah mak angkat aku. Senang betul pokok nie membiak. Dah tebang pun, ada je tumbuh balik. Rupa buah nie mcm buah pisang kaki. Rupa jer la. Rasanya sangat kontra, ok. Buah nie masam. Aku suka petik yg dah kaler oren sbb rasanya ada manis sikit. Takde la masam berdengung mcm yg berwarna kuning.

Dah lama aku tak nampak pokok nie. Apatah lagi nak makan buahnya. Jgn pupus sudah la. Kesian generasi akan datang. 
*gambar ihsan google

Wednesday, 6 April 2011

KePerCayaaN

Kesian Amsyar. Dulu, masa aku kecik2/zaman sekolah rendah, bukan aku explore flora fauna kampung aku je, kampung sebelah pun aku redah jugak. Kadang2 sampai melepasi byk kampung. Punya jauh la aku pergi bermain dgn kenkawan dah mcm dora explorer jer dah. Hahaha..

Tapi itu dolu2. Zaman di mana anak si polan si polan, satu kampung kenal. Tak kisah sgt pon mak bapaknya. Time Maghrib jer mesti balik rumah. Pastu, zaman tu takde lagi kisah culik bebudak ke, budak hilang ke....rasa selamat je. Aku pon masa tu takut hantu jer la pun. Tu pasal boleh merayau jauh2 tu. Time Maghrib je baru balik. Hehe... 


Kalau nak tido rumah kenkawan pon mak kasi. Tp yg best fren2 je la. Best betul. Lepak main ramai2 tepi bendang, tepi sungai, tepi kebun getah tepi tali air sambil main masak2. Selalunya masak Maggie. Hahaha....


Tapi itu dolu2. Mak aku sporting bab itu. Lagipon aku nak main apa, mana ada internet time tu. So, kena explore sendiri je la. Tiba masa aku pulak jadi mak... semua apa yg aku buat di zaman kanak2 aku dulu tu adalah very big NO. Bukan sbb duduk kat bandar je dah konfem sumer benda tu tak boleh dibuat, tapi bila balik kampung pun aku tak bagi. Especially tepi sungai rumah mak aku tu. Rasa bimbang serba serbi. 


Jadinya, Amsyar hanya bermain di tingkat rumah kami je. Tak berani aku nak lepaskan dia bermain kat taman permainan kat area rumah aku tu. Kalau pergi sekolah pun berteman dgn kakak2 sepermainan merangkap anak2 jiran. (oh ye....Amsyar agak glemer di kalangan gadis2 kat blok aku tu...ekeke..) Risau aje aku nie. Asik rasa tak percaya jer dgn keselamatan Amsyar.


Tapi kan....dalam masa mak aku percayakan aku pegi jenjalan sendiri masa kecik2 dulu, mak aku tak pernah bagi kepercayaan utk dukung anak sedara aku. Dah darjah 5 pun mak tak kasi dukung. Dia kata, "jatuh anak orang nanti". Ish....geram jer aku. Kenapa la sgt tak percayakan aku. Huhu...


Makk....tengok nie. Amsyar baru 6 tahun tapi dah dukung adiknya yg baru berusia 8 bulan. 


Menjerit Opah kalau tengok gambo nie....hahaha....

Tuesday, 5 April 2011

Qisya DaH BerLaRi

Sungguh aneh.
Merangkak belom.
Tumbuh gigi belom.
Makan bubur nasi tak mahu.
Nak makan nestum je.
Tetibe lak berlari.
Hoho Adeekkk.....
Tak moe ler cenggini.


Aunty kate...
Kalau skip2 proses, nanti ada kekurangan..
kekurangan yg macaammm..
tulisan tak cantek atau yg minor2 gitu.
tapiiii.......
jauh di sudut hati Mama
bab tulisan tak cantek tu takpe kot...
doktor2 kan tulisan tak cantek?

Takpe la Adek...
lari la
lari lagi laju2
Mama dah check...
walker tu selamat!
LOL.....

*mmg Qisya b'lari. Tapi dlm walker je. Ada kamera best nih. Lawak betul tengok kaki kecik tu lari laju2. Hahaha..

Sunday, 3 April 2011

AyaT2 AmSyaR

Kadang2 bila mendengar ayat2 yg keluar dr mulut Amsyar yg baru berusia 6 thn lebih nie, sgt tak t'jangkau di fikiran aku nie sbg ibunya. Ketika entry ini ditulis dia sdg mendengar nyanyian Anuar Zain di Anugerah Bintang Popular.


Amsyar:"Lagu nie best kan mama? Mcm lagu kat wayang."
Mama dia: "Amsyar suke ke?"
Amsyar: "Suke. Best sgt."


Kecik2 dah pandai menilai lagu2 jiwang nie. Paling tak boleh blah, kalau dia m'cuba sesuatu yg baru, topi ke...fesyen rambut baru ke...
sambil membelek2 depan cermin, "Hensem tak??" bertanya kat aku le tu. Adoyaii....beso nie dah boleh gunakan perkataan hensem utk piawaian ke? hahaha..

Ada satu hari tu, dia call opah dia.
Opah : "Adik tengah buat apa?"
Amsyar : "Adik tengah jalan pakai perut."  (qisya belum merangkak lagi.) hahaha....

Saturday, 2 April 2011

KamBen AyaH

Masa aku kecik2 dulu, aku cukup anti dgn kamben2 ayah. Sebab kamben2 ayah tu la, time senja je nyamuk gajah punya la byk masuk rumah. Nyamuk2 tu ikut balik gerombolan kamben2 ayah yg entah merayau ke semak2 mana aku tak tau.


Kamben2 ayah tu la penyebab rumah aku kat kampung tu takde pokok bunga. Yg ada jenis pokok keladi & pokok bunga kertas je la. Paling tak best, kalau nak mandi sungai kena lalu tepi reban kamben tu. Bau dia usah kata la. Menusuk hidung! Kalau dah mandi kat sungai tu, lalu balik tepi reban tu mesti rasa tak best. Mesti mandi kat rumah pulak. Rasa mcm melekat jer bau dia kat badan. Tu sebab dulu2 aku tak makan kamben. Tak suke.

Tapi ayah sayang gile dgn kamben2 dia. Makan dah ler best2. Bersuap pulak tu. Punya la manja. Jeles aku nie. Ayah aku tak suap aku pun. Ekeke... 

Kamben2 ayah nie makan biskut cracker lemak cap ping pong. Feveret aku jugak sampai sekarang.Hehe. Spesel tak? Jgn memain, ayah aku suap kamben2 nie pisang terbaik dari kebun ayah. Selalu aku tengok tu pisang emas dgn rastali yg gemok2 gitu. Bukan yg lembik2 yg dah nak rosak tu. Sabo jer la aku nie.

Kamben2 nie pulak, aku tengok sgt disiplin. Ayah kurung kat reban sampai kol 3 ptg. Pastuh ayah lepaskan. Yg hairan tu, elok jer time nak maghrib, kamben2 nie balik masuk reban. Macam pakai jam jer. Hahaha.

Tapi dalam anti2 kat kamben2 ayah nie, aku pernah jugak nanges pasal kamben2 ayah nie. Ayah akan jual kamben2 nie bila dah beso. Nanti ada la uncle India dtg umah bawak bakul beso naik moto. Bila kamben2 nie kena ikat letak dlm bakul tu, mula la kamben2 tu melalak merayu2. Sedih woo. Mcm nanges aku dengo. Ye la, berpisah dgn family dia mesti la sedih. Aku pon sama nanges. (caiitt...t'pecah rahsia aku nie..ekeke). Tapi siyes...tiap kali ayah aku jual kamben dia, mesti aku sedih. Perpisahan itu suatu yg menyedihkan. Kesian betul aku tengok.

 Jenis kambing yg dibela Ayah. Ensem tak??
*carian google


Sejak peninggalan Ayah, kamben2 ayah nie dah tak mahu membiak. Mak bagi jer kamben2 ayah nie kat pengembala kamben di kg sebelah. Malangnya kamben2 nie mati sekor demi sekor. Tak mahu bertuankan orang lain gamaknya. Huhu...

Sekarang nie, aku dah tak anti dgn kamben dah. Aku dah suka makan lamb chop...kari kamben...kamben golek dll. Kalau ada open house yg jemput aku ada juadah kamben, nescaya mata ini bersino2 suke. Ekekeke.... 

VCO MakaNaN KesiHatan TerBaiK

VCO PURE OIL
RM 39.90 (semenanjung malaysia)
RM 43.90 (sabah & sarawak)

produk ini sangat-sangat berkesan untuk masalah-masalah dibawah dan banyak lagi.ramai pelanggan kami yang berpuas hati dengan kesan yang ditunjukkan dalam jangka masa yang cepat(paling awal 2-3 hari).cuba hari ini!anda pasti akan rasa perubahannya :)

jerawat dan kulit muka berminyak
kitaran haid yang tak teratur
selera makan yg terlalu tinggi
letih dan kurang energy
masalah kencing manis
stretchmarks & tona kulit yg kusam
Tq Niza.
Aku nak tambah lagi. Ini pengalaman aku la ye. Aku nie ada masalah sembelit. Susah beno nak membuang. 4, 5 hari sekali. Tu yg buat aku b'tambah gemoks tu gamaknya sbb lama sgt simpan bhn2 yg sepatutnya dibuang. Sejak aku dah kurang alahan semasa pregnantkan Qisya tahun lepas, aku telan la VCO hari2. Alhamdulillah, sampai sekarang takde masalah nak m'buang. Tiap2 hari, ok.

Pastuh, masa bersalinkan Qisya aku rasa mudah je. Baru bukak 7cm, Qisya dah keluar. Alhamdulillah dipermudahkan. Aku makan VCO jer. Takde Salindah ke selusuh ke...apa2  product lain ke... 

Jadi, begitulah ceritanya. Klik2 la gambo kotak VCO kat tepi blog nie di bahagian atas sekali. Nampak tak? Dapatkan maklumat di http://syacatalyst.blogspot.com dan jgn segan2 call yana atau niza untuk buat tempahan ye. Jgn lupa bagitau kenkawan. :)

Friday, 1 April 2011

MaCam MociK2

Pernah dengar perkataan 'joghen'? Joghen bermaksud petah berkata2 tak pun dlm ayat nak mudah fahamnya...'amboi muluuutt...tak boleh blah la..'. Hahaha...sori...aku takde kamus loghat Perak. Tapi mcm tu la lebih kurang maksudnya. Cakap pot pet2 siap muncung2 mulut bila berkata tentang sesuatu. 

Aku tak tau kata dasarnya diambil drpd perkataan apa. Yg pasti, kemungkinan besar huruf lastnya adalah huruf 'g'. Loghat Perak nie yg kelakarnya, kalau kata dasar huruf lastnya adalah 'g', maka hilanglah sebutan 'g' tu. Jadilah ia sbg contoh, kucen=kucing, kamben=kambing, gunten=gunting dll. Org ganu curi kot...ekeke..

Aku suka loghat Perak. Bukan sbb aku nie org Perak, tp tone loghat nie berlagu2 beridgham bagai. Tu yg aku suke tu. Cuba tengok drama kalau cakap Perak mesti rasa mcm lawak. Tapi bukan citer Pah Bedah tu tau. Tak suke aku kejap ckp Parit, kejap cakap Kuala Kangsar, berlebih2 pulak. Rosak loghat je.

Kadang2 bila aku cakap loghat Perak nie, ada jer la tukang gelak & ejek balik. Especially adik2 ipar aku. Kamben? Koripap? Macam mocik2 gamaknya. Sooo tak nampak mcm Selangorian. Lantak le. Dah memang org Perak. Arasso??? Ottoke.... (uik! ape kes korea pulak nih? ) 

*sila nyanyi mcm lagu kumpulan WOW-kau yg satu

Orak enek kue enyonglah seng rindu
orak enek kue ilanglah monjonyong
kasihnyong tek kue seng siji
cintonyong....errr sambunglah sendiri..

Bahasa jawa pon lawak jugak, ok? hahaha....