Tuesday, 31 May 2011

tak ikhlas ke?

Ini cerita semalam. Bukak je blog terus rasa hepi semacam. Tengok follower dah cecah 600. Rasa macam tak percaya la pulak. Ate, teman nie idak le cun nak tempek gambo beso2 kat blog, tak la pulak stylo lilit shawl ala2 Hana Tajima . Tak jugak hebakk dgn DSLR & fashionista bagai...huhu. Bila ada insan berhati mulia yg klik follow sampai beratus2  tu agak kembang la bunga setaman di hati teman nie.

Jadi, sambil tersengih2 kerana hepi, nak share la dgn en. suami yg tak baca blog teman nie. "follower dah 600..." ngeh ngeh ngeh. "ala.....ramai yg follow sbb nak mama follow balikkk." dalam hati teman... ye ke? huhu..... T_T. Komen tak memberangsangkan langsung. Macam semua entri tak best dibaca.  T_T lagi sekali.

Takpe. Senyap2 pergi kat manage blog. Terjojol bijik mata kecik saya nie. Jumlah orang yg saya follow lebih byk daripada follower saya. Ok fine. At least takde la kena kutuk sbb tak follow. hahaha.... (statement bajet femes mcm yuyu zulaikha..) the end story semalam.

Saya rasa semua rakan2 blogger dah besar panjang. Dah tau adab sopan. Tak perlu la letak ayat2 yg seumpama/bermaksud "tak suka baca boleh berambus". Dah pasti kalau blog tu tak masuk dgn jiwa seseorg tu, dia akan klik kotak pangkah kat atas skrin dgn senang hati. Tapi mcm mana pulak dgn orang yg baru pertama kali datang & tertarik hati dgn blog tu? Mesti dah rasa mcm tak best, kan?

Pastu, bila blogwalking tu tak perlulah suruh2 orang lain follow. Citarasa manusia nie tak sama. Tak semua blogger suka dgn widget2 canggih yg menyusahkan. Tak semua blogger suka dgn ayat2 yg terlalu banyak guna shortform sampai tak faham. Tambah2 golongan yg dah agak berumur dan macam2 lagilah. Rasanya dah ramai blogger tulis mengenai topik follow u follow me nie. Tak perlu saya bersyarah panjang lagi rasanya. Jadi marilah kita berbloging dgn rasa senang hati dan penuh dengan keikhlasan.  Sekian entri untuk malam ini. Tata...


Saturday, 28 May 2011

SaYa & NomBoR 2

Saya tak tau la benda nie deja vu ke apa. Atau saya memang manusia berbintang Pisces kelahiran Februari yg memang suka berimaginasi & suka kpd perkara tahyul mahyul bak kata motivator terkenal negara kita. Tapi saya sgt hairan betul. Sinonim sungguh nombor 2 dalam kehidupan saya. Saya baru perasan beberapa bulan lepas. 




Punca saya terperasan, tiap kali saya terpandang mana2 jam digital, mesti kat jam tu 20:22, 22:20, 22:22...huh pelikkk. Pastu saya check la balik semua nombor2 dlm hidup saya. Sgt mengejutkan, selain dilahirkan bulan Februari, bermula dgn nombor surat beranak, nombor pendaftaran semasa zaman sekolah, nombor student, nombor pekerja di setiap tempat saya bekerja, nombor gaji, EPF, socso & mcm2 lagi mesti ada nombor 2 tu. nombor telefon hatta nombor plat kereta saya pun tertenggek nombor 2. huhu.. 

Tambah lagi. Nombor rumah saya pun ada nombor2 tau. Pastuh saya flashback zaman dolu2 pulak. Masa saya belajar kat UiTM Shah Alam dulu, bas mini yg keluar masuk UiTM tu bernombor 2. Bas yg keluar masuk dari Klang pulak bernombor 22. Saya selalu naik bas nie sbb saya duduk kolej Anggerik. Bas Klang tu masuk ikut pintu belakang UiTM. Tapi sekarang pintu tu dah tutup sejak pintu depan Pusat Korea menghadap seksyen 7 tu dibuka. Saya tak tau bas ulang alik ke KL yg masuk UiTM sekarang nie nombor berapa. Tapi zaman saya dulu nombornya 222! Aneh kan? Macam kemestian pulak bas yg dibenarkan masuk kampus mesti ada nombor 2.

Dah grad pulak pernah la melalui zaman cintan cintun nie. Nombor rumah bf saya tu nak tau nombor berapa? 2222. Ha ambekkk...punya la byk nombor 2. Ekeke... (takpe. hubby x baca blog merepek saya nie. hahaha) So, sekarang nie saya jadi rasa agak musykil sikit. Adakah ini merupakan petanda? (saya dok fikir yg buruk je ni. huhu) tarikh akan pergi ke SANA atauuu.... oh myyyy.....jangan la saya diduakan. Ha? start merepek dah pompuan nie. Sila abaikan. Manusia sorang nie mmg suka memikirkan perkara yg pelik2...haha.    

  

Wednesday, 25 May 2011

KoMeN LeLaJu BLoG NoHisMe

Hari nie nak join segmen  noh pulak. Macam menarik je sbb hadiahnya nak iklankan blog follower dia. Al maklum la, sejak blogwalking nie belum pernah jumpa blog saya nie tersenarai kat bloglist sape2 pun. Sadis, kan? hahaha..

Mula2 kena paksa rela jadi follower dia. Mmg dah follow berzaman. (kena utamakan akak dulu tauuu) hehe. Memang rela nak follow pun. Pastuh dia suruh komen lelaju blog nohisme. Komen akak.... SEMPOI & TAKDE WIDGET PELIK, MEMANG MUDAH DIBACA. Ok. Itu je.
nak tag 

2) sha

Apalagi, jom la join. Mana tau kot2 tersenarai dalam 20 slot tu. Bukan senang nak dpt peluang mcm nie. Lain la dah dpt ramai best fren blogger. Betul tak? Jom join. Cepattttt...

Tuesday, 24 May 2011

menghadapi sebuah kehilangan

Saya mencari kekuatan untuk menulis entry ini. Setelah beberapa hari dikejutkan dgn berita tanah runtuh di Hulu Langat yg turut mengorbankan anak kesayangan teman sepejabat saya. Wajahnya terpapar di pelbagai media dgn keadaan yg tak pernah saya lihat sbg seorang yg ceria di pejabat. Luluh hati saya dgn berita itu kerana tak sangka akan melibatkan insan yg saya kenali. 

Saya tidak ingin meletakkan gambar2 tragedi itu di entry ini. Sgt meruntun jiwa saya yg juga seorang ibu. Saya juga pernah kehilangan kandungan saya yg jantungnya tiba2 berhenti berdenyut. Itu sudah cukup membuat saya berduka lara berhari2 lamanya. Apatah lagi anak yg sudah berada di depan mata bertahun2 lamanya.

Bersabarlah ibu kpd Allahyarham Dzahir Haziq Muin. Allah lebih menyayangi. Perginya arwah di tempat dia menuntut ilmu & berbuat kebaikan. Esok akan diadakan majlis tahlil untuknya. Semoga arwah tenang di sana....al-Fatihah.                  

Sunday, 22 May 2011

SegMeN bLogList AbgTeRoR

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR TANAH TUMPAH DARAHKU

Tak pernah join apa2 GA & segmen. Nak join tapi tak pandai. huhu. ini pun main redah je sbb memang teringin sgt nak join segmen2 blogger yg peramah macam abg teror nie. So, ini la jawapan2 bagi soalan2 berikut :

SOALAN

1. Dimana anda dilahirkan?
    Kuala Kangsar, Perak.

2. Dimana anda dibesarkan?
    Kuala Kangsar, Perak.
 
3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
    Selangor.
 
4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
    Tempat menuntut ilmu di UiTM Shah Alam. Bekerja pula di Shah Alam. Menetap pun di Selangor juga. Tapi kalau abg teror nak letak dlm blogger Perak pun ok jugak...hehe.
 
 

CoMeL

Di suatu pagi yang indah.
"adek (qisya) nie berat la." Amsyar.

"mama tak suruh dukung. " saya.

"adek gemuk macam mama." Amsyar.

Huh? Ini statement tak boleh tahan nie.  Apa nak jawab ni? Ting! Ada lampu tetibe menyala kat atas kepala. Hehe.

"mama tau, adek memang comel macam mama." saya.

Amsyar memandang saya dengan muka yangg... "eh? tadi cakap gemuk ke comel"
 
konpius gamaknya. hahaha...

Monday, 16 May 2011

HanTu HiJo

Jom kongsi2 cerita zaman kita kecik2 dulu nak? Masing2 mesti ada banyak cerita lucu,kan? Kalau kita imbas balik kenangan2 itu bersama adik beradik/ kawan2 mesti ada peristiwa yang sangat menggelikan hati sampai tak larat nak gelak. (huishh...tetiba pulak rasa ayat punya la skema...wakaka..)

Hari tu, adik2 ipar bercerita macam mana mereka asyik bermain sampai biarkan adik yg paling kecil jatuh... (alaa....uncle Amsyar & Qisya yg ensem tu. err...takde gambo ye? nanti2 la saya femeskan dia...hehe..) Apalagi,  kena marah la dgn mak mertua saya. Diorang nie pakat menyorok merata2 dlm rumah takut kena rotan. Yang kelakarnya, mak buka pintu bilik sikit je tanpa tengok dlm bilik terus tarik adik ipar yg menyorok belakang pintu.  Terus je piap! Hahaha....macam dah tau dah tempat menyorok diorang.

Paling kelakar, ada pulak yg nyorok bawah katil tapi bahagian punggung dan kaki terdedah. Kepala & badan je yg menyorok bawah katil. Memang bontot menanti rotan la jawabnya...hahahaa... Adoiii.....banyak lagi story tauuu...nantikan di entry yg akan datang... (cea cea....poyo la pulaakkk...ekeke..)

Ok. Yang nie story saya pulak. Saya dulu masa kecik2 ada saingan. Adik saya la tu. Dia lagi comel & berkulit cerah berbanding saya (chik....tak payah sengih lebo2). Dia juga tak banyak menjawab mcm saya. Dia juga lebih rajin buat kerja2 rumah tak macam saya. Itu pandangan family saya. Pandangan saya, dia nie memang annoying giler....hahaha. Bila gaduh, mesti mak & kakak2 saya backing dia. Asyik dia je betul, saya salah & terpaksa mengalah....buat saya betul2 jauh hati. Rasa nak lari dari rumah je.

Satu hari tu saya memang nekad. Saya duduk kat luar rumah. Luar rumah je. Tak lari pun....hahaha. Tapi duduk kat batu bekas tangga rumah lama tu sampai malam. Bajet ada orang nak pujuk la tu. Tapi sampai malam, takde siapa yg datang pujuk. Betul la tu gamaknya saya memang budak yang ayah jumpa hanyut kat Sungai Perak bak kata kakak saya. Sedih giler sampai menangis tersedu-sedu.

Masa menangis di dalam gelap tu, terdengar suara mak dari  dalam rumah, "duduk la lame2 kat luo tu, nanti ade hantu hijo datang duduk kat sebelah." . Laaa......apesal sampai tak ingat langsung bab2 hantu nie? Merajuk punya pasal, hilang semua takut. Apalagi, tak cukup kaki rasanya nak masuk rumah cepat. Hahaha.... 

* sesiapa ada story zaman kanak2 yg best, sila la emel saya. Boleh share & gelak sama2. Hehe.. 



Wednesday, 11 May 2011

BiLa NaK iNsaF Ni?

Tengok nie.
 Menarik tak??

Tu diaaa. Tergolek2 udang tu ha.

Akhirnya semua licin. Kesemua 5 bekas yg tadi tu. Bukan yg nie je.

Untuk pengetahuan, gambar2 di atas bukan makan tengah hari atau makan malam. Tapi sarapan pagi saya & officemate saya. Diulangi...SARAPAN PAGI. Scary tak? Sape nak slim melim x bole kawan dgn kitorang. Pasti diet terabai asik kena ajak ke kafe je.
Hahaha...

Sunday, 8 May 2011

HaTi Yg TerKoLaP

Hari nie kita belajar perkataan baru iaitu terkolap. Terkolap dlm loghat Perak bermaksud terseliuh, terpelecok, terpele'ot dan seangkatan dgnnya.  Ayat yg biasa digunakan, 'kaki dah terkolap tadi.' Itu contoh ye. Yang nampak. Yg tak nampak tu di hati. Jadi tajuk hari nie ala2 bermaksud hati yg terluka/terguris. Tapi tak nak guna la perkataan terluka/terguris. Nanti tetiba pulak rasa jiwang.. ekeke.

Minggu nie hati nie suka sgt nak terkolap. Antaranya menerima komen2 yg ....'amboi nama blog, macam la bahagia sgt'....... 'takpe berhenti keje, berblog kan dapat duit'..........'saje2 berblog kata2 yg x boleh dipakai, dah la letak iklan, rajin blogwalking pulak tu'........ hmmm....begitu la sebahagian ayat2nya.

Hari itu mmg agak sentap. Tapi skrg dah ok. Mereka tak kenal siapa saya. Gagal juga menilai saya. Biarkan. Wujudnya blog saya nie mmg bermula kerana VCO saya tu. Pada mulanya saja. Tapi sekarang lebih untuk diri sendiri & anak2. Keikhlasan berblogwalking di waktu lapang untuk mencari blog best untuk lepak2 sambil2 menambah kenalan internet dipertikai amat membuat hati ini terkolap. Sebab letak iklan, saje2 berblog istilah yg tak boleh diguna pakai. Mampukah nuffnang& advertlets tu menyara hidup sy sdgkan saya bukan blogger tegar? untuk pengetahuan, ada 80sen je dlm tu...hahaha..

Pasal tajuk blog pula, awal2 sudah diberitahu supaya abaikan saja nama blog tu. Ia hanya kata2 positif yg menjurus kpd doa. Doa supaya hidup ini terus bahagia. Doa untuk saya terus mencatatkan detik2 bahagia dalam hidup saya supaya menjadi seorang yg lebih bersyukur. Takkan saya nak bercerita ttg cyst yg sebesar bola tenis yg masih saya ternak, kehilangan insan tersayang saya seorg demi seorang, dan mcm2 yg saya fikir tak perlu diceritakan. Yg menulis rasa tak best, yg membaca apatah lagi. Tapi masing2lah. Blog anda gaya anda. Blog saya, mcm yg anda lihat.

Apapun, saya sgt berterima kasih kpd sahabat blogger yg sudi klik 'follow'. Anda semua memang mempunyai hati yg besar. Walau ada yg follow kerana nak saya follow balik, anda tetap juga berhati besar. Kalau tidak, semudah klik 'follow', semudah itu jugaklah klik 'unfollow'. Betul tak? Jadi, anda semua bukan follower saya sbb saya bukan trend setter/ketua apa2. Anda adalah sahabat saya. Terima kasih sekali lagi... :)


Friday, 6 May 2011

AnDa BLoGGer HeBaT

Apabila....

1. walau masih sibuk study nak exam, masih boleh menulis entry baru.
2. walau menjadi seorang ibu b'kerjaya & takde bibik, masih berjaya menulis entry menarik.
3. walau hati sgt terluka & geram teramat kpd keadaan/ seseorang, tetap berjaya menulis entry yg cool.
4. walau menerima kritikan yg negatif, tetap rileks & terus menulis.
5. walau dah beribu riban follower, anda tetap tak kekwat.

jika ada lagi....sila tambah ye... :)