Wednesday, 29 June 2011

Operasi menyendat perut

Dah lama tak makan laksa hasil masak sendiri. Jadi di hari jadi Qisya nie nak buat pot luck makan kat opis ramai2. Maklum la, sejak dapat big bos baru, rutin dulu2 dah tak sama. (imej pun dah tak sama sebab kena pakai baju korporat..huhu..) Maka makin besarlah penyebab kami makan kat opis je. Jimat pun jimat....bertambah kasih sayang pun ye juge...ekeke... (mereka yg di dalam gambo dilarang mengomen :P ...)


proses potong-memotong bahan2 untuk laksa. siap ada pemerhati tuu....hehe


tu diaaa...chef sedang menyediakan sandwich yg mabeles... (sekali lagi, mereka yg di dalam gambo dilarang mengomen...hahaha)


memotong sandwich pun kena ada caranya tauu....


makanan kami dari pagi sampai ke petang....sandwich, nasi lemak, nasi goreng, laksa & buah2an....


sambil makan sambil posing sambil belajar cara2 potong memotong.  Makan sampai sendat perut hingga ke petang.  Alhamdulillah...... err...Kalai! buat scary jer tau tutup kepala macam tu.... (lately rasa tulis ayat tunggang langgang  je. nape, ek?)


Tuesday, 28 June 2011

Happy Birthday Qisya..

Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar Adek dah setahun pada 29 Jun ini. Rasa baru jer lagi keluar masuk wad Hospital Serdang tu. Nak happy sikit anggap jer la menginap di hotel 5 bintang. ekeke...

Dalam troli di Mydin.


mak aiii.......nape geram sangat tu?


Itu topi abangnya. Saje je Amsyar nie suka menyakat adiknya.


kat Mydin ada pameran kucing.
 Snap sikit yg comel2 tu.


malas macam garfield....lepak je kerjanya...ekeke..


penyek mukanya tapi siyes comel.....mesti mahal kucing nie.


pemilik-pemilik kucing yang menutup pandangan kitorang yang terjengket2 nak tengok kucing...huhu..


promote sikit coconut shake nie. siyes sedap...


tetiba je encik hubby ajak ke Mc D dari rumah emak. Baju tido je la yang ada pun. Tak merancang jadi macam nie la. Terpaksa pakaikan jugak. Tapi yang pasti si kecik nie happy memanjang masa kat Mc D nie.


Abang dan Adek.


Adek dan Abang.


Lama tak makan GCB. hehe..

Memandangkan besday Adek nie agak wrong timing sikit disebabkan semua orang busy nak buat persiapan majlis Uncle Ilmam, maka terpaksa la celebrate kecik-kecik je. Ikut mana yang sempat je la. Entry campur baur nie sebenarnya. hehe. Masukkan jugak la kat entry besday gal nie. Tak pe la ye?

Ok. Hadiah untuk Adek mama tak belikan lagi. Di hari jadi Adek yang pertama ini, Mama doakan Adek membesar dengan sihat, cerdik dan cergas... Panjang umur dan murah rezeki.... Hidup sentiasa diberkati dan dirahmati.... Dan paling penting mama doakan Adek menjadi anak yang solehah dan anak yang dapat membantu mama dan abah ke syurga. Boleh ye Adek?  InsyaAllah....(bilalah agaknya dia boleh baca entry nie...huhu)



Posted by Picasa

Monday, 27 June 2011

SeKoLah AmSyaR

Akhirnya hari ini tiba juga. Hari di mana saya pula yang kena hadir ke sekolah atas urusan report card anak. Dah tua betul rasanya. huhu.

Amsyar sangat semangat sempena hari terbuka sekolahnya. Asyik tanya mama pergi tak. Abah pergi tak. Nak pastikan kami benar2 pergi ke sekolahnya untuk gotong royong sambil berbincang dgn guru kelasnya tentang perkembangan pelajarannya.

Percaya atau tak, saya hanya menghantar dia di van pada hari pertama sekolahnya. Tapi dia sungguh tabah dan berani berseorangan. (saya & hubby ikut dia kat belakang van sebenarnya tapi tak beritahu dia). Punya kejam la mamanya nie. Anak baru masuk darjah 1 dibuat mcm tu. Balasannya saya tak berjumpa dia di tempat perhimpunan yang mengumpulkan murid tahun 1 akibat trafik jammed yg buat saya terlepas van sekolah yg dinaiki Amsyar. Berderau darah saya sampai saya yg rasa nak menangis.

Perhimpunan terasa sangat lama dan rasa nak pecah dada sebab tak bertemu Amsyar. Jenuh barisan murid Darjah 1 saya check tapi tak nampak langsung bayang Amsyar. Apabila dah hampir semua murid masuk kelas, barulah saya ternampak Amsyar yang berdiri keseorangan di tengah2 koridor antara dua blok bangunan sekolah dan saya lihat dia dalam keadaan kebingungan. 'mama, Aca tak jumpa kelas..' Ya Allah. Air mata rasa nak menitik dah masa tu. Tabah betul dia. Tapi cepat2 saya tarik dia masuk ke kelas dia. Nama kelas punyalah payah. 1 Argentum. Saya pun susah nak ingat. hehe...

Itu cerita 3 Januari 2011 yg lalu. Hari Sabtu lalu, dia yang tunjukkan kawasan sekolah dia. Hepi sungguh dia sampai pagi tu dia yang kejutkan kami.

Ini la sekolah Amsyar.


masuk je kelas Amsyar dah ada siap sedia pesanan penaja. hehe..


snap curi2 gambar Amsyar & guru kelasnya Cikgu Norazlinda.


huk ala....ada taman permainan betul2 sebelah kelas Amsyar. Ish...boleh fokus ke bebudak nie ye?


bosan juga tunggu giliran nak berjumpa guru kelas Amsyar nie. So, snap2 gambar Qisya.


bukan nak minum pun..


tumpah2kan air..


minah straw. minat sangat dgn straw tak tau la pasal apa.


tempat perhimpunan sekolah. Amsyar tgh buat perangai masa nie. Tak mahu diambil gambar. Ngada2 betul.


Sila pilih besar nanti nak jadi apa ye Amsyar. Auntie2 & Uncle2 ramai yang boleh dijadikan contoh. Pilih je mana2 yg minat. Mama & abah hanya boleh tunjukkan jalan tapi Amsyar yg kena tentukan.

Overall semua subjek ok cuma English agak lemah. Kena pertingkatkan lagi nie. Takpe. Pelan2 kayuh....



Posted by Picasa

meroyankan Aaron Aziz

Ewah ewaahh....bukan main Aaron Aziz sekarang nie. Laku bebeno bak kata orang perak. Habis satu cerita, satu cerita yang keluar kat TV ke kat wayang ke...muka Aaron Aziz jer yang terpampang. Maka ramai la yang jatuh cintan meluah rasa kat blog dan status fb. Tambah-tambah time cerita Nora Elena hari tu. Paling sadis, bila Miss Geli2 atau Nowa yang menghantar surat bantahan ke TV3 ramai la meroyan kata si Nowa ni emo entahapehape. Hello, itu surat lawak la. TV3 siap bagi hadiah kat Nowa. Yang kata si Nowa nie emo tu yg sebenarnya emo. Sila jangan putuskan wayar saraf kelakar anda sampai nak melenting tak fasal2...hehe...

*carian google

Tapi terus terang cakap la, Aaron nie memang hensem pun. Bila pegang watak2 hero memang la agak menusuk jiwa raga. Tall, tough and handsome memang la menawan hati mana2 wanita. Jadi, kalau laa...ini kalau ye... ada seorang mamat single yang tall, tough and handsome melamar seorang gadis, tapi si gadis tu menolak lamaran angkara takut dikebas perempuan lain, maka agak senget la pemikiran itu. Eksyen sangat bunyinya nak melawan fitrah manusia yang suka pada keindahan.. (pendapat je tauuu...) hehe..

Berbalik pada watak2 yang dipegang Aaron tadi contohnya Seth Tan dan Malik, memang saya suka. Malik yang dah bertaubat dan cool memang menawan hati. Bak kata Peej Burhan, dia sanggup nak bukak gerai buah kat sebelah gerai sayur si Malik. hahaha...

Seth Tan pulak buat kita berada di awang-awangan kejap. Best wooo kalau dapat hubby romantik macam tu ditambah figura menawan macam Aaron Aziz. Awww....maunya tak ramai yg meroyan especially yang dah jadi bini orang. Makanya ramai yang cuba berada di dunia Nora Elena dan Seth Tan itu. Nak jugak la bunga2 bagai. Mana-mana hubby yang sporting tu layan je la, kan? Tapi yang tak koser nak melayan tu, jangan la ingat hubby masing-masing tak sayang. Tak bagi bunga pun sayang jugak. Cuma lelaki melayu ni memang agak kurang nak tunjuk romantik gamaknya. Sama ada kedekut duit nak bagi bunga atau geli geleman nak tunjuk romantik ala ala mat saleh idok le teman tau. Tapi sebagai isteri, sesekali tu nak juga jiwa dibelai2. Nak juga rasa romantik2 tu, kan?

Hubby saya layan juga bunga-bunga nie tau walau pun nampak orangnya macam tak romantik langsung. Bekas budak ROTU memang macam tu kot...hahaha..

antara jambangan bunga yang pernah disurprise2kan......


yang nie pulak masih setia di atas meja tunggu pengganti....( surprise ler lagi...i loikkee).....

Terima kasih encik hubby kerana tak payah tunggu cerita Nora Elena keluar baru nak kasi bunga. Tak bagi sebonet bunga pun tak apa. Chenta ini tak pernah berubah... (nak muntah tadah sendiri, ek?)...hahaha...


Saturday, 25 June 2011

Best Rumah Yong nie...

Rumah Yong kat Padang Serai Kulim nun memang best. Banyak benda boleh dibuat & diexplore  dek kerana kerajinan yang melampau kakak saya sorang nie. Hehe....tak caye? Jom tengok gambo2 kat bawah nie...

Anak2 buah Mak Yong yang hepi bila dapat pergi ke rumah Mak Yong. Berlari sana-sini.


Berposing kejap.


Baru nak perasan pakai sandal abah yg beso gedabak. hahaha..


Faktor penarik yang paling utama. Main dengan arnab2 Mak Yong diorang. Bagi makan, minum susu & main dengan anak2 arnab tu. Ate, Mak Yongnya pun bela baby arnab nie mcm bela anak orang. Punya la caring dengan binatang. ish ish ish... (tak snap gambo baby arnab...rasa geli sikit...hahaha..)


Arnab2 nie kakak saya ternak dan jual. Dijual ikut saiz. Yang besar tu rm8 seekor. Murah tak?


Yong ajak jalan-jalan kat dusun dia. Mak aiii...punya la terang dusun buahnya. Tak berani orang nak curi duriannya. hahaha....


rasa nak jolok je buah durian yg sebiji nie. geram betul. awat la tak gugoq masa mai sana haghi tu... hehe


buah dokong yang tengah lebat berbuah. tapi sayangnya belum masak...huhu..


durian yang agak meriah buahnya di pokok.


limau manis macam buah oren tu (berkulit tebal) dah siap berbuah. Pokok kecik lagi dah berbuah...


sayur-sayuran yang ditanam kakak saya. ada kailan, kucai, cili...blabla...hehe


ini la ulam pucuk putat.


jenjalan sat kat rumah mak mertua Yong yang tinggal berdekatan. Ini la pokok lipstik. Bunganya macam lipstik.


Ini buah strawberi kampung. Sebenarnya ada dua biji. Sebijik tu saya dah makan. Rasanya masam2 manis & agak rangup. Sedap jugak.


Buah anggur yang terdapat di halaman. Muda lagi ni. So, tak dapat la nak petik.


sebahagian koleksi orkid Yong.


dah penat jalan-jalan, jom makan durian pulak. Fresh2 baru gugur. 


Ais krim malaysia perasa durian yang dijual kakak saya. Harganya hanya 20sen. Saya pernah jugak gaduh dgn kakak saya nie pasal harga jem tart yang dia jual tak sampai rm30 untuk 100 biji. Udah la pakai buttercup, pastuh tekan acu tart gulung tu guna manual sampai bengkok ibu jari kanan & sakit pinggang. Rasa macam tak berbaloi jual murah sangat. Tapi dia kata, jual mahal2 nanti orang tak mahu beli dah. Ish ish ish...pemurah betul.

Makan tengah hari, kakak saya masak masakan kampung ikan puyu masak lemak dan goreng, pastuh sayuran dan ulaman beserta sambal belacan. Kutip hasil tanaman sendiri je. Ikan puyu pulak yang dia kail sendiri kat sawah depan rumah. Kakak saya nie baru je berhenti kerja, sebelum nie dia bekerja tau. Cuba bayangkan sambil bekerja sambil buat itu ini macam kakak saya. Perghhh.....memang super rajin betul. Tabekkk....



Posted by Picasa