Friday, 29 July 2011

Saya minta maaf..

Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar dah nak masuk Ramadhan. Bulan mulia dan bulan paling sibuk rasanya. Sibuk nak kaut untung lebih pada yang berniaga dan sibuk nak buat ibadat pada yang nak kaut pahala.

Saya pun akan jadi sibuk jugak. Nak bangun awal siapkan sahur (kena serius sikit menunya sebab Amsyar pun dah start puasa), nak balik kerja awal siapkan menu berbuka, nak siapkan itu ini untuk raya dan nak lebih serius mengaji di Ramadhan tahun nie. Tahun lepas dapat khatam sekali + setengah. Tak sempat khatam 2 kali. Kuih? semua main tunjuk je dan order dari kakak saya yang duduk kat Kulim nun. Siapa-siapa orang Kulim nak order biskut-biskut sedap yang dibuat penuh keikhlasan sila hubungi Kak Rose - 012-4328595. Macam-macam biskut moden ada. Harganya sangat berpatutan. (siap promote tu...ekeke)

Sempena menyambut Ramadhan yang mulia ini, saya ingin meminta maaf kepada semua rakan blogger dan silent readers yang pernah singgah kat blog saya yang tak seberapa nie. Manalah tau kot-kot ada salah silap entry ke...komen ke.... yang menyinggung hati sanubari kalian semua. Sesungguhnya saya seorang yang penuh khilaf dan memang tak pandai mengambil hati sesiapa (sila buang nama saya disenarai pembodek & tukang kipas blogger...hahaha...). Serius, memang tak pandai sebab di alam nyata, saya sering menjadi mangsa salah faham. Maksud selalu tak sampai. Begitulah kekdahnya.


 Majlis tahlil & doa selamat menyambut Ramadhan pagi tadi. Menunya nasi beriani daging & ayam.


kuih-muih yang dah siap terhidang. Pembimbing majlis dah tiba dulu dari staff....


Maafkanlah saya, ye? Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Selamat menjalani ibadah puasa.... :)



Thursday, 28 July 2011

Layan blues boleh??

Semalam sambil kemas-kemas mencari cincin yang hilang, ternampak la cd nie. Umur cd nie pun sama jugak dengan cincin tu. T_T.........

Biar cincin yang hilang...biar cd yang rosak.... JANGAN CINTA INI.......


Wednesday, 27 July 2011

Berlian oh berlian...

Cincin berlian mama dah hilang. Dah bersama hampir 9 tahun akhirnya berpisah. Cincin kawen pulak tu. Patut la semalam rasa macam tak best. Tak happy. Rupa-rupanya .... T_T. Tak apalah mama redho. Boleh beli lain kalau ada rezeki. 

Cinta untuk anak-anak mama yang tidak boleh diganti. Walau segunung berlian.....



Sesi menyendat perut lagi..

Sempena nak menyambut bulan Ramadhan yang mulia ni, kami sepakat nak buat makan-makan. Makanya macam-macam la makanan yang terhidang.

 Nasi goreng udang, meehoon goreng, nasi impit  Ibumaira + rendang ayam & pecal.


 Agar-agar pandan, puding jagung, puding marble kecewa (sebab tak jadi seperti sepatutnya) dan resoles yang sedap hasil tangan Mamatasnim.


 Kuih lopes & popia simpul kasih tak sabo tunggu raya.


sebahagian mereka yang sungguh-sungguh menikmati hidangan lazat tak terkira.

Makanan banyak lagi. Idli pun ada tau. Tadi terlupa snap gambarnya sebab masih dalam bekas bertutup. Jom la join kitorang. Makanan banyak lagi nie. Hehe....

Hari tengok gambo
























Tuesday, 26 July 2011

Bila rasa tak happy.....

Melengung depan skrin pc tak tau nak buat apa. Tetiba rasa kosong dan sepi menyelubung segenap ruang rasa. Dengar pulak lagu 'Learn to be lonely'. Ish....lagi la rasa mengong semacam. Adehhh......tolong la bawak rasa sepi dan kosong nie jauh-jauh. Tak suka tau. Nie pasal korang la. Sape suruh tak komen entry sebelum ni. Pfttt.... (terus nak terburai gelak sorang2..hahaha..). Apa punya sengal nak paksa2 orang komen...ekeke... 

Abaikan. Minah sorang nie memang selalu jiwang karat ntahapehape. Nak tulis panjang2 takde idea sekarang nie. Cerita banyak, tapi tak tercerita. Kena tunggu mood tu datang. eceh! tetibe. Tengah rasa tak best nie tauuu....tsk.. (bajet takde orang baca....so ngengada lebih. ahaks.) 


kena tengok gambo time happy...

Sunday, 24 July 2011

Cerita sebuah cinta Pt 4

Layaannnn,,,,









Thursday, 21 July 2011

Cerita sebuah cinta Pt 3

Waaahhhh....ada berapa part nie? Hahaha.....terajin pulak rasanya nak update pasal majlis kawen adik ipar saya ni. Tiap entry menyelit gambo anak-anak yang buat jadi banyak part tu. Layan jer la, ye? hehe....


hantaran dari pihak perempuan. Guna bunga2 segar jugak. Tapi yang nie lagi sendat dulang tu dengan bunga-bunga. Dah abes majlis boleh mandi bunga pulak. ekeke...



close up sedulang hantaran....



hasil tangan mak mertua saya yang kreatif...



suka betul tengok bunga banyak-banyak macam ni......



solat Zohor dulu sebelum mengiring pengantin. Tengok si kecik ni...



tersengih-sengih hepi...



excited terlebih Qisya ni ye...



siap main aummm cak dgn auntie dia...hehe



macam prince la Uncle....



uik! seriusnya Uncle berdua nie...



pertemuan di bawah langit biru.... ngeee..



boleh jadi cover novel ni...ekeke..





hidangan kenduri yang mabeles....



Amsyar & Aunty Gal...



Abah sedang menepung tawar...





semoga berkekalan bahagia hendaknya.....






suka tengok Qisya pakai kasut kecik nie....hehe..




Posted by Picasa