Saturday, 27 August 2011

BerBuKa PuaSa di PICC




Dah di penghujung Ramadhan, baru nak berbuka puasa kat luar. Tak tercari-cari tempat pun sebab adik-adik dah syorkan PICC. Diorang kata best, kami nie ikut je. Lagi pun tak pernah berbuka di sini. Nak cuba la jugak. :)


Dah sampai PICC. Lambat sikit sampai sebab encik hubby service kereta dulu.


Waahhh....ramai sungguh beratur nak confirm booking.


Makan-makan bersuasanakan Arab.. (nasib baik takde siapa bergelek kat ruang legar tu...)


kat ruang nie je yang tak nampak ramai sangat. Boleh la nak snap2. Kat area makanan memang ramai beratur panjang....huhu..


Aunty Iema, Ryann & Amsyar..


Kat sini je tak ramai orang. Tempat lain idok le temannn....segan wehhh...


Aunty Eirna & Uncle Ilmam ..


Uncle Iezam, Aunty Iema & Ireen..


Hoh! Ini princess Mama yang sangat enjoy dengan makanan...


Orang lain semua pakat sembang, Qisya sibuk makan. hehe..


Amsyar & Ryann main kat bawah meja. Adehh...


Pemandangan kat luar sangat mabeles. Penuh jugak semua tempat kat luar nie. Best betul menikmati angin di atas bukit...


Kami yang tertinggal di Malaysia..


Masalah betul posing sebelah orang slim2 nie...hehe..

Tamat sudah sesi memperkenalkan kuncu kincit. Kami di antara mereka yang terakhir meninggalkan dewan. (punya la lama kami makan.). Maklumlah, nak pastikan kami betul-betul makan makanan bernilai rm55 sorang. hahaha.....

Ok. Entri nie ditulis sebelum nak bergerak pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi, di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf kepada semua yang membaca blog saya ini jika ada salah dan silap. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin... :)



Posted by Picasa

Friday, 26 August 2011

shuweetnye panggil 'Bi'...

Sejak kebelakangan nie kaann....ramai betul couple yang panggil 'bi' kat pasangannya. Giler comel, kan? Sweeeettt gitu.  Sejak bila ye? Dulu-dulu takde pun. Mak pak dulu-dulu selalu bila bercakap dgn anak2 diorang,  'mak kamu, bapak kamu, pak hang mak hang'. Kalau panggil bini pun 'maknyeee....oooo maknye.' Tak best, okeh? Takde rasa belonging gitu. hehe..

So, bila saya kawen & dah ada anak, encik hubby panggil saya mama. Saya panggil encik hubby Abah. (sungguh nampak tak comel, kan?). Pastu, ada pulak makcik sound, kenapa panggil macam tu. T_T. Kami panggil macam tu sebab nak rasa pemilikan yang sama dalam keluarga. Maknanya bila panggil Mama, Mama tu milik Abah dan anak-anak yang tidak boleh diganti. (eh! tetibe lak rasa emmm....comel juga..hehe) Lebih rasa disayangi oleh semua ahli keluarga kekdahnya. Cewaahh.. (pasan jap)

Berbalik kepada panggilan 'Bi' tadi. Sejak bila femesnya panggilan Bi nie? Sejak lagu si Marc Anthony my baby you tu ke? Ke shortform untuk hubby or baby? Siyes tak faham. Segan pulak nak bertanya kat kuncu-kincit saya. Ye lah kannn....mende2 yang hujungnya ada sebutan 'Bi' kan comel. Transformers kesayangan Sam nama Bumblebee. Kereta si Lindsay Lohan pulak nama Herbie. Patung budak perempuan main pun namanya Barbie. Cute je.

Nak suruh encik hubby panggil 'Bi' la jugak. Tapi bukan dari shortform 'baby' tau. Ngengada la pulak dah beso tagun panggil baby. Saya pun rasa geli dengonya. Kah kah kah. Bukan zombie apatah lagi b*bi tau. (yg nih nak kene lempang). Yang saya maksudkan 'Bi" dari perkataan habibi bermaksud kekasihku dalam Bahasa Arab. Sweeettt sangat rasanya. :P



"Biiiiiiiiii........." panggil mendayu-dayu romantik habis.  


p/s: Pergghh......entry mintak lempang! hahaha...



Wednesday, 24 August 2011

Wordless Wednesday #2

Mak: Bangun cepat makan soq (sahur) satgi lambat!
Adik: Mak bancuh ho..ho...horlick ka?
Mak: Ho..ho..ho..hotak hang! Hang bangun cepat!
Adik: Adesss!
*meh soq kat ghumah kami meh....hahaha.......
 

Wordless Wednesday #1

Kacang buncis di atas hanya dapat sepiring kecik.
Bawang dikupas 3 biji, sebiji dibuang sbb busuk.
Jangan terpedaya dengan gambar di atas. Bawang tu bawang kecik ye kawan2...
Harga? RM 4. Niiiiice........



Posted by Picasa

Tuesday, 23 August 2011

sejuk...

Sejuknya kat opis....

stoking saya di opis. 

'stoking kak yana macam beruang..'  cessss .... macam beruang ke? hahaha...


p/s: delete entri sebelum ni sebab sungguh tak best baca entri emo. huhu....


Monday, 22 August 2011

yang seronok tentang nak raya...

Hari raya dah nak dekat. Masing-masing sibuk membuat persediaan menjelangnya hari lebaran yang dinanti-nantikan. (perghh....skemanya ayat. ahaks!) Okeh. Abaikan. Saya nak cerita pasal persiapan raya setiap kali nak beraya. Part mana paling best sebenarnya? 

semasa sibuk shopping beli baju bajankah?


semasa sibuk beli2 kuih tunjukkah?


semasa sibuk nak menyediakan duit rayakah?


Masing-masinglah, ye tak? Bab-bab nak raya memang best sebab jadi sibuk shopping2 bersamaan perabih duit demi menjanjikan hari raya yang lebih seronok. Ikut bajet masing-masing yang betulnya. Kalau ada lebih, apa salahnya. Setahun sekali katanya.

Saya sebenarnya sejak jadi seorang ibu kepada sepasang cahayamata, dah tak rasa excited sangat nak beraya. Kepala asyik fikir keperluan anak-anak je. Diri sendiri dah semakin berala kadar. Tak melaram macam dulu-dulu dah. Tambahan bajet pun semakin kurang. Serba serbi nak berjimat. Mana taknya, semua mahal sekarang nie. Kuih-kuih tunjuk dah melampau2 harganya. Belum lagi bahan basah buat juadah raya. Sebagai contoh untuk keluarga saya di kampung, bajet jamuan hari raya dari raya pertama sampai ke 4, mengalahkan bajet untuk kenduri. Memang terpaksa tong-tong sesama kami adik-beradik. Kalau nak harap sorang je, memang boleh bangkrap. huhu..

Jadi, part yang paling seronok pada saya ialah semasa membuat persiapan perjalanan pulang ke kampung. Rasa macam tak sabar nak sampai ke kampung jumpa mak dan berkumpul adik-beradik. Menyediakan juadah raya dan menghias rumah mak bersama adik-beradik adalah paling seronok bagi saya. Maklumlah kami jarang berjumpa sebab tinggal berjauhan. Tidak seperti sebelah encik hubby di mana kami boleh berkumpul setiap minggu.


Oh! Rasa sangat tak sabar nak balik kampung!


p/s: credit kepada semua pemilik gambar.

Sunday, 21 August 2011

Iskandar Malaysia

Walaupun saya tak dijemput jalan-jalan ke Iskandar Malaysia macam Hanis Zalikha, saya nak kongsi juga info berkenaan Iskandar Malaysia nie. (eceh! mentang-mentang dapat BE pasal Iskandar Malaysia. ekeke..) Lupakan segala spekulasi mengenainya. Jom kita ambil tahu sedikit progress pembangunan yang sedang berlaku di situ.  Saya suka betul tengok rumah-rumah kat Iskandar Malaysia tu. Cantik ya amat. Tambah-tambah Hanis Zalikha yang posing-posing kat dalam rumah tu. Lagi la nampak santek. Tak gitu?

*google

Okeh. Apakah itu Iskandar Malaysia?
Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.

Apakah latar belakang Iskandar Malaysia?
Koridor ini diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April 2008.

Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
Iskandar Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura. Khazanah Nasional Berhad akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan itu.
Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.

Kalau nak tahu lagi mengenai Iskandar Malaysia ni, klik2 la adsnya kalau terserempak di blog saya nie ya? Boleh juga usha2 kat blog Hanis Zalikha. (saje tak letak link sebab dah femes bebeno. hehe) 
sumber: inibelogsaya & wiki.


Semoga semuanya baik-baik sahaja

Sepanjang Ramadhan nie, saya belum pernah tempek lagi gambar juadah berbuka family saya. Maklumlah, saya berbuka dengan juadah yang simple2 je. Airnya teh o panas. Kuih rm2, dan lauk2 pulak selalunya saya masak sendiri. Kalau tak sempat, baru beli 2 jenis kat pasar Ramadhan.  Tak hebat menunya, tu yang tak tempek kat blog tu. hehe...

Tengah malam Jumaat hari tu Mak, Abah & adik-adik ipar saya (yang masih single) nak berangkat menunaikan umrah dan akan beraya di sana. Jadinya kami yang dah kawen nie berpakat beli juadah buka puasa time balik kerja. Takkan nak biar mak masak pulak,kan? 



Hasil belian 3 couple yang masing-masing jadi pentamak. Siap ada bungkusan yang tak dibuka akibat meja tak muat. hahaha..


Uncle iezam, u did very good job. Siap beli durian tu. Wakaka...


Qisya bersama Umi, Aunty Amni & Aunty Eirnanya. (memang tak biarkan si kecik keluar stroller. Ligat yang tak terkejar. huhu..)

Mak & Abah dihantar anak2, menantu2 & cucu2...


Mak bersama handbag merahnya. Menten vogue gitu...hehe..


adik-adik ipar saya...


pukul 2 pagi....muka mengantuk je. huhu...


Qisya bersama Aunty Amni kesayangannya. Tak mo la nanges2....nanti seminggu lepas raya kita jumpa. 


Masing-masing kontrol sedih masa ni. Aunty Iema la paling sedih sebab raya kali nie sepatutnya turn beraya dengan Abah & Mak. Sabo ye Aunty....mintak tukar turn la. Baru sama dengan kitorang. Hehe...

Konon-konon lepas hantar Mak, kitorang yang tinggal 3 couple nie nak lepak ngeteh kat kedai mamak. Encik hubby la punya idea nie. Last2 kitorang yang tak join sebab Qisya buat hal pulak dalam kereta. Adehh...sabo je la. Tak pe la, next week kita bukak puasa sama-sama kat PICC pulak ya. Dengar cerita macam best.



Posted by Picasa

Thursday, 18 August 2011

Potong-potong kek di bulan Ramadhan

Memandangkan mummy Ryann tak tempek lagi gambar besday si Ryann, Mak longnya nak cerita la sikit pasal besday si kecik ensem yag dah berusia 4 tahun nie. Nie la satu2nya sepupu Amsyar yang jadi geng dia di sebelah abahnya. Si kecik Ireen & Qisya mana nak reti lagi nak main sama-sama. Jadinya Amsyar dan Ryann la yang suka buat bising kat rumah Umi (nenek) diorang.

Diorang berdua nie kalau berjumpa tak boleh berpisah. Kalau dalam kereta nak pergi rumah Umi ternampak kereta Mummy/ Daddy si Ryann, terus melonjak happy. Seronok sangat kalau dapat jumpa Ryann. Sama la jugak dengan Ryann. Kalau kami yang balik dulu lepas lepak rumah Mak, Ryann boleh nanges sedih sebab abang Amsyarnya balik. Tapi kadang-kadang bergaduh jugak. Budak-budak macam tu la. Nanti kang baik balik.

Hari Jumaat lepas celebrate la besday Ryann kat rumah Mak. Beria nak serba-serbi Ben 10. Nak kek ben 10, basikal Ben 10, jam Ben 10. Layan jer la mummynya. huhu... Yang si Amsyar sebelum pergi ke rumah Mak, sibuk nak pakai baju tidur kaler biru taknak pakai baju lain. Rupa-rupanya tersama la pulak dengan Ryann.


kek Ben 10 red velvet. Tempah dgn kawan saya niniecakeshouse...


Ryann dan Amsyar potong kek sama-sama.


Ireen, Ryann dan Amsyar.

Eh? Mana Qisya?

Sejak boleh berjalan, kerjanya meronda...panjat tangga....meronda...panjat tangga. Lasak betul.

Hari Isnin lepas pulak, celebrate besday my FIL. Jangan pening kepala FIL tu apa ye. Bapa mertua saya la. Sejak arwah ayah saya meninggal, inilah satu-satu Abah tempat menumpang kasih. Saya selalu mendoakan semoga Abah panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang hayat. Mudah-mudahan. Amiin...


Inilah Tok Bah kepada Amsyar, Ryann, Qisya & Ireen. Prof. Hamim. (ada sape2 kenal?)


hoh. kek aiskrim baskin & robbins nie sedap tak terkata. Teringat-ingat...