Thursday, 29 September 2011

Cintaku Bukanlah Cinta Biasa..

Hari nie hari syahdu kot. Baca entri ulangtahun perkahwinan, love story, doa percintaan dan serba serbi mengenai cinta, membuat saya pun sekali terawang-awangan mengenang percintaan. Pergghhhh.....jiwang minah sorang nih tak boleh diselamatkan lagi. Mudah tersentuh dengan story mori cinta. Tambah-tambah sambil buat kerja dengar lagu slow2, instrumental2 mendamai jiwa. Feeling habis la jawabnya.... :p

Sekarang tengah sakan layan lagu Bukan Cinta Biasa nyanyian si Afgan. Lagu nie juga soundtrack untuk video nikah adik ipar saya. Boleh tengok kat sini .

Bukan Cinta Biasa (Afgan)
Kali ini kusadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karena kamu memang untukku
Cinta ku bukan cinta biasa
Jika kamu yang menemani
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku.. 




Amacam? Layaannn....

Wednesday, 28 September 2011

Wordless Wednesday (week39/11)


Cinta selang generasi....

Segmen Jom Tambah Follower bersama Lulu Caldina


Nih pentamak follower nak join segmen adik comel cute pencinta Chelsea si lulu caldina. Hahaha.... Pentamak ye cik kak?  Melampo nak kena tampo le kekdahnya tu, khennn?? (errr.....tapi memang suka kalau nombor kat 'join this site' tu bertambah...hehe) jangan tipu diri sendiri , ok. Tu yang teringin nak join segmen ni.

Lulu , akak selalu datang blog lulu baca2. So, segmen nie nak support Lulu lagi la kiranya. Semoga bertambah maju jaya lagi dalam dunia blogging.

Eh korang tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai pakat join Segmen Jom Tambah Follower  kat blog Lulu tu ye. Mudah-mudahan follower bertambah. Bertambah jugalah kenalan dan mengeratkan lagi silaturrahim bersama blogger sekelian yang ada. (terpanjang la pulaakkk...)


Tuesday, 27 September 2011

Blog HILANG!

Tadi time lunch, tiba-tiba blog sayanakcerita nih hilang. Kena removed , okeh. Entah apa punca entah sape punya kerja yang telah buat saya tak keruan sekejap. Terus buka fb melilau cari syani adinde saya yang sorang nie. Yang lain sumer tak online nak bertanya pun. Lagi pun dia jer la yang paling otai pun di antara kuncu kincit saya yang ada blog. Yang lain walau rajin berchitchat, tak friend kat fb pulak. Abis tu camno? Nasib baik ada syani . Boleh tanya-tanya. Kasi tolong sikit lega kat jiwa raga yang gundah gulana.

Hari tu kena hacked. Hari nih kena removed. Sesak perasaan disebabkan blog yang tak canggih mana pun nie. Good. Boleh tambah pengalaman dalam berblogging. Tambah ilmu juga hendaknya. Terima kasih dinde-dinde saya yang tolong melegakan gundah saya. Nanti akak tolong serabutkan korang lagi dengan soklan2 akak ....ekeke...

Tadi ada majlis penyampaian hadiah Visa swipe contest Giant tu. Ingatkan cawangan je, rupa2nya satu Malaysia wehhh....Ford Fiesta tu dimenangi orang Terengganu. Chinese. Hadiah pun dah selamat dishoppingkan. Alhamdulillah.... Blog pun dah ok balik. Alhamdulillah...



Monday, 26 September 2011

iPhone 3G S!!!

Hujung minggu dalam bulan Syawal, biasalah. Beraya sini sinun tak habis-habis. Kenduri-kendara pun kat sini sinun. Suka beno diorang nie kawen lepas raya. Termasuklah sepupu-sepupu kitorang nie ha. Takpe. Orang dah jemput, kita pergilah ye dop? (uik, tetibe pulak kena sindrom si kak jejariruncing nun. hehe)

So, Sabtu lepas, berhari rayalah kami lagi di samping meraikan sepupu yang bernikah kat Masjid Negeri. Beraya sini sinun sampai la lewat petang. Malam tu sepatutnya Encik Hubby kena pergi dinner. Sampai dah lewat petang kami masih beraya kat Selayang, rasa macam dah letih nak terkocoh-kocoh balik. Encik hubby bertegas jugak nak pergi sebab taknak income dia kena potong. (eceh! ntahapehape diorang nie siap ugut2 potong komisyen kalau tak datang dinner. Sukahati la kan? Yang korang buat time raya-raya pastu malam minggu tu apasal? Buat la malam weekdays tak boleh?)

Sambil tolong-tolong siapkan encik hubby yang berpakaian tema Italian...saya membebel jugak. 
"buatlah time weekdays, tak boleh? nie buat time hujung2 minggu." saya.
"Dinner memang buat hujung minggu." Encik Hubby.
"Tema pulak macam nie. Entahapehape." saya .

Bla bla bla. Saya memang geram. Tau pasal apa? Dinner company Takaful Encik Hubby nie tak pernah jemput pasangan. Ate...tak kedekut gitu? Tak bikin hangen gitu? Dah tu, kacau daun pulak hujung2 minggu. Masa kualiti keluarga pun nak dicilok. Lain la jemput family, ye dop? Adehhh......sabo, sabo. Maka saya pun melepaskan pemergian Encik hubby walaupun dia pergi agak lewat.

Dalam pukul 2.30 pagi baru dia balik. Itupun lepas tengok bola dengan adiknya. (cett....sempat tengok bola lagi tu...)

Sampai-sampai jer di muka pintu,
"Mama tau tadi apa jadi?" encik hubby.
"Jadi apa?" saya.
"Dapat ini!" encik hubby terus memberikan bungkusan beg plastik.

Saya pun terus membuka beg plastik tu. Encik hubby dah tersengih-sengih dah time tu.

v


v


v


v



v

Waaahh......dapat iPhone 3G s? 

0348. Nombor bertuah encik hubby malam itu. Hilang geram masa Maghrib tadi. Hahaha......

Alhamdulillah.... dapat rezeki yang tidak disangka-sangka lagi selepas menang contest swipe and win Giant tu.  Tahniah ye Abah? Semoga murah lagi rezeki kita selepas nie. InsyaAllah...


Friday, 23 September 2011

SiLa PerCaYa !

Hari ini sangat mengujakan. Pasal apa ye? Ohhh....ada banyak perkara bagus berlaku dalam satu hari. Mula-mula, cerita pagi tadi. Saya dan kawan-kawan dapat melihat senyuman mesra secara real bukan dari gambar atau kaca tv, tauu.... siapakah itu?
v


 v


 v

v

v

v

v
Percaya tak? Sila percaya.

Lepas tu, ada jamuan raya Jabatan kami pulak. Biasalah. Makan-makan. Chit chat chit chat. Gurau-gurau. Gelak-gelak. Posing-posing dah semestinya. Makan-makan lagi sampai lebam siap tapau-tapau pulak tu. Tapi sorriiii......gambarnya tiada.

Sebab tiada gambar, percaya tak? Sila percaya. 
Petang, ada mesyuarat Agung yang mesti pergi sebab siap ada elaun kedatangan. Jumpa insan yang membawa khabar gembira yang mungkin akan didengari pada 7 Oktober ini untuk penjawat awam. Siapakah gerangan yang membungakan hati kami ini? 

v

v
v

v

v

v

v

v

v

v

Presiden Cuepecs Dato' Hj Omar bin  Hj Osman

Tak sabar rasanya nak tunggu PM umumkan berita best tu. Saya sempat ucap terima kasih pada beliau,tau. :)
Tapi tiada gambar yang membuktikan. Percaya tak cerita nie? Sila percaya.

Last sekali, ni yang paling gempak nak bagitau nie. Encik hubby telah memenangi kereta Ford Fiesta hasil peraduan VISA Spot and Win Contest anjuran GIANT. Woooha! Percaya tak ni?

v

v

v

v

Saya yang pengsan kalau betul. Hahaha! 
Ford Fiesta tu angan-angan saja. Yang betulnya Encik Hubby memenangi baucer shopping kat Giant sebanyak RM200 sebagai hadiah saguhati. Dapat la jugak,kan? Syukur Alhamdulillah....



Thursday, 22 September 2011

Macam mana nak buat?

Qisya sekarang nie malam-malam mesti menangis. Dia boleh melalak dari tengah malam sampai pagi. Nasib baik kalau dia nanges tu sampai pukul 2 pagi. Dapat lama sikit saya tidur. Tapi dah 3 hari dia melalak sampai pukul 4, 5 pagi. Dan pagi tadi pecah rekod sampai nak dekat pukul 6 pagi. Time saya bangun nak bersiap pergi kerja. 

Qisya yang susah nak tidur malam..

Adehh....sabo jer la mama nie. Sudahlah semalam saya demam dan abahnya lambat balik. Menggigil rasanya nak uruskan si kecik nie kat bilik air. Dah tukar pampers, bagi minum susu patutnya ok le kan. Ini tak, start merengek-rengek buat ragam itu ini dan kemudiannya terus melalak dengan sesungguh hati. Tak tau nak buat macam mana lagi. Sudah banyak hari merindukan tidur yang lena. huhu...


Tuesday, 20 September 2011

Beraya Sini Sinun 2011 Part 2

Disebabkan raya tahun nie beraya seminggu kat Perak, dah habis bercuti baru nak beraya dengan Pakcik Makcik encik hubby atau dalam panggilan jawanya Wak, Bibik dan Paman sekelian yang semuanya tinggal di Lembah Klang. Tapi kena tunggu Sabtu Ahad le, kan? Hari lain berkojolah kito...hehe.

Di rumah pertama. Sebelum beraya, harus posing2 dulu. Model dress Laura Ashley la katakan. Lawo tak? 


Uncle Is yang masih single dan Amsyar bergambo dengan si Bella dan Ben yang sangat comel.


Qisya pun nak tengok Bella dan Ben. Terpaksalah Amsyar dukung. Adoiiii....sorang rambut lurus, sorang rambut kerinting....hehe.


Tau la adik beradik. Cara duduk mesti nak sama ke? Ke sofa Makcik Kintan nie bestnya lain macam? hahaha... Amsyar tak peduli. Ngap aje biskut yang nampak sedap.


Nak tumpang posing kat sofa nie jugak..ngeeee...


Wohaaa.....dah bermula sesi makan-makan. Best...


Qisya dapat perangai baru. Nampak lantai lapang je, dia pun bergolek-golek kat situ. Entah apa yang bestnya tak tau laa...


Meneruskan lagi konvoi ke rumah makcik kat Kajang pulak. Perghhh.....makan lagik...


Suka betul Amsyar beraya. Dapat makan sedap-sedap, dapat kumpul duit raya. Sakan dia..


Happy betul Qisya dengan Aunty Eirnanya. Apa yang seronok sangat tu Adek?


Berkonvoi pulak ke Banting. Kat sini lagi banyak menunya. Penat makan wehhh. (malas dah nak tempek gambar makanan). Makcik bersama menantu dan cucu sulungnya. Raya kali nie, Qisya dan Amsyar dapat ramai dua pupu baru. Sepupu baru diorang awal tahun depan InsyaAllah..


Mamarazzi pun nak posing jugak kat sofa baru Umi si Amsyar dan Qisya nie. Kan dah kata, raya kali nie raya yang paling banyak saya bergambo? (tapi yang nie memang poyos sungguh mocik....kih kih kih..)




Posted by Picasa

Thursday, 15 September 2011

BBQ malam Merdeka 2011

Hari Raya pertama tu, malamnya kami buat BBQ sempena menyambut merdeka katanya. Amboii....tak pernah-pernah nak celebrate merdeka, tahun nie celebrate la pulak. Mentang-mentang merdeka tahun nie kongsi tarikh dengan raya, kami pun ambil kesempatan la. Paling semangat cucu-cucu opah yang siap nyanyi lagu negaraku sambil kibarkan jalur gemilang kat atas land rover abang saya. Huh! Patriotik tak hengat. Anak-anak sapa la nie....ekeke...


Perghhh....Amsyar siap tabik lagi. Hahaha..


Pastu sibuk nak perhatikan Along (cucu sulung mak saya) diorang membakar arang. (Amsyar terus bergaya dengan stylo sekali. kih kih kih)
 

Kat dalam rumah, Yong (kakak sulung saya) sibuk menyediakan minuman lai chi kang. Special,tak?  :)      (tak boleh tempek gambar lain sebab tak tutup aurat...huhu)


sesi bako-bako pun bermula dengan penuh gigih...


kaum abah ayah sibuk membako, anak-anak tukang perati dan menunggu tak sabo.
(pantun versi Perak ye kenkawan...)
 

Yang dah masak boleh diangkat. Ramai pakat tunggu tu.


Siang tadi, mak mak yang posing kat port nie, malam pulak anak-anak yang take over.

Sedap betul ayam yang dimarinate kakak kedua saya merangkap chief menu raya kami. Ayam untuk BBQ nie diperap semalaman. Resepinya adalah rahsia. (ceh! rahsia konon....hahaha. siapa yang nak, saya boleh bagitau... :P)
 

Mia anak saudara saya yang termuda. Awal tahun depan nak dapat adik. Jangan garang2 ye Mia?

p/s: Balik kursus 2 hari kepala nie macam banyak pengisian rasanya. :)



Posted by Picasa

Monday, 12 September 2011

TaK HabiS LaGi ..

Kalau ditanya mana satu gambar raya paling saya suka dalam banyak-banyak gambar raya 2011, saya paling suka gambar saya dan adik beradik perempuan di sebelah saya kat bawah nie. Tu yang ulang tayang balik. hehe.. Paling ceria dan mungkin sebab kami semua memang suka bersepakat nak buat satu-satu perkara. Takde siapa yang cerewet atau nak tunjuk-tunjuk siapa paling lebih itu ini.

Okeh. Taknak over. (kang ada pulak jebik-jebik mulut bila baca. :P) Pesanan penaja, sayangi adik beradik anda. ngeeee...



Mak Su tengah peknen. Nampak cute jadinya gambar nie...


Asyik jadi model jer..hehe..


Berehat sebentar bersama Qisya yang sibuk nak tengok alam sekeliling...


kalau u olls ke Kuala Kangsar dan makan laksa kat tepi sungai, pandangan ke seberang sungai adalah rumah makcik-makcik dan saudara mara saya di sepanjang tepi sungai. So, kami beraya kat rumah2 tu la. Tapi masa nie terkandas sekejap sebab makcik kami yang sorang nie pergi beraya la pulak. Tapi sebab view dari sebelah rumah makcik sorang nie sangat cantik, siap ada tempat lepak pulak tu, boleh la kami duduk-duduk sekejap kat sini.



Qisya enjoy betul sebab raya kali nie dah boleh berjalan dan dapat makan macam-macam.


Dah beraya ramai-ramai nie, main sumbat je kereta mana yang ada ruang...



Hasil DSLR Nikon D7000. Habis segala eksesori tambahan kat muka nampak clear. Me loike + dun loike. Qisya baru bangun tido dah dipaksa bergambo. Muka tengah tahan nak menangis la tu.


Adik saya yang terel masak cheese cake dan biskut raya yang sedap-sedap gigih membancuh air.


Kami tak dapat nak beraya banyak rumah disebabkan ini. Sekali datang sampai tak muat laman rumah Mak saya nak parking kereta. Baru nak jalan, dah dapat call suruh balik rumah sebab ada tamu datang. Nak buat macam mana, dah lahir dalam keluarga yang besar macam nie la.....


Cucu Opah yang dah kepenatan beraya sana sini. Masing-masing siap bawak beg pergi beraya. Macam la banyak sangat nak dapat duit raya. hahaha.. (errr....tapi memang banyak pun. siap dah plan nak beli macam-macam tuu...huhu) Dah petang-petang, layan tv baru Opah jer la. Malamnya ada aktiviti lain pulak. Sesi bako-bako. Nanti cerita kat entri lain ya. Esok nak kena pergi kursus pulak. T_T......



Posted by Picasa