Monday, 31 October 2011

Bagan Nakhoda Omar

Lama dah tak tempek gambar makanan. Seronok jugak bagi orang yang tengok meleleh air liur sekali-sekala. ekeke... 

Sabtu lepas balik kampung embah encik hubby kat Sabak Bernam sebab ada kenduri kawen. Dah balik sana, mesti nak pergi BNO kalau cuaca elok. Nak cari apa ye? Cari nih.


Tadaaa!!! Mee udang special. Amacam? Terliur tak? hehe... 


Qisya dan Amsyar dok melangut tunggu nasi goreng Udang diorang. Tapi tak snap gambo la pulak. Dah asyik dok slurp mee udang je sampai terlupa nak snap. Gambar ABC special pun lupa nak snap. Tapi bagus pun. Kang u olls terliur lagi tengok gambo nasi goreng udang tu pulak. Haishh...tak baek. Tak baeekkk.....kuikuikui..


Berkongsi wakaf dengan makcik-makcik nie. Dah takde tempat lain nak duduk tengah panas petang masa tu,   duduk jer lah kat situ (anak-anak daranya cun wooo....:p)


Air tengah pasang. Tenggelam pantai kat tepi tu. Amsyar seronok betul main air. Mata kena asyik perati dia je. 

Panas terik betul petang tu. Silau pemandangan dibuatnya.


Anak-anak dara makcik tadi tu dok berposing-posing  kat situ. Seronok juga tengok bot-bot nelayan lalu lalang kat situ. Bila lalu je, jadi la ombak besar kat tepi pantai. Suka budak-budak kat situ.


Qisya buat hal dia je. Entah air sabun siapa yang dia jumpa. Nasib baik dia tak tumpahkan. Tuan empunya datang ambil balik.


Pemandangan di pantai Bagan Nakhoda Omar. Boleh la nak bersantai-santai...

Tak sempat nak tengok sunset pun sebab terus ajak encik hubby pi meronda pasar petang kat Parit Baru. Ada karnival belia kat situ. Banyak la gerai-gerai promosi aktiviti-aktiviti untuk belia. Tapi kami tak ronda kat situ pun sebab dah lewat petang. Ronda pasar petang je. Kat situ, ada sesuatu yang menarik perhatian saya.


Eh? Orang India jual petai? Pelik saya sebab tak pernah jumpa situasi macam nie. U olls penah jumpa? Hehe...



Jom amalkan HARI-HARI!

Share dari FB.

Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian. 

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat

1 tahun 4 bulan

Cerita macam banyak. Tapi bila datang penyakit malas nak hapdet blog, dah berlapuk gambar-gambar yang nak diletak kat blog tapi tak letak-letak. Tak cerita-cerita. Adoyaiii.....mood ke laut lagi gamaknya. Hehe..

29hb hari tu, genapla Qisya berusia 1 tahun 4 bulan. Alaaa, baby yang kat header tu la. Ramai yang tanya siapa baby tu...itu la Qisya ----> anakanda saya yang kedua.


Hai kawan-kawan Mama! Sayalah Qisya!

Okeh. Dah pandai ber camwhore. Hehe. Banyak tak perbezaannya dengan gambar kat header yang berusia 8 bulan? Gigi lambat tumbuh. Baru ada 4 batang. 2 atas, 2 bawah. Dah la beso-beso, senget pulak tu.  Perasan tak? Sebatang ke depan, sebatang lagi ke belakang. LOL...


dah ada bakat nak tolong-tolong menyapu. Tapi bab memunggah pun nombor satu. huhu..


baju kat header tu masih muat lagi.


Qisya sorang jer berambut kerinting. Lawak pulak tengoknya. hehe..

Rambut kerinting pun kerinting la. Tomey, gak aper? :p


Thursday, 27 October 2011

Jagung Rebus BASI!

Hari ini balik kerja lambat sikit sebab ada Minggu Kualiti kat tempat kerja. Ada macam-macam ceramah. Punya ramai yang dijemput bercakap hari nie. Salah seorangnya penceramah kat TV 9 & Alhijrah. Heliza Helmi pun datang, tau. Dapat la tengok muka comel Heliza dekat-dekat tadi. Memang comel... :p

Bila dah balik lambat dan ada pasar tani pulak hari ni, saya buat keputusan beli saja makanan untuk dinner malam nie. Nak masak dah tak sempat sebab encik hubby tak keluarkan ayam dari fridge sebelum dia keluar. Nak menyahbekukan ayam mesti la makan masa, ye tak? Nak kejar drama Soffiya pun ya jugak. (ini kes terjebak,tauu...) hehe.

Kat pasar tani tu ada satu gerai jual jagung rebus & jagung bakar. Saya memang suka makan jagung rebus. Jadinya saya merupakan pelanggan tetap gerai nie sejak harganya RM1.10 setongkol. Naik seposen demi seposen sampai la kali terakhir RM1.50. Tidak mengapalah. Kerana kasih kuturutkan jua keinginan hati ini. Tadi, harganya naik lagi. Tambah lagi 30sen jadi RM1.80 setongkol. Tak mengapalah. Harga barang makin lama makin naik. Bukan jagung je.  Redho.

Sampai je rumah, makan jagung dulu. Ada rasa masam. Berbau pulak tu. BASI??? Adoiiii......sakit hati saya. Harga yang dijual dah la mahal. Menipu pulak tu. Entah bila punya jagung rebus tu gamaknya. Sampai hati diorang. Dah la jual kat pasar tani je pun. Bukannya sewa booth mahal2 kat shopping complex. 

Kalau jual jagung jenis kat gambar nie tak apa la jugak kalau nak jual mahal. Memang jagung jenis nie berkualiti tinggi. Tapi yang saya beli tadi tu jagung manis yang biasa je. Sabo je la...



Wednesday, 26 October 2011

Wordless Wednesday (week 43/11)



Tuesday, 25 October 2011

Berblogging sudah MEMBOSANKAN?

Semenjak akhir-akhir nie, ramai blogger dah tak berapa rajin update blog. Tinggal blog copy paste je yang agak aktif. Apesal ye? Dah boring? Mood dah pergi ke laut lepas tak reti-reti nak balik? hehe...


Janganlah macam tu u olls. Hidupkanlah  balik semangat berblog tu. Buat readers tertunggu-tunggu entri terbaru tak baek tauuu. Especially saya. :(
 
 
 

Saturday, 22 October 2011

Perkara aneh dalam Drama Soffiya

Dulu-dulu, saya tak rajin nak follow drama Melayu bersiri kat tv. Bukan tak tengok langsung, cuma tak follow. Dah tertengok 1 episod tu, takdelah saya nak tunggu episod selepasnya. Layan drama omputih je kekdahnya. (pergghh....berlagak! hehe..) Saya tak pernah miss tengok Desprate Housewives, Betty, Prison Break dan lain-lain kat tv8. Kalau tiba musim layan drama Korea, satu demi satu drama saya layan sampai khatam takde miss punya. Buat marathon sampai pagi. hahaha...

Sekarang nie tengah musim melayan drama Melayu pulak. Start Tahajjud Cinta hari tu. Penamatnya sangat menyakitkan hati. Bukan sikit punya tergantung. Melambak-lambak. Paling tak boleh blah watak Citra. Punyalah nampak tegas dan beria-ia nak tolong si Seri. Last2 di episod akhir pi tolong bawak balik asrama rawat sikit-sikit je. Bukannya nak bawak hospital ke, balai polis ke. Siap cakap "Solah tu lelaki, dia tahu apa yang dia perlu buat". Mana pergi sikap pejuang dia yang dari mula sungguh berkobar-kobar sangat tu? ANEH. Belum lagi kes kakak dia yang kena belasah tu. Tak settle jugak. Haisshhh.....geram sehhh...

Ok. Cukup la dulu pasal Tahajjud Cinta. Banyak lagi perkara aneh dalam drama tu tapi biarlah. dah lepas pun. Ini nak cerita pasal drama Soffiya pulak. Saya macam kena tunggu drama ni sampai habis dengan harapan perkara yang aneh-aneh itu dapat selesai tak seperti Tahajjud Cinta. Lagi pun drama nie episod awal-awalnya macam best. Tu punca saya terlayan juga drama tu hingga episod terbaru.


Nak tahu apa yang aneh? Antaranya pasal Kak Ton tu. Dengan rumahnya yang macam kat kampung. Warungnya pulak yang macam restoran. Katanya takde pembantu, dia sorang yang urus kedai, tapi selamba je tinggalkan kedai tak tutup dengan lenggang kangkung bawak beg mengkuang balik rumah. Aneh lagi, kan? Lepas diorang kawen, sekali je Soffiya jenguk Kak Ton. Pastuh takde dah. Jangan tak muncul dah Kak Ton tu, udah la ye? Nampak macam tak mengenang budi pulak si Soffiya tu. hehe..

Lagi satu watak si Muiz/Ady yang nampak macam psycho tu. Paling kelakar masa dia nak attack si Fiona. Mula-mula dia kejar kat belakang kereta Fiona naik motorsikal, alih-alih dia berdiri kat tengah jalan menahan kereta Fiona sambil pegang pisau ala2 ganas macam Rambo kekdahnya. Si Fiona pun berhentikan kereta, keluar dari kereta dan dia pulak berdiri tengah-tengah jalan berpusing-pusing melilau cari si Muiz/Ady tu. Bila dia tak nampak mamat tu, dia pun masuk balik kereta, sedar-sedar Muiz dah ada dalam kereta. Fuyooooo.......ini dah boleh jadi citer hantu dah nie. Tetiba kat situ, tetiba kat sinun. hahaha...

Fiona nie pulak, memang tahap terer mengendap tak boleh blah punyalah. Dia terperasan Muiz/Ady follow si Soffiya masa nak pergi beli barang basah untuk masak. Masa tu dia kat tepi pagar...bukan kat dalam kereta ye kenkawan? Boleh pulak dia ikut mengendap si Soffiya dan si Muiz sampai ke kedai runcit ala-ala pasar mini mamak yang begitu melambak-lambak kat shop lot2. Boleh pulak si Fiona jumpa diorang. Cukup masa ke nak kunci rumah, start kereta dan pintu pagar (kalau auto pun mesti slow melow jugak time nak bukak tutup) sebab diorang takde orang gaji? Padahal si Soffiya tak bagitau pun dia nak pergi kedai mana satu. Boleh jadi ke pasar atau hypermart. Giler terer la Fiona. hahaha...

Banyak lagi yang aneh-aneh pasal drama Soffiya nie. tapi sebab dah terjebak, layan kan je lah. U olls nampak tak macam yang saya nampak? (saya memang banyak persoalan...hehe)


Thursday, 20 October 2011

Doa di ulangtahun Perkahwinan ke 9


Kepada suamiku,
Isterimu ini belum lagi sempurna buatmu seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah dan isteri-isteri Rasulullah SAW serta para sahabat.

Belum punya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi suka duka alam perkahwinan. Lantaran itu, kata-kata yang mengguris perasaan  selalu terluah dek tak tertahan dugaan yang kadangkala datang menjengah. Ampunkanlah isterimu ini wahai suamiku. Kerana gentar juga diri ini andai tak tercium bau syurga. T_T

Wahai suamiku..
Di hari ulangtahun perkahwinan yang ke 9 ini, ingin isterimu ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaranmu, kasih sayangmu dan segala-galanya selama ini. Semoga ianya berkekalan selagi hayat dikandung badan. Tiada hadiah mewah untukmu. Hanya doa yang dititipkan... Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan kita.

Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amiin…


Wednesday, 19 October 2011

Wordless Wednesday (week42/11)

20/10/2011 = 9 tahun


Semoga kekal hingga ke syurga..... :)


Monday, 17 October 2011

Trauma menonton Buletin Utama

Argghhhh.......sakit jiwa raga saya menonton Buletin Utama TV3 tadi. Tak pernah rasa trauma macam nie bila tengok sesuatu yang sadis. U olls tengok tak yang budak kecik kena gilis 2 kali dengan van tu? Pastuh, 18 orang (yang tak layak digelar manusia) lalu lalang kat situ, buat tak tahu je budak kecik yang terbaring tengah jalan tu. Gila.

Di manakah nilai perikemanusiaan mereka? Serius. Puas hati saya kalau mereka dihukum gilis, lepas tu biarkan tengah jalan. Jangan tembak, ya pihak berkuasa negara China? Mood-------> sangat geram dan trauma. (maunya tak, budak kecik tu macam sebesar Qisya je..huhu..)

 U olls google la sendiri. Tak sanggup nak tengok lagi. T_T.
 
p/s: Baiklah. Ini entri paling tak bahagia dalam blog nie.


Friday, 14 October 2011

Jangan ada DENGKI di antara BLOGGER

Salah satu pintu syaitan dapat masuk dalam diri kita adalah sifat dengki. Dengki atau iri hati yang saya maksudkan ini bukan untuk motivasi diri tapi dengki yang sakit hati dengan kelebihan orang lain. Atau lebih khusus untuk entri ini, saya maksudkan dengki dengan blogger lain. Tak kira la dengki dengan pencapaian blog ke, cara hidup ke, dapat couple hensem/cun ke, atau apa sajalah.

Gamaknya puas hati giler kalau si blogger tu tutup blog. Pelik tak orang fe'el hampeh cenggini?   Saya dah baca banyak entri pasal blogger menepis para haters nie. Tapi haters tetap haters. Diorang tak peduli dengan entri-entri macam tu pun. Penjelasan tak diperlukan pada diorang. Yang penting, dapat buat orang lain sakit hati. Kalau boleh, blog tu tak wujud dah. Adehhh.....Semoga golongan seperti ini mendapat ketenangan hati hendaknya.

Kalau nak blog sendiri berjaya, berusahalah. Dah banyak tips2 yang blogger otai sudi kongsi. Kalau tak tahan tengok cara hidup orang lain lagi hebat, tak payah la pergi blog dia dah. Kalau menyampah baca blog i lap u, u lap mi.... tak payah singgah dah. Ada beribu-ribu blog untuk dibaca yang lagi best dan mungkin memenuhi selera jiwa kita. Tak gitu? Tak perlu dengki mendengki. Kenapa nak sakitkan hati kita sendiri? Kemudian sakitkan hati orang lain? Tak bagus. Tak baguuuus. Pilihlah untuk hati yang bahagia. 


Bersama ana suzana salah seorang sifu saya di alam blog yang femes amos macam retis dah. Ada sape2 jeles? Lantak. :p


Thursday, 13 October 2011

Mana yang Paling Nikmat menjadi seorang BLOGGER?

Bulan Oktober nie, kira dah 7 bulan saya ada blog. Menulis ikut dan je sebab saya tak rajin nak cari cerita baru kat internet, pastuh cilok dan tempek kat blog sendiri. Tak pun menulis tentang isu-isu terkini yang ramai juga dah menulis kat blog masing-masing. Tak rajin. (jangan blog jadi bersawang, sudaaahh....). 

Tapi memandangkan ...  ramai juga yang nak 'join this site' dengan ikhlas, ramai juga yang letak komen2 kat entri, dan ramai juga yang beramah mesra sudi nak menjadi kuncu kincit saya, makanya saya berpendapat untuk terus berblog dengan riang ria dan dengan hati yang pink bak kata liyana zahim .

Oh maaf, saya takde contest-contest, segmen-segmen atau GA. Walau pun banyak blog naik dengan cara begitu, saya akan utamakan mereka yang rajin beramah mesra dengan saya untuk diletak kat bloglist. Tak perlu segmen. Kalau letak dengan ikhlas macam saya juga, Alhamdulillah. Terima kasih.  Saya suka, saya letak. Saya suka, saya follow. Tak perlu suruh-suruh apatah lagi paksa-paksa. Kalau sentap juga sebab saya tak follow sampai nak unfollow balik, ikut suka la. Deal gitu? Semoga semua blogger berhati pink. 




Ada beberapa soalan untuk sekelian blogger. Apakah yang paling nikmat menjadi seorang blogger dan membuatkan anda gembira di alam blog ini?  Ramai followerkah sampai jadi femes amos? Ramai yang baca/skodeng, kah? Atau ramai yang rajin komen kat setiap entri? Dan lagi atauuuu....mempunyai blog yang nampak gempak dan canggih? Tu diaaaa....persoalan ini harus dijawab. Ingin kutahu dimanakah hala tuju blog akan kubawa. Sila jawab, okeh? (mana tahu, kot-kot terbuka hati nak buat GA. hehe...)


Tuesday, 11 October 2011

Amber Court Genting yang Menyeramkan

Saya tak pernah tahu pasal kewujudan Apartment bernama Amber Court di Genting. Hari tu, masa kelam kabut cari hotel nak menginap disebabkan First World Hotel penuh, adik ipar saya google review untuk Apartment Ria. Konon-konon nak stay situ la sebab family kami kan ramai, apartment la yang sesuai. Sekali tu dia kata Apartment Ria tu 'keras'. Orang yang stay kat situ selalu kena kacau. Dia pun suruh saya review2 jugak tempat-tempat lain.

Google sana sini, asyik jumpa Amber Court je. Wah, hebat betul aparment nie. Banyak giler story mory pasalnya kat forum-forum dan blog. Paling best, banyak cerita yang menyeramkan pasalnya. Apa lagi, jiwa saya pun meronta-ronta nak tengok sangat Amber Court nie. Creepy sangat ke? Sambil-sambil baca review nie, terbaca jugak la komen seorang yang pernah menginap kat First World Hotel. Teruk dia kena ganggu di tingkat 22. Bila adik ipar call cakap dah dapat book First World Hotel, saya syukur je. Takkan dalam 24 tingkat, saya nak kena tingkat 22 tu. Ceh. Konfiden wehh..

Sekali, masa kat lobby hotel, biras saya bagitau bilik saya kat tingkat 22. Rasa nak PITAM. Huh? 22? Nak tak nak terima jer la. Takkan nak ngada-ngada pulak, hotel dah full. Lagi pun yang uruskan tu biras saya. Adeh...sabo. Sabo. Harap-harap menghadap ke Theme Park. Ok. Redho sekali lagi. Nak kata apa lagi ye dak? 

Sampai-sampai je bilik. Terkesima lagi sebabnya bilik tak menghadap Theme Park macam diorang yang lain. Huhu. Dugaan apakah ini? Berdebar-debar je hati nie tak tahu kenapa. Ayatul Kursi peneman setia sungguh.

Pemandangan dari bilik saya. Nampak jalan bengkang bengkok kat bawah. Eh? Ke mana perginya jalan tu? Sebab berkabus, tak nampak la jalan tu menghala ke mana. Bila hilang kabus, saya pun pandang ke kiri sebab nak tahu jalan tu menuju ke arah mana.

Ooooo....ada bangunan rupanya. Sekali recall2 balik. Eh? Macam familiar jer tu. Amber Court? Huwaaaaa.......bilik saya menghadap Amber Court! Bertambah debar di hati saya. Apa malangnya ni? Dah la duduk kat tkt 22, menghadap Amber Court pulak tu. Sungguh tak bahagia. Malam tu saya tak boleh tidur. Qisya pun. Melalak jer dia sampai pukul 5 pagi. Macam-macam bunyi saya dengar tapi senyap bila pasang ayat2 al-Quran kat iPhone. Ish ish ish....Paginya, siap-siap check out. Tak nak naik dah kat bilik nie. Huhu

Petang sebelum turun dari Genting, kami buat lawatan ke Amber Court. Tinggi sungguh semangat ingin tahu kitorang. ekeke...
 Gambar yang nie saya ambil kat google. Sama je seperti yang kami lihat petang tu. Tak ingin nak snap guna kamera sendiri. Takut rosak. Sengal tak? Lantak. hahaha....

Main entrance Amber Court.

Closed up sikit. Ada beran? Memandang jer dah rasa seram. Dah la terletak kat hujung, jalan berliku-liku tak diselenggara, berkabus je memanjang kat situ, Giler spooky, okeh? Dapat offer free pun tak nak stay kat situ. huhu.  Kalau u olls google, parking dia paling tak boleh blah. Siap ada kereta tinggal kat situ. Tapi kepada mereka yang sukakan cabaran, staylah kat sini. Pastuh boleh la ce citer...ce citer..



Monday, 10 October 2011

Percutian ke Genting Highlands Part 2

Sambung balik pasal citer kat Genting. Hari kedua, lepas breakfast je terus kami dapatkan tiket untuk outdoor games pulak. Biasalah tempat game nie bila dengan budak-budak. Kami semua pun jadi budak-budak balik. Habis tu nak temankan budak berdua tu, memang kena layan je la kehendak diorang.



memanjang jer berkabus kat sini.


Sejuk perut mama nie Amsyar. Kecik-kecik lagi dah bawak mama dengan abah jalan-jalan naik kereta antik. hahaha..


Yang kali pertama tu boleh la layan. Pastu nak naik lagi, beratur lagi. Beratur lagi, naik lagi. Adehhh....


Biasalah kan main game itu ini, malas pulak nak tempek banyak-banyak kat sini. Gambar riang ria nie banyak yang poyo. :p Segan la...hehe

Dah tengahari,  kami checked out hotel, Solat, pastuh lunch. Lepas lunch, sambung balik nak main outdoor. Beratur kat sg rejang tu dekat sejam. Alih-alih bila dah dekat nak turn kami kena tutup pulak sebab hujan lebat. Huwaaa.......baru nak main yang ekstreme2 sikit dah hujan.


Memandang hujan lebat dengan rasa yang kecewa..


Uncle Boy yang rajin layan anak buah yang suka merayap ----> Qisya.


Biar lepas je mesti nak explore sana sini. Dah takde apa nak buat, posing-posing sambil layan anak-anak je la.


Buah hati mama, Amsyar dan Qisya.


Ramai yang bersidai kat tangga-tangga menunggu hujan reda. Tapi dah lewat petang kami membuat keputusan untuk pulang. Kecewa juga sebab tak dapat naik semua yang ekstreme tu. Tapi tak apalah, next time boleh datang lagi.

Turun Genting, kami semua berpakat nak makan sate kat Satay Station Kg Pandan. Dah naik harga jadi RM1 secucuk. Pitam. Dari 80sen, naik 90sen. Kejap betul 90sen tu bertahan. Tetiba je naik RM1. Adeh laaa....tapi sekali sekala boleh la layan ye dak? Tambah-tambah kali nie bawak mak dan abah sekali. Dapat pulak makan kat dalam bilik. Dah macam cerita Korea pulak feelingnya. Hahaha...


Mi rebus yang mabeles. Wajib order.


Masing-masing jadi pentamak siap order 100 cucuk. 10 cucuk untuk sate hati. Itu pun ada yang bising cakap tak cukup. Sekali datang, besar gedabak. Tersenyap masing-masing. Tak habis pun 10 cucuk tu siap bawak balik. ekeke....


Masa kami sampai takde siapa pun dalam rumah nie. Sekali time balik, penuh la pulak. Kat luar pun penuh. 


Kite bako je... :p


 Ucu dah nak balik Mesir minggu depan. Qisya dah sedih seminggu awal. huhu...

Apapun aktiviti, walau ada insiden yang tak best.....akhirnya tetap best sebab bersama family adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tak apalah tak dapat main banyak permainan kat outdoor theme park tu, yang penting dapat berkumpul seisi keluarga. Lain kali, boleh plan lain pulak. Tapi taknak menginap. Balik hari, okeh?



Posted by Picasa