Wednesday, 30 November 2011

Dah komen, datang balik tak?

Terfikir-fikir dah lama nie. Nak tanya...
Kalau dah tinggalkan komen kat entri blogger lain, u ols datang check tak balik komen tu sama ada dijawab oleh admin blog atau tak?  Kalau saya, saya jejak balik. Kenapa ye? Kerana komen itu MAHAL. hahaha...

Betul, kan? Sebab saya rasa saya berada di kalangan mereka yang menulis, tapi tak ramai respon. Nanges. Teringin jugak terima komen kalau tak sebanyak blog aidid ke, tubelawak ke...tapi macam kuncu kincit saya  liyana zahim pun jadi la. (ke saya kena tulis entri sengal mcm dia?).  kah kah kah. Gila punyer sadis. Pada hal, blogger-blogger otai dah pesan suruh...

1. buat pop-up window. DONE.
2. buang verification word. DONE.
3. simple2 je. (tidak terlebih kreatif beserta ayat pujangga). DONE.

Habis tu? Tak dapat banyak komen jugak.  T_T....

Hello pompuan. Mung nak sedey2 pasai pa? Yang penting ramai datang baca, beb. Ramai yang baca!


Tapi nak komen! Nak komen! Nak komen banyak-banyak jugak....baru ada semangat nak tulis-tulis lagi...huwaaa.....

Tak best ke kalau pageview bertambah ribu riban sehari?


Eh? Pageview ribu-riban sehari? Nak jugak! Nak jugak! tsk tsk...

Blogger pentamak pernah aku jumpa!


Apa? Pentamak???


Kah! kah ! kah!


Musim Demam ke?

Ini cerita tak best. Hari Isnin lepas rasa macam tak sedap badan lepas mengerjakan rumah untuk dibikin 5S. Punggah sana sini. Sedut habuk entah banyak mana gamaknya. Malamnya dah ada simptom2 nak selsema pulak dah. Makanya semalam mendapatlah demam dan seterusnya MC.

Hari nie datang opis, tengok yang lain-lain pun demam jugak. Musimkah?

Sakit pun kenalah redho. Boleh hapuskan dosa-dosa kecil insyaAllah. (Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah.....)



Friday, 25 November 2011

Syurga Kecil Belakang Rumah

Di hari Jumaat yang mulia nie mari ramai-ramai kita bersyukur di atas segala nikmat yang telah Allah SWT kepada kita. Masih diberikan peluang untuk menyedut oksigen. Masih hidup berbahagia bersama keluarga tercinta. Masih diberikan kesihatan yang baik, diberikan rezeki dan segala-galanya. Terima kasih Allah. Alhamdulilllah.

Kenapa entri saya macam nie hari ini? Bukan apa, kadang-kadang apabila kita melihat rezeki orang lain yang lebih daripada kita, naluri iman yang lemah sering berkata, 'bestnya si polan tu dapat itu ini, pergi melancong sana sini, makan kat tempat mewah sana sini, rumah cantik menawan, anak-anak comel macam orang putih....bla bla bla..."

Percayalah. Rezeki melimpah orang lain itu, juga merupakan ujian buat dia. Bersyukurkah dia? Riakkah dia? Hanya sedikit rasa riak di hati dia akan menjerumuskan dirinya ke dalam neraka. Bukankah ujian sebegitu lebih besar dan lebih menduga? Bersyukurlah dengan kesederhanaan yang ada kerana kadangkala yang nampak kecil, yang nampak macam tiada nilainya adalah syurga kecil yang dikurniakan Allah kepada kita.

Hari tu, semasa di rumah mak saya di kampung, semasa menemani mak memberikan makanan kepada binatang peliharaannya rasa syukur melimpah ruah datang menjengah ruang hati saya. Syukur Alhamdulillah...

Amsyar dan sepupu-sepupunya turut menolong opah memberi ayam itik makan. Bukan setakat ayam kampung, ada ayam turki dan arnab kat sini. Dulu-dulu siap ada itik serati dan itik angsa. Tapi kalau ada itik angsa, tobat la nak turun ke bawah nie. Siapa suka main kejar-kejar dengan itik angsa, silalah. hahaha...


Selagi ada ruang boleh bertanam-tanam, maka adalah pokok-pokok sayur di situ.


Pokok durian yang ditanam arwah ayah lebat berbuah.


Amsyar bersama sepupu-sepupunya yang tinggal dekat dengan rumah opah. Boleh la petang-petang datang jenguk opah diorang. (Saya bersyukur abang-abang saya duduk berdekatan dengan mak...)


Pokok durian, pelbagai jenis rambutan, dokong, langsat, cempedak, nangka dan longan mak dan arwah ayah tanam di kawasan bekas tanaman kopi di belakang rumah.


Kebun mak di tepi sungai Perak dan bersetentang dengan masjid Ubudiah yang menawan.  (tapak tanah kebun mak ini adalah tanah bekas tapak istana Perak sebelum berpindah ke Bukit Chandan).


Putik rambutan sedang meriah membesar di pokok. (bulan depan wajib balik....hehe)..


Persekitaran kebun yang dijaga rapi oleh abang dan kakak sulung saya kalau balik kampung.


Kalau musim buah tiba, sila capai sahaja untuk memetik buah langsat, rambutan dan cempedak di kawasan ini.


Di tapak penanaman jagung mak yang ditukar oleh kakak saya untuk ditanam nenas. Banyak cik 'khin' yang selalu memusnahkan tanaman jagung. Jadinya, sekarang ni kami tak dapat nak makan jagung petik kat kebun je lagi dah. Mak pun dah kurang sihat.  Kalau dulu-dulu, siap ada peraih jagung datang ambil jagung.


Tanaman nenas kakak saya. Manis dan rangup buahnya. Tidak berair sangat. Best.


Budak-budak ni nampak beberapa biji buah manggis yang dah masak.


Jadi la dapat beberapa biji yang baru nak masak. Pokok manggis nie kalau berbuah lebat betul. 


Sakan betul budak-budak ni. Haishhhh....

Lepas ronda-ronda kat kebun opah ni, boleh la sambung main kat halaman rumah opah pulak. Amsyar kalau balik kampung, memang happy sangat. Kalau boleh taknak balik. Hehe...

Teringat ta'alim pendek bapa mertua saya ketika memetik rambutan di kebun mak nie. "Seperti gambaran di syurga, memetik buah-buahan di tepinya ada sungai yang mengalir. " Sebak hati saya mengenangkan arwah ayah yang menanam pokok-pokok ini. Al-Fatihah untuk arwah ayah saya yang menjadikan tanah ini seperti syurga kecil kami. Alhamdulillah....



Tuesday, 22 November 2011

Garuda bertukar jadi Angry Bird

Semalam kan. Masa time semua kecoh-kecoh jerit tengok bola. Saya terketar-ketar sorang-sorang kat dapur demi menyiapkan makan malam dengan segera. Serius. Saya tak pernah jadi macam nie disebabkan bola sepak. LOL...

Maunya tak terketar-ketar, duduk kat area yang ramai warga Indonesia yang menjerit-jerit macam negara ni diorang yang punya, sangat menjengkelkan. Meronta-ronta hati saya nak menonton juga. Saat genting macam tu, mana ada orang nak tolong saya. Even orang tu kata sayalah yang paling disayangi. Hahaha. Abaikan. Salah saya sebab lambat sampai rumah, maka lambatlah memasak.

Saya bukanlah peminat sukan sangat. Tapi apabila melibatkan negara yang sangat saya cintai ini, saya menjadi  penonton setia dan jadi patriotik sangat tiba-tiba. Tambahan misi mengekalkan pingat emas untuk bola sepak ini amat sukar bagi saya sebab layanan negara Indonesia (yang patut dibuat aduan kat FIFA)  terhadap skuad Harimau Muda kita.

Bayangkanlah peminat bola sepak Indonesia yang sanggup membakar kaunter tiket akibat kehabisan tiket, membakar bendera kita, menjerit maling! maling! kat atllet Malaysia sampai kena naik barakuda sudah dapat membayangkan dengan manusia spesis apa kita berdepan. Syahdu hati saya memikirkan tekanan yang terpaksa skuad kita hadapi ditengah-tengah lebih 100k penonton di stadium pihak lawan. Kuat sungguh emosi  dan mental mereka .

Jadinya, kemenangan ini amat manis. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih buat semua skuad Harimau Muda. Andalah wira negara!

Mula moon ke....Terang Bulan ke....wahai semua warga Indonesia, sila belajar hormat lagu kebangsaan negara Malaysia. Terima kasih. 

Status fb encik hubby malam tadi amat melucukan. "Dua kali kalah dengan team yang sama, di padang yang sama, Garuda dah bertukar menjadi Angry Bird!" LOL. Adat perlawanan ada kalah dan menang. Rilek la....peace... :)


Monday, 21 November 2011

Resepi Sotong masak Paprik

Ewah ewaaahhh.......saya belum pernah tayang kuali buruk saya kat blog ni. Ini first time. Walau bukan berjenama Tefal, inilah kuali kesayangan saya semenjak belum bergelar isteri. Tak tau dah guna berapa ratus kali ke, ribu kali ke. Ahaks!


Tadaaaa! Sotong masak paprik masih di dalam kuali 

Jom tengok resepi simple nie ye. Terima kasih kepada mama tasnim yang sudi berkongsi resepi dengan akak yang tak berapa pandai masak nie. Ok. Bahan-bahannya:

3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 cm halia
1 sudu makan cili giling (ikut suka)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
400 gram sotong 
sebatang lobak merah
kacang panjang (dlm 5 btg)
bunga kobis (sebesar penumbuk)
2 helai daun limau purut dan sedikit air

Cara-caranya:

1. Tumbuk bawang dan halia
2. Tumiskan bahan tumbuk dgn cili giling
3. Masukkan sos tiram dan sos cili secukup rasa
4. Masukkan air secukupnya
5. Masukkan sayur
6. Masukkan sotong dan daun limau purut
7. Kacau sampai masak dan sesuaikan rasanya.

Boleh la makan dengan nasi yang panas-panas. (Walau pun hati wa nie sangat panas angkara memasak lauk nie, tak sempat tengok first half bola final sukan SEA. Dengar orang Indon jerit-jerit. Tensi. huhu...)




Sunday, 20 November 2011

Philips Warehouse Clearance

Pagi tadi tengah siap-siap nak pergi kenduri, sepupu encik hubby bagitau ada jualan gudang Philips kat gudang  maple tree seksyen 23 Shah Alam. Terus je encik hubby ajak pergi situ sebelum pergi kenduri. Apalagi, terus bersiap dengan segera. Saya bukan boleh dengar jualan-jualan gudang nie. Mesti excited terlebih. hehe..
 
Sampai kat Maple Tree dalam pukul 12 tgh hari. Panas terik. Nasib baik Qisya tak meragam.


 Ramai yang berkerumun di bahagian peralatan dapur. Siap ada happy hour pulak tu. Mula-mula kat kepala nie ingat nak beli blender je sebab blender dah rosak. Dua-dua pulak yang rosak dalam satu minggu. Jadi dah ada jualan gudang nie apalagi. Ingat nak grab blender je la.


Yeayyy! Berjaya merembat sebiji blender buat teman saya di dapur. 


Usha-usha kat area audio pulak. Teringat headphone dah rosak. Terus rembat sebijik. Adoiii.....jangan singgah kaunter-kaunter lain lagi dah. Mocik sorang nie sungguh berbahaya. ekeke...


Tetiba encik hubby mengajak tengok kaunter tv pulak. Haishhh......biaq betoiii... kang terembat jugak kang.


Kan! Kan? Dah terembat jugak tv sebijik. Tu laaa....soklan baik punya. "mama nak tak tv?" ....ish...bengong la mocik nie kalau tak nak, kan? Terus angguk laju-laju. LOL....

Siapa-siapa nak pergi ke sini, esok masih ada. Pergi la tengok-tengok. Harganya jauh lebih murah dari Courts Mammoth yang tengah promosi rebat harga tu. Saya pergi kat tiga kaunter jualan je. Kat tiga-tiga kaunter tu merembat. Terperasan juga kaunter untuk barangan baby. Ada Avent & Philips. Botol-botol dan strillizer yang saya nampak dari kejauhan. Tak berani singgah, kang ada jugak yang dirembat. Selamat bershopping!


Saturday, 19 November 2011

Pasaraya NSK Jalan Kuchai Lama

Selalunya kami asyik pergi Giant je shopping barang basah, hari nie kami beralih arah ke pasaraya NSK pulak. Katanya harga barang basah kat situ lebih murah dari Giant dan Tesco. Teruja betul rasanya nak meronda kat situ walaupun jauh sikit dari rumah. 
Biasalah saya nie. Mesti asyik terlupa nak snap gambar utama iaitu signboard ke, gambar bangunannya ke.... Dah masuk tolak troli baru teringat nak ambil gambar. hehe..

Seperti biasa, Qisya yang jadi model di dalam troli NSK. Jadi la buat bahan bukti. ekeke... 


Waaahhh....teruja betul saya melihat sayur-sayuran yang segar bugar dengan harga yang lebih murah dan ruang beli-belah yang selesa. 

Geram je tengok sayur2 kat sini....

Besar-besar bunga kobis yang segar. Takde yang hitam lebam kat permukaannya. Sebiji besar saya beli tadi tak sampai RM1.50. Kalau beli kat pasar tani, jangan harap..
 Tengok kat kawasan bahan kering pulak. Murah tak harga bawang putih ni?

Pelbagai saiz ikan bilis untuk dipilih. 

Bapak besar ikan duri dan salmon kegemaran ana suzana ni. :p

Sangat luas, kan? Gerenti tak accident troli bershopping kat sini. 

Seperti biasa, gambar penutup tiada angkara sibuk memilih ayam. Harganya rm6.89 sekilo. ok tak harga dia? Lagi pun sangat ramai orang kat kaunter ayam tu. Tak dapat nak snap-snap yang akhirnya terlupa juga sesi poyo nak tunjuk barang hasil rembatan di troli. Ahaks!

Kami beli barang basah je kat sini, nak penuhkan fridge. Dah susun sampai sendat dalam fridge tadi. Nasib la fridge oiiitt....kali nie hang kena kerja lebih keras sikit. 

Balik shopping baru singgah kat Rishad. Ni kedai mamak yang paling femes kat Kinrara. Happening memanjang sampai nak cari parking pun payah.

Suasana di Rishad. Semua tempat duduk full. Terpaksa duduk depan sekali. Nak tengok tv pun jenuh nak melangut.

Qisya sangat serius sebab abangnya takde. Kesian pulak kat dia. Saya dah post abangnya ke rumah kakak saya. hehe..

Nampak roti naan ayam tandoori, rasa macam teringin...

tapi last last order nasi goreng udang. Sangat mabeles rasanya...

Yang nie rojak ayam pilihan encik Hubby. Memangg terbaeekk..

Percaya tak harga fresh oren jus nie hanya RM1? Murah, kan? Sedap pulak tu. Best betul.

Saya tak sempat nak memerah otak memikir entri yang canggih-canggih. Hanya ini sajalah tatapan untuk mereka yang sudi membaca. Mana tau kot-kot boleh membantu siapa nak bershopping barang basah yang murah, silalah ke NSK. Siapa nak makan kat kedai mamak terbaik di Puchong, silalah ke Rishad di Bandar Kinrara. Itu je tau. Tak poyo, kan? Tata!


Thursday, 17 November 2011

and they lived happily ever after....

Nak feeling-feeling kejap jadi princess fairy tales. Tongkat dagu sambil tersenyum-senyum membayangkan. *gosok-gosok hidung.  Sangat best, okeh? mesti di akhir ceritanya ...'and they lived happily ever after'.  oh alangkah!

Semoga kehidupan ini juga berakhir sebegitu. Bukan sekadar dongeng. Ameennn.....

Sekian entri berangan saya .  :)


Tuesday, 15 November 2011

Tanjung Lumpur, Kuantan

Hari Ahad lepas sepatutnya nak bershopping sebab segala barangan basah kering dah habis. Hari Sabtu tu biasalah....kemas rumah, basuh baju menghadiri jemputan kenduri, pastuh melepak kat rumah my MIL sambil menonton hoki Malaysia vs Australia tu. Gile emo kitorang adik beradik ipar duai yang melayan game tu. Nasib baik Malaysia menang. hehe..

Tu yang tak sempat nak bershopping hari Sabtu, postpone ke hari Ahad. Tapi pepagi Ahad tu my FIL call ajak ke Kuantan sebab nak melawat saudara yang sedang sakit tenat kat Hospital Kuantan. Apalagi, bergegas siap nak ikut sebab tak nak tinggal melangut kat rumah tanpa encik hubby time cuti hujung minggu. Tambahan lagi dah lama sangat tak pergi Kuantan. Setakat lalu je on the way ke Terengganu.

Selepas melawat, kami menunggu Mak dan Abah yang masih berada di wad bersama saudara-mara. Cari tempat sesuai untuk menunggu sebab budak bawah umur 12 tahun tak boleh masuk wad. Cari -punya cari terjumpalah lobi daftar masuk wad. Kat lobi daftar masuk wad  tu sejuk sikit sebab ada aircond dan lapang (tak ramai orang kat sini). Si Amsyar dan Qisya pun apa lagi...buat macam rumah sendiri la jawabnya.


Sesi mengadu kat abang.


Ewah ewaahhh.....siap meniarap bagai. Sekejap je Amsyar dapat kawan. 


Lobi hospital tempat kami melepak.


Selepas selesai berziarah, kami bergerak ke Tanjung Lumpur. Dapat info dari orang Kuantan, kalau nak makan seafood, kat situ la tempatnya. Memang banyak kedai makanan laut dan ikan bakar kat sini tapi kami pilih kedai ikan bakar yang ini. Lupa pulak snap gambar kedai. Kan dah tak ingat nama kedai nie? Haisshhh....

Harga-harga ikan yang dipaparkan dan hasil laut yang tersedia untuk dipilih.. Ramai betul pekerja dia. 


Abah memilih ikan pari dan ikan aji-aji untuk dibakar.


Sesi memujuk Qisya supaya behave.


Kan? Budak lasak nie mana boleh duduk diam. Siap panjat meja lagi. Adehh...


Memunggah tisu lagi. Jenuh la Ummi dan Tok Bah melayan cucu sorang nie. Ligat bebeno.


Belum pernah minum air kelapa laut macam nie. Semata-mata tambah air dan gula. Tak sedap + kecewa.


Makanan yang diorder dah sampai. Tomyam campur masin gila. Kailan ikan masin pun masin menyengat. Ikan bakar pun so so je rasanya sebab sambalnya memang tak sampai piawaian sedap. Tak tau la lidah orang Kuantan macam mana sebab ramai jugak yang makan kat sini. Harga macam kat KL jugak. Takdelah murah sebab tepi pantai.

 Patut pun terlupa snap gambar kedai dan lupa namanya. Rupa-rupanya nak komplen. Tapi sebab dah kebulur, makan jugak la. Cuma tak dapat nak hirup-hirup tomyam. Bagi la jugak 2 bintang. Ecewah....macam Kak Sal pulak dah nak bagi bintang-bintang kat kedai makan. Wakaka....


Amsyar yang excited kalau naik kereta Tok Bah. Tapi naik je highway tutup terus, nak tengok-tengok atas tak berani wehhh . Time senja-senja kat Karak pulak tu. Kang ternampak pulak apa-apa yang tak sepatutnya nampak. Scary!