Thursday, 29 December 2011

Hari deraian air mata

Hari ini memang hari deraian air mata kot. Pagi tadi dapat panggilan dari best fren zaman sekolah bagitau yang ibu kepada kawan kitorang meninggal dunia. Al-Fatihah untuk arwah yang mesra dipanggil Mak Dah. Saya mengenang arwah seorang yang paling suka senyum dan penuh bersifat keibuan. 

Walau pun kawan saya itu anak tunggal tapi dia tidaklah manja melampau. Jadinya saya dan kawan-kawan lain boleh menumpang kasih sayang juga dengan arwah semasa zaman sekolah rendah kami. Kadang-kadang kalau cuti sekolah, saya dan kawan-kawan lain akan bermalam di rumahnya. Seronok betul mengenangkan mandi tali air di belakang rumah sambil berkelah. Selalunya megi la. (itu je pun yang tau masak masa tu). 

Saya juga turut berasa kehilangan ini. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Kepada sahabat saya yang disayangi semenjak zaman sekolah rendah, tabahlah menghadapi pemergian ini. Sesungguhnya doa seorang anak yang amat diperlukan. Bersabarlah.

Tengahari pulak, berlaku juga insiden yang membuat air mata berderai. Tak payah kot nak cerita details. Saje je nak membuang air mata. Huhu..

Dan last sekali, pasal minah nie.


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


Kenapa kau jugak buat akak nanges Nora oitttt....

Walau pun si abang nara kesayangan u olls tu kata tak best ending drama Tentang Dhia tu, saya tetap kata best sebabnya barulah sehati sejiwa, berjanji setia, sehidup semati cinta mereka itu. Bila Zikir mati, baru la semua putih mata termasuk la si Rose tu. Tak sempat, ek? Padan muka. Nak sangaaaat...



Wednesday, 28 December 2011

Wordless Wednesday (week52/11)

Cucu2 Umi dan Tok Bah. Semoga membesar dengan sihat dan jadi anak2 soleh dan solehah.


Tuesday, 27 December 2011

Durian Musang King

Bulan Disember nie dapat dua kali balik kampung. Dua minggu lepas balik dengan kakak saya, cuti Krismas nie pulak balik dengan encik hubby. Encik hubby belum lagi dapat makan durian kat dusun tu. Jadi, kali nie balik nak makan durian dan tanam durian sekali. Ecewaahh....tanam durian la pulak. Hari Ahad lepas, pergi pasar minggu dan cari la anak pokok durian sepokok. Dapat la sepokok jenis durian Musang King.

Pokok durian yang telah berjaya ditanam encik hubby. Semoga panjang umur ye pokok dan silalah berbuah dengan lebatnya. (eh? Siapa yang bagi nama Musang King nie ye?)

Kata si penjual, pokok durian ini akan berbuah setelah lima tahun. Haruslah dengan penjagaan yang rapi beserta dibaja dengan baja yang sesuai. Disebabkan di dusun durian kami itu, ada pulak insan yang telah melepaskan puluhan kambingnya di situ, maka mak saya mencadangkan pokok durian ini ditanam di belakang rumah sahaja. Dekat nak dijaga, terhindar dari kambing-kambing yang tak reti nak pilih daun apa yang nak dimakan. Semua main hentam sahaja. Nak marah kat kambing tak boleh disebabkan tiada akalnya, nak sound kat tuannya pulak, golongan pak lebai juga adanya. Makanya....sabo je laa...


Balik yang dua minggu lepas, tak dapat makan pulut durian. Balik kali nie, mak saya telah masakkan pulut durian yang best. Makan dalam piring cawan je. So, abaikan saiz pulut yang nampak agak pelik di situ. hehe..

Langsat yang dah masak. Siap untuk dipetik.


Rambutan di tepi sungai Perak. Jenis ini paling saya suka. Manis dan lekang isinya.

Sesi mengutip buah-buahan dan menguruskannya amat meletihkan. Tambah-tambah pokok yang dah tinggi. Adehhh....sakit tengkuk dibuatnya nak mendongak-dongak. Nasib la adik saya pun balik kampung. Adik ipar saya yang tinggi lampai memudahkan urusan. TQ ye. (sengih Chik, sengih...hahaha..)




Friday, 23 December 2011

Antara watak Fiona (drama Soffiya) dan Melly (drama Tentang Dhia)

Disebabkan saya dok follow drama Soffiya dan Tentang Dhia, saya rasa watak antagonis dalam kedua-dua drama ini paling memberikan kesan. Siapa lagi kalau bukan watak Fiona dalam drama Soffiya dan watak Melly dalam drama Tentang Dhia. Pujian harus diberikan kepada Izara Aisyah dan Izreen Azminda yang melakonkan kedua-dua watak ini.

Izara yang melakonkan watak Fiona dalam drama Soffiya

Mula-mula, kita tengok watak Fiona. Izara betul-betul buat saya benci kat Fiona. Mungkin dengan nada dia bercakap dan raut wajah yang garang, membuatkan saya geram sungguh dengan watak ini. Sampai saya berharap si Fiona nie mati di penghujung cerita. Baru puas hati. Watak Fiona je tau. Bukan si Izara. Kang tak pasal-pasal entri pasal nie masuk Melodi pulak . Ekeke..... 

Tapi dek terkesan sangat dengan lakonan Izara ni, saya tak layan pulak drama baru yang Izara berlakon. (errr......kena banyak ambil watak baik-baik dulu la ye bagi hilang dulu kesan watak Laila dan Fiona...huhu).... by the way....Izara....u very ohsem lah! Semoga terus berjaya dalam bidang lakonan.


Izreen yang melakonkan watak Melly dalam drama Tentang Dhia

Izreen Azminda pun sangat ohsemlah! Terer betul dia berlakon. Walaupun dia melakonkan watak antagonis, saya tak berharap apa-apa jadi (perkara buruk) di pengakhiran watak Melly. Dia sangat kelakar dalam watak yang antagonis. Keinsafan watak Melly buat saya turut bersimpati. Tidak seperti watak Fiona yang dah insaf. Air mukanya masih tidak berapa nak ikhlas. Tapi Melly berjaya buat saya turut bersedih dan saya berharap Melly akan berkahwin dengan Raffi. hehe... 

Sama-sama kita nantikan kesudahan drama Tentang Dhia. Kepada Izreen... semoga terus cemerlang dalam bidang lakonan dan elakkan kontroversi yang mengundang benci peminat. 



Thursday, 22 December 2011

Entri kena TIRU?

Waahh....ingatkan zaman study dulu je main tiru-tiru nie. Rupa-rupanya kat alam blog lagi bermaharajalela. Siap ada gelaran pulak tu. Copycat ke apa. Tak ingat.  Saya tak maksudkan blog-blog yang memang menyiarkan isu-isu semasa. Saya pun kadang-kadang terselit juga entri pasal isu-isu tersebut. Itu pun sebab tak dapat menahan di hati nak juga berkata-kata. Tapi adatlah....dah tau cedok kat entri orang lain, janganlah tiru sebijik-sebijik ayat dia. Pastu tak letak kredit pulak tu. Sangat tak sopan, ok? (pesanan kat diri sendiri juga).

*google

Itu kalau bab isu semasa. Memang ramai yang nak up traffik buat entri cerita yang sama. Tengah panas-panas, ambil kesempatan la nak up traffik kat blog masing-masing, betul tak? Tak kisah la tu. Yang saya kisah  nie, yang saya nak cerita nie pasal entri yang bukan berkenaan isu-isu semasa. Entri yang dikarang hasil penat lelah otak berfikir dan mengolah ayat. Melilau kat google mencari gambar-gambar yang bersesuaian dengan entri. Tambah-tambah kalau entri tu entri tutorial blog. Memang bikin panas derrrr...

Saya bersimpati sangat dengan blogger-blogger yang entri tutorial blog mereka jadi mangsa copycat. Entri-entri sebegitu memang memerlukan masa yang lebih lama untuk dibuat. Kesian,kan? Saya tak pandai nak buat-buat tutorial ni. Blog simple macam blog saya ni pun dibina dengan jerih payah juga kena bertanya sana-sini terutama blogger-blogger yang sudi membantu. Dalam simple-simple.....entri pun dikategorikan dalam golongan entri tak matang, saya pernah terserempak juga dengan entri saya yang pernah jadi mangsa copycat. Sudahla tajuk pun sama, gambar yang dicari kat google pun dia tempek yang sama jugak. 
Feeling masa tu---------> sentap mak naaakkkk....

p/s: nak jadi blogger tegar, jangan suka sentap-sentap, okeh? :)


Tuesday, 20 December 2011

Cuti-cuti DURIAN

Akhirnya tiba juga musim durian yang dinanti-nanti. Walaupun sekarang nie rasanya sepanjang masa je ada buah durian di pasaran, harganya pun murah-murah...tapi yang dinanti-nantikan adalah buah-buah durian yang ditanam oleh arwah ayah saya (al-Fatihah..) di dusun itu gugur.

Memang la boleh beli di mana-mana sekarang ni....TAPI..

Adakah anda berjumpa durian yang bertangkai segar seperti ini? Sila jangan jeles.  ngeee.....

Itulah yang berbezanya. Durian memang mudah didapati, tapi percayalah. Feeling kutip sendiri durian yang gugur, berjaya makan buah durian hasil usaha penuh gigih membuka buah yang berkulit liat ------> adalah paling nikmat. Hehe..... 


Pemandangan dari pintu masuk dusun. Nasib baik ada jalan bertar sampai ke pintu pagar. Pondok atau 'dango' yang dipanggil orang Perak berada berdekatan pintu masuk ke dusun. Mak saya kutip-kutip durian lepas tu dihumbankan saja di atas pondok nie. (tak risau orang curi ke?). Nice.

Sebenarnya dusun nie lagi luas di depan nie. Tapi disebabkan tak cukup tangan nak mengangkut durian, tak dapat la nak snap-snap pokok-pokok yang tengah meriah berbuah. Pokok langsat pun banyak yang berbuah tapi tinggi sangat. Tak boleh nak kait-kait. Kena tunggu tukang panjat pokok yang sudi memanjat. Sekarang ni dah tak ramai yang nak buat-buat kerja kampung macam tu. Kalau ada rezeki, merasa la buah langsat tu.


Kesian pokok-pokok pisang kat bawah pokok durian nie. Habis tercedera kena timpa durian. Nak buat macam mana, daulat raja buah lagi besor. Hahaha...


Nampak tak 3 biji durian yang dah gugur tu? Jom kutiiipppp....


Kawan-kawan mak saya yang juga berjiran dusun. Meriah betul musim-musim buah nie. Ramai betul yang lalu lalang sambil bertegur sapa. Siapa lalu kat jalan tu masa mak saya ada kat situ, ada la rezeki yang dapat ditumpang. Bersedekah banyak-banyak. Musim depan berbuah lagi banyak-banyak. Mudah-mudahan.


Bukan lagi pemandangan yang menyelerakan tetapi meletihkan. Kena kopek semua durian nie kat dusun jugak. Kalau bawak balik rumah kang, kena uruskan kulit pulak. Lagi letih nak buat kerja dua kali.


Yang terbaik, masuk dalam bekas. Ini khusus untuk buat lempuk atau tempoyak. Hello, tempoyak yang asli dan sedap, diperbuat daripada durian terbaik. Bukan yang dah tak elok apatah lagi dicampur dengan buah pisang. Ada paham ka incekk???


Yang tak berapa elok, diletakkan dalam plastik. Nak buat apa? Bagi ayam makan. Ada siapa-siapa tak percaya ke? Nasib le. Terlupa nak snap gambar ayam-ayam mak saya makan durian. Kalau tak, konfem jadi gambo wordless wednesday saya yang dah berminggu-minggu tak letak. :)


Perghhh....


Perghhh........ lagi..


Perghhh....lagi dan lagi.... (ish...teringin la pulak..huhu)



Saturday, 17 December 2011

Ariff Alfian Rosli berkahwin dengan Teman Lelaki?

Pagi-pagi buka FB terkejut sungguh baca pasal pelajar kita yang ditaja oleh Petronas telah berkahwin dengan teman lelakinya sendiri.


tu diaaa......comolot lagi..


Siap pakai baju Melayu pulak tu.
sumber: RotiKaya

Sila ambil iktibar. Tak tau nak komen apa dah. Sesungguhnya dunia dah di akhir zaman.

p/s : Simpati sungguh dengan keluarga budak nie...



Friday, 16 December 2011

Fareeda dan nasi kukus ayam berempah

Assalamualaikum.
Lama sangat rasanya tak hapdet blog sebab bercuti-cuti dengan durian di kampung. Tapi itu next entri la ye. Sekarang nie nak cerita sikit-sikit je. Pasal Fareeda dan nasi kukus ayam berempah. Siapakah Fareeda itu? Hehe...

Fareeda itu bukan chef yang memasak nasi kukus ayam berempah tu tau. Tapi jenama tudung yang tengah meletup-letup di pasaran sekarang nie. Promosi yang sangat baik membuatkan tudung jenama ini sangat laris mengalahkan pisang goreng panas walau pun harganya mengalahkan setandan pisang abu yang digoreng oleh Encik Azmi di Seksyen 19 tu. (sape duduk Shah Alam tau le kan?) Mahal betul la tudung nie. Paling murah pun selendang dia berharga rm85. Perghh.....pitam mak naaakkk..

Yang hairannya, mahal-mahal pun sakan sungguh kaum hawa yang datang memborong. (kena belajo promote macam depa nie...huhu) Tak percaya? Jom tengok.

Butik Fareeda di Seksyen 7. Nak masuk kena tekan2 loceng dan tanggalkan kasut.


Pilih jangan tak pilih. (Kak, lupa tanggal kad staff ke? ekeke...)


Try jangan tak try...


mamatasnim pun termasuk dalam golongan yang try-try tadi tu...hehe....


Tu diaaa....licin almari tu sampai tudung kat mannequin pun hilang. LOL....


Tudung-tudung yang pernah digantung di sini berharga rm100- rm140 sehelai ye kenkawan.. ....perghh. Kalau la saya yang jadi tokeh Fareeda nie....ish ish ish....

Disebabkan dah tak banyak pilihan, yang tinggal pun jenis-jenis selendang je, makanya tidaklah membeli sehelai tudung pun. Terus meronda di butik-butik tudung lain pulak. Singgah Pearl Haya dan Ariani. Buat sesi try-try lagi dan cuci-cuci mata. Tak beli jugak. 

Dah puas ronda-ronda kedai, sesi cari tempat makan pun bermula. Mula-mula ingat nak pergi restoran Temerloh tapi tak jadi. Singgah ke Antan Batura konon-konon nak menikmati pemandangan tasik, tapi tutup la pulak. Last-last singgah di kiosk depan MRCB tu je. 


Makan kat sini je. Nama gerai tak tahu. Boleh? haha..


Orang batuk tak sedar diri minum teh o ais. ngeeee...


Inilah rupanya nasi kukus ayam berempah yang kami makan. Harganya rm4. Rasanya so so je. Taugeh tu feeling tepanyaki sikit kot tapi letak sambal belacan kat atasnya. Boleh la menghilangkan kelaparan yang melanda.

Waahhh....rindu kat blog, rindu kat rakan-rakan bloggers yang rajin beramah mesra, rindu nak blogwalking.. dunno why, tapi yang nyata saya lebih sukakan blog dari fb. Suka tulis-tulis kot. 
Ok baiiii..... :)


Tuesday, 6 December 2011

'Ombak Rindu' dan persekitarannya...

Waahhh.....ramai sungguh blogger dok review filem Melayu terhebat tahun ini. Mau tak hebat, filem Melayu pertama mendapat kutipan sebanyak 2 juta dalam masa 72 jam. Filem Melayu pertama juga yang sampai putus roll filemnya membuatkan mereka yang membeli tiket terpaksa refund balik harga tiket kat panggung. Itu kisah di Penang ye. Kak Sal yang cerita kat fb siang tadi. Fulamaakkk.....gempak betul...hehe

Harus tempek bukti... (poyo!)

Jadinya, saya tidak mahu lagi nak buat review pasal filem ini. Kalau nak tau sinopsis pun, silalah google. Lagi pun review saya tak best. Banyak beno nak komplen. Terus terang, tak dapat nak menahan! Apakehenya seorang yang dipanggil ustazah memakai tudung dan baju yang sungguh jarang. Pelik beno. Kan, kan? Dah mula dah...ekeke..

Ops! Saya tak nak komplen bab filem Ombak Rindu. Saya nak komplen kat si polan yang menonton bersama-sama saya di panggung semalam. Maaf la. Saya tak kenal siapa tapi seorang gadis remaja yang duduk bersebelahan encik hubby. Ada ke patut.. tengah orang semua dok fokus menonton, dia boleh bercerita kat member sebelah dia. Buat perbandingan filem dan dalam novel. Punya la kuat suara dia mengulas. Annoying gile! Ko ingat ko sorang je ke yang baca novel tu ha? Sejak bila pihak panggung lantik ko jadik pengulas filem? (dalam hati je...)

Kesimpulannya, walau macam mana terer sangat pengetahuan anda dengan filem/novel ini... sampai hafal semua scene2 dalam novel tu, tolonglah ulas di luar waktu menonton dalam panggung. Kesian kat orang yang menonton bayar tiket mahal-mahal tapi terpaksa dengar suara ulasan anda yang arif sangat mengalahkan Fauziah Ashaari tu. Sekadar mengingatkan je. Kalau dah habis tonton, silalah ulas di mana-mana anda suka. Tulislah panjang-panjang kat blog anda. Tiada siapa marah. Lagipun review pasal filem nie tengah meletup. Boleh la tumpang sekaki up trafik, ye tak? hehehe...

Belum pernah juga saya pergi menonton di GSC bangunan baru, di tingkat 3 pulak tu....boleh terserempak tikus kat ruang legar depan kaunter jualan tiket GSC. Serius. Hot gile filem nih sampai tikus pun nak tumpang sekaki menonton. hahaha.....  Yang nie encik hubby ada snap gambar tikus tu. Tapi dia belum balik lagi, so tak dapat la nak cilok dari iPhone dia. Adehhh....dalam geram-geram tu, ada lawak jugak. Bila terkenangkan ramai yang menjerit-jerit bila terserempak tikus tu. Kah kah kah!



Langkah-langkah jika berlaku kemalangan

Entri ini khas jika anda mengalami kemalangan akibat kereta anda dilanggar dari belakang. Anda tidak tercedera dan yang tercedera hanyalah kereta anda. Dalam kes saya, kereta Waja encik hubby adalah tidak sewaja namanya. 

Ceduk kat google. 

Keadaan masa itu adalah agak jem di mana kenderaan adalah agak rapat di antara satu sama lain. Tapi kerana encik hubby menjaga jarak, tidaklah tercium kereta yang berada di hadapan kami. Yang malangnya kereta di belakang kami yang menghentam si waja. Makanya habis pecah la bumper dan lampu beserta bonet yang habis remuk dan tidak boleh dibuka langsung. Yang melanggar tu Waja juga tapi hanya pecah lampu saja. Nice.

Jadi, apa yang patut dilakukan?

1. Bertenang.
Anda tidak tahu dengan siapa anda berhadapan. Tarik nafas dalam-dalam dulu dan tenangkan diri. Cuba berkomunikasi dengan sebaiknya. Di sini, tahap kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan.

2. Ambil gambar keadaan kereta anda dan kereta orang yang melanggar.
Telefon berkamera adalah amat penting. 

3. No mercy!
Walau apa pun keadaan orang yang melanggar kereta anda, awek cun ke....orang tua ke...budak muda ke. Sila bertegas yang anda akan membawa kes ini ke balai polis. Walau pun dia cakap dia boleh bayar kos bengkel, sila jangan layan. Dalam kes kami, mamat India yang masih muda dan sangat bermuka kesian, meminta kami pergi ke bengkel kereta abangnya dan akan selesaikan sendiri. Hello, kami tak kenal dia. Boleh percaya? Very big no! Ingat, kes langgar belakang adalah kesalahan kepada kereta yang melanggar. Anda berada di pihak yang benar, jangan biarkan orang lain manipulasi anda. Kelebihan pandai berkomunikasi adalah amat penting di sini.

4. Buat report Polis.
Hendaklah membuat report di Balai Polis Traffik berhampiran. Sila fahamkan kepada orang yang melanggar tadi, dia juga hendaklah membuat report Polis. Jika tidak, dia akan disaman. Ini sangat penting kerana report polis kedua belah pihak akan membolehkan Polis Traffik mengeluarkan surat keputusan berkenaan kes.

5. Buat salinan dokumen
Sebelum membawa kereta anda ke ke bengkel panel insurans anda, pastikan anda membawa salinan IC, cover note, geran kereta, lesen memandu selain report keputusan Polis Traffik (mesti salinan asal). 

6. Claim insurans untuk pihak ketiga
Semua dokumen tersebut adalah untuk memudahkan urusan bengkel panel insurans untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan. Kalau malas nak berurusan dengan Polis Traffik, runner insurans akan uruskan. Tapi kena la buat bayaran tambahan dalam RM100 dan memakan masa yang lebih lama. Kalau tak nak susah dan baik hati sangat, silalah claim insurans sendiri. Lagi cepat tapi nak ke NCD hilang? hehe...

Kereta waja dah selamat masuk bengkel. Nasib baik ada sebuah lagi kereta. Kalau tak, jenuh kami nak bergerak ke sana sini. Jangan lupa, ambil juga insurans untuk cermin kereta anda. Malang tak berbau sebab selepas selang sehari, kereta biras saya pula cerminnya pecah terkena batu orang mesin rumput. Waja juga! huhu.....

Sebarang pertanyaan berkenaan insurans kereta, silalah berhubung dengan wakil Takaful terbaik pernah saya jumpa. Encik Adren - 0192810206. Mood---> ujian datang kena bersabar...


Thursday, 1 December 2011

kerana MALANG dan MUSIBAH itu TIDAK BERBAU..

Ini cerita dua tahun lepas. Bekas jiran saya yang peramah, yang selalu ceria....tiba-tiba terpaksa menghadapi kehilangan tempat bergantung hidup. Suaminya meninggal dunia setelah dikesan menghidap Hepatitis B dalam masa tak sampai sebulan! Jiran saya itu hanyalah seorang surirumah yang mempunyai seorang anak dan suaminya pula bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Terus terang, berat mata saya yang memandang tapi berat lagi bahunya yang memikul. Tertanya-tanya bagaimana kehidupannya selepas itu. Segala perancangan nak mendapatkan kereta yang telah ditempah terus punah. Ketika memandang anak mereka yang berusia tujuh tahun ketika itu sangat menyedihkan. Macam mana kalau saya yang berada di tempatnya? Macam mana kalau anda? Ya lah.....sekarang ini ada suami, ada pekerjaan, masih sihat.....esok-esok? Tentu saja belum pasti...



Mujurnya, suami jiran saya itu membeli polisi Takaful Etiqa untuk dirinya dan anaknya dua bulan sebelum dia meninggal. Sebelum penyakitnya dapat dikesan. Selain perlindungan untuk dirinya sendiri, Pelan Sarjana yang dipilih untuk anaknya kini dibayar sepenuhnya oleh Takaful Etiqa sehingga dia berumur 21. Alhamdulillah, jiran saya dapat menenangkan diri sedikit sebanyak.

Jadi, saya mengajak semua yang membaca entri ini, supaya membuat persediaan untuk diri sendiri dan keluarga. Menabunglah sedikit untuk perlindungan Takaful. Bangsa lain bermula menjana ekonomi melalui insuran yang ditinggalkan kepada waris sejak berpuluh tahun dahulu. Sedangkan bangsa Melayu masih berharap pada harta pusaka yang terpaksa dibahagi-bahagi sehingga kecil nilainya. Silap haribulan banyak harta yang tersadai akibat masalah pertukaran nama yang melangkaui beberapa generasi. Menabunglah.

Kepada adik-adik yang masih belajar, pujuklah ibubapa mengambil polisi Takaful supaya jika apa-apa terjadi, pengajian anda tidak tersekat. Ada apa sangatlah RM60 jika dibandingkan duit top-up sebulan. Betul, tak? Kepada awek-awek, pastikan boyfriend anda ada polisi Takaful sebelum melangsungkan perkahwinan. Bukan materialistik, tapi menjadi seorang yang realistik. Hidup ini tak selamanya indah. Betul, kan?

Tunggu apa lagi? Dapatkan polisi Takaful Etiqa pada harga mengikut kemampuan anda melalui ejen yang memberikan perkhidmatan terbaik. Jangan segan silu menghubungi perunding kewangan anda Encik Adren di talian 019-2810206 untuk polisi takaful dll.


p/s: siapa-siapa nak mintak saya tolong promote, sila pm, okeh? Tengah mengasah bakat nie. hehe..

Sekejap sangat le puuunnn...

Saya suka tengok kasut-kasut baby yang comel. Jadinya dianugerahkan Qisya Audrra adalah amat bersesuaian dengan minat saya yang sukakan kasut comel yang cantik-cantik sebab dah ada si pemakainya.


Kasut Royale Baby tu beli semasa Uncle Ilmamnya kawen hujung bulan Julai lalu. Sama dengan yang sebelahnya. Kasut ala crocs berbintang-bintang tu jenama Asadi. Tapi belum puas pakai, dan masih nampak macam baru, kaki kecik si Qisya dah tak muat. Adeh laaa.....

Disebabkan dua-dua kasut tu dah tak muat, beli la sepasang lagi Royale Baby. Laa....terlonggar sangat pulak dah. Masa try nak beli tu macam ok je. Konon-konon nak berjimat menang membeli menang memakai. Last-last bila Qisya pakai kasut tu, asyik tercabut je bila dia berjalan. Ekeke....

So, terpaksalah beli lagi sepasang. Ewah-ewaahhh.....bertambah-tambah kasut si kecik nie. Tapi sekarang nak beli yang murah-murah je. Pasar malam pun pasar malam la. Asalkan Qisya selesa. Lagipun ada brand tu. Ce tengok dekat-dekat. NIKE beb! Walaahhhh.....kelas kamu Qisya oit! Hahaha...

Semasa Qisya masih memakai kasut baby...


Oh! Cepatnya anak mama membesar. Rindu sungguh kat Qisya yang masih baby mcm nie....huhu...


Berbuat baik Amalan Mulia..

Saya nak ajak u olss berbuat baik untuk menambah pahala kerana tolong kawan-kawan. Tolong klik LIKE kat rakan blogger kita sorang nie iaitu mamatasnim . Dia menyertai pencarian model tudung Fareeda untuk tahun 2012. Semoga tambahan undi dari kalian memudahkan beliau layak ke peringkat seterusnya.


Langkah 1: klik LIKE Fareeda...Nyata Jelita
Langkah 2 : klik LIKE Suhaila Halidi

Minta jasa baik u olss klik2 LIKE ye. Jangan lupa, tau... :)