Berlalunya 2011..

Assalamualaikum.
Lama sangat dah tak update blog rasanya. Dua tiga hari tak hapdet blog rasa lama. Tapi bila mengenangkan Disember, alangkah cepatnya masa berlalu. Macam tup-tup je.. "eh? dah hujung tahun?" Lagi pun, bila sampai hujung tahun, terasa lagi cepatnya. Dah sibuk dengan kenduri kahwin, sibuk dengan persiapan sekolah anak-anak, sibuk nak jalan sana-sini dan macam-macam urusan yang perlu diselesaikan sebelum tahun baru menjengah. Nak report siap cepat la sebab bos nak meeting, SKT la, Buku Log Latihan la. Bikin stress wehhh....  *tsk.....

Tapi hidup mesti terus. 2011 telah pun berlalu meninggalkan kisah suka duka kehidupan. Semoga 2012 pula menjanjikan kehidupan yang lebih bahagia. Azam? Hahaha....saya dah stop tulis azam2 sejak lama dulu. Sebabnya, tak pernah tercapai. Tahun 2012 nie saya letak satu azam je. Tapi tak boleh la bagitau. Bila dah tertunai, baru saya kongsi di sini. (Ya Allah, permudahkanlah. Ameeennn.)

Hujung minggu lepas, kami balik kampung di Sabak Bernam lagi. Disember 2011 nie berselang seli minggu balik kampung Kuala Kangsar dan Sabak Bernam. Ranap semua duit bonus. Nasib la sempat rembat sehelai tudung Fareeda dan kabinet tv baru. Hehe...

Biasalah bila balik kampung tu selalunya bersebab. Balik kali nie sebab kenduri kawen sepupu encik hubby. Dah balik kampung, seperti biasa mesti nak lepak kat tepi pantai BNO. Walau pun pantainya tidaklah seperti pantai pantai yang lain di Malaysia, dapat petang-petang menikmati pemandangan dan angin laut pun jadi la. Yang penting anak-anak happy.

Tapi kali nie dapat pergi dengan encik hubby, Amsyar dan Ryann je. Adik-adik ipar saya yang berjanji nak pergi sekali semua tido pulak dah. Termasuklah si kecik Qisya dan Ireen. Cuaca pun panas terik buat semua keletihan lepas balik kenduri. Saya pun macam nak tido jugak, tapi sebab dah berjanji dengan Amsyar, layankan je lah.

Kali nie try kerang bakar kat sini pulak. Asyik makan mee udang pun boring jugak ye? Ada yang tak berapa masak dan kerangnya agak susah dibuka. Semua katup rapat. Tapi air asamnya sedap tau.


Try laksa pulak. Ok la rasanya. Nak kata sedap, laksa Sayong lagi sedap kot. hehe..


ABC berharga RM2. Boleh la. Di waktu cuaca panas tiadalah yang paling best melainkan ABC.


Amsyar dan Ryann peminat kerang bakar. Ryann suka betul dengan kerang tu siap suruh order lagi tapi Mak Longnya tak kasi. Bukan kedekut tau. Tapi takut sakit perut. Kang kalau melalak, sape yang susah? Satu rumah tak boleh tido. Ekeke...


Lama tak tempek gambo Amsyar. Asyik Qisya, je kan? Kali nie bagi can kat dia posing banyak2.


Kata diorang nampak ikan kecik kat lopak air tu. Jenuh saya pun tengok sekali tapi tak nampak pun. Kalau betullah ada, memang nak bunuh diri ke hape ikan tu. LOL...


Berlarian menuju ke pantai. Tak sabo le tu. Haishhh....


Oh. Air tengah surut. Selalu pergi, tak pernah pulak nampak macam nie. Seronok budak-budak nie.


Hentam sajelaahhh...

Lambat pulak terbenamnya matahari nie. Kalau dapat tengok sunset kan feeling2 syahdu gitu. Hehe..


Model tak berbayar. Hahaha...


Semoga berkasih-sayang sesama saudara sampai bila-bila. Jangan gaduh-gaduh, tau.


Buat muka sengal pulak dah. 


Happy sungguh korang ye.


Letak gambo kecik dengan harapan nampak kecik jugak. Kah kah kah... (kena tambah lagi satu azam nie wehhh) Gambo nie di snap oleh Ryann. Ok la tu. Nampak centre, kan? Pandai Ryann.


Banyak kulit kerang kat pantai nie.

Sibuk nak bergambar dengan bot kononnya.


Indahnya pemandangan.


Indahnya suasana. 

Balik rumah embah sebelum Maghrib. So, tak dapatlah nak menatap sunset yang indah itu. Si Amsyar dan Ryann bising ajak datang sini lagi esok. "Esok nak balik dah." Senyap dua2. Alhamdulillah....senang dengan budak berdua nie. Takde la nak mengamuk tengok belon orang ke, layang2 ke. Senang cerita, mudah nak bawa ke mana-mana. Macam tu lah yang mama/Mak Long nak. Tak mo notty2, ok?

Eh, semasa dalam perjalanan balik ke Sabak Bernam hari tu, terserempak karipap besar kat Kapar. Disebabkan encik hubby peminat karipap, saya yang nampak gerai tersebut terus mintak kat encik hubby belikan. Nampak macam sedap je.

Tangan encik hubby yang besar pun kalah dengan saiz karipap ini. Hahaha..


Looorrr.....kittew nak tolong pomot karipap nieww tapi tak nampak la pulak nombo teponnyeww....(ayat nak kena tampo)

Sekian entri saya yang tak pernah matang2 nie.
i told u already maaa.... ini blog tak berilmiah lohhh.... Tapi sesiapa yang sudi singgah-singgah, sudi baca-baca, i luv u lah!  LOL.....

Selamat Tahun Baru!




9 Comments

  1. comelnya adik2 tu! ohh.. geramnyer tengok! >_______<

    ReplyDelete
  2. best nye...karipap tu makn seketul da kenyang...besar gila nmpk..

    ReplyDelete
  3. azila...memang besar pun. RM 2.50 seketul. Sedap makan panas2. :)

    ReplyDelete
  4. menarik karipap.. besar lak tu... dela pun sllu tgkap gmbar jauh2.... konon nmpak kurus tapi?... adeh... kena diet ni!!

    ReplyDelete
  5. kenapa mesti ade laksa ?????
    why ????

    ReplyDelete
  6. remyhazza....nape? tgh mengidam laksa ke? hahaha...

    ReplyDelete
  7. dela.... Jom diet sama2... :)

    ReplyDelete
  8. ABC tu arghhhhh sedapnya...
    kerang pun nampak sedap....

    ReplyDelete