Sunday, 8 January 2012

Cuti tak macam cuti

Huh. Hujung minggu yang penat. *sambil laplap dahi konon berpeluh sangat.
Maunya tak penat, seperti biasa menguruskan kain baju yang bertimbun untuk dibasuh...selonggok untuk dilipat, berbakul untuk disidai... *err..yang nie encik hubby buat. dan pelbagai kerja lagilah. Faham-faham jelah.. ibu-ibu yang bekerja, tunggu hari cutilah pun nak buat itu ini. Dah takde maid kekdahnya. *bilalah mocik nak kayo..huhu.

Lepas settle semua, hari Sabtu lepas bawak Qisya ke klinik untuk ambil injection 1 tahun 6 bulan tu. Wah, kali nie melalak siap meronta lagi dia. Nasib baik time cucuk je melalaknya, pastu senyap. Sebelum tu bukan main sakan lagi dia main kat klinik tu. Sebab lapang dan takde orang, siap lepak kat lantai lagi dia.


Hoho. Rambut sangat serabai sebab baru bangun tido. Rambut kerinting dia dah boleh diikat tocang dua macam si kembang cina tu. Di usia setahun 6 bulan masih berat 8.5 kg je. 


Amsyar sekarang suka berposing entahapehape. Bajet comey gamaknya.


Lantai dijamin bersih sebab baru dimop dan kami first customer untuk sesi petang. Hehe.... *amboi abaanggg....nak tumbuk sape tuh?



Lama betul tak pergi pasar malam Klang. So, petang tu ajak kakak saya pergi sana cari dinner. Tak payah susah-susah masak. Kat tepi Sungai Klang ni dah ada landskap menarik. Ramai juga yang memancing. Satu persoalan melanda, "masih adakah ikan yang mampu hidup di sungai Klang itu?"


Amsyar bising suruh ambil gambar masjid ni. Dia kata cantik sangat. Eh, memang betul pun. Lawa betul kaler masjid ni.

Pasar malam Klang ni sungguh satu Malaysia. Semua kaum nampak macam sama banyak je. 

Malam tu lepak-lepak dulu kat rumah kakak saya sambil layan movie Avatar. Bukan tak pernah tengok, tapi nak tengok yang HD punya. Pergghhh.....lawo betul movie ni dalam HD.

Dan di hari Ahadnya, sibuk dari pagi sampai ke malam menguruskan rumah dan hal Amsyar serba serbi. Baju-bajunya, buku sekolahnya.... (baru sibuk nak balut). 


 Menjahit tanda nama dan lencana kat baju-baju sekolah agamanya yang baru. Ambil lencana-lencana tu dari baju tahun lepas. Baju-baju sekolah agama tahun lepas semua tak dapat diselamatkan. Teruk sangat keadaannya. Terfikir jugak, Amsyar ni pergi sekolah ke pergi merempuh halangan. Habis koyak tang lutut, baju pulak habis kena getah pokok. Adoyaiii.....sabo jer laaa... Anak lelaki memang lasak macam ni kot. huhu..


Tahun ni saya mula buat kerja part time. Jadi teacher kat Amsyar. Hahaha.....
Dah beli lagi buku-buku tambahan untuk Amsyar bertuisyen sendiri di rumah. Maka dengan itu, tiadalah dapat berblogwalking waktu malam lagi dah.


Dan meletakkan semula menatang ni kat ruang tamu. Azam tahun baru kengkononnya ni. Wakaka....



13 comments:

  1. yana...rajin2 la cycling tu ye..he he..anak bongsu kak ina pun darjah 2 juga :)

    ReplyDelete
  2. kak ina...mudah2an semangat rajin nak mengayuh itu kembali. Sambil tengok tv kekdahnya...hehe

    ReplyDelete
  3. masjid tu dah jadi cam kebanggaan warga klang.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kayuh...kayuh...jgn tak kayuh...eheheheeee

    ReplyDelete
  5. klikklik ceritaku......memang lawa sungguh. Belum pernah masuk lagi masjid nie. Nanti ingat nak tengok deko kat dalamnya pulak.. :)

    ReplyDelete
  6. yanty....takut hangat2 taik ayam je.... LOL..

    ReplyDelete
  7. keje rumah yg tak pernah siap,kan...tp kalau kita merunggut...takde la pahalanya hehe

    ReplyDelete
  8. kak kamsiah...ye betul. Merungut satu amalan yg x elok. Ini dah kira merungut le ni? Adoyaiii....habis pahala mocik...huhu...

    ReplyDelete
  9. dekatnyer....uitm shah alam ngan klang jer pown...

    ReplyDelete
  10. tak pe noh....kalau jauh pun tetap dekat di hati akak nie. hehe...

    ReplyDelete
  11. budak baju merah tu,coomel sesangat :)

    ReplyDelete
  12. MS...budak baju merah tu baby yg kat header tu le...hehe

    ReplyDelete
  13. salam kak yana, pasar malam kt klang tu hari ahad ke sabtu? and dekat area jalan mane?

    ReplyDelete